Wednesday 25 January 2012

Lelaki seperti aku

Sahabat seperti aku

Memang 
aku bukan sahabat yang baik, 
dan yang lebih baik, 
banyak..

kawan-kawan, jgn kau anggap,
aku sempurna, 
aku insan biasa, byk pula salahnya,
tetapi ku mencuba, 
menjadi sebaiknya..


Maaf...

Monday 9 January 2012

sincere enough?

Assalamualaikum peeps =)

*fuhhh* *fuhhh* *fuhh*
Berdebu-debu dah blog ni... Dah lama juga tak berkunjung ke mari... Haha.. Agak sibuk sikit dengan rutin biasa... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk balik berkunjung ke rumah untuk melunaskan rindu yang terbuku di hati..

Selepas berakhirnya hujung minggu yang osem, akhirnya tamatlah mimpi-indah-cuti-xyah-bukak-buku.. huhu.. hmm... teringat balik pesanan seorang pensyarah beberapa minggu yang lepas.. Selepas tamat sesi kuliah yang pertama, kami rehat sebentar supaya ilmu-ilmu yang baru dimasukkan dalam dihadam dengan baik. Dr. tu pun mendekati kami dan bertanya mengenai pembelajaran kam setakat ni. Sememangnya jawapan yang diberi seperti agak sukar dan macam-macam lagi alasan-keluhan-bertubi-tubi-budding-dari-otak.. hehe..
Macam hydra yang tengah budding ni la idea keluhan keluar dari kepala aku *sumber*


Lepas itu, Dr. pun menceritakan sebuah kisah mengenai Saidatina Fatimah berjumpa dengan Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Setelah habis bercerita, Dr. pun membuat konklusi soal keikhlasan. Sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita.


Pesanan tu membuat aku terfikir sejenak. Aku ni asyik mengeluh sejak masuk sini, macam-macam yang serba tak kena.. Buat ni tak kena, buat tu tak kena. Setiap hari buat muka-hilang-duit-sejuta.  Alahaiii.. Apa masalahnya ea?
apabila semua serba tak kena *sumber*


Ikhlaskah aku? Sejak melangkah masuk ke sini, apakah yang aku kejarkan dan apakah yang aku tinggalkan.. Adakah aku belajar sekadar mengejar cita-cita aku..  hmm.. Aku kena fikir balik dan cuba refresh balik diri ni.. Seharusnya aku sentiasa muhasabah diri dari hari ke hari.

Allah tak pernah melupakan kita tapi apakah kita sentiasa mengingatiNya?

InsyaAllah dengan mengingatiNya, hati kita akan tenang =) *sumber*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...