Sunday, 4 April 2021

Mungkin saja..

 Assalamualaikum, peeps..

Nak bercakap pasal apa ea?

Antara topik-topik hidup yang popular untuk umur-umur macam aku ni ialah berkeluarga a.k.a kahwin..

yeap.. topik yang aku langsung tak nak sentuh bertahun ni.. tak tahu nak cakap tak kisah ke macam malas nak tengok masa depan.. 

Ada ke yang tak nak mulakan hidup berkeluarga? haha.. Susah nak jawab soalan ni.. Banyak persoalan yang akan timbul.. meh aku cakap satu-satu.. ni cuma pemikiran aku okay..

Pertama

Jodoh.. haaa... ni antara benda yang penting.. nak kata aku ni tak suka orang, ada je, tapi orang yang tak minat kot.. maklumlah orang yg kurang rupa tak macam orang lain.. haha.. dan nak pilih calon bukannya senang, macam-macam kriteria.. yg part ni aku rasa korang lagi arif kot.. 


Kedua

Sosioekonomi.. yeap.. benda ni antara yang  sangat-sangat buat aku tak nak berfikir pasal kahwin ni.. Orang akan kata " kau kan bekerja elok je, kenapa nak insecure", "kahwin bawak rezeki", bla bla bla.. yeap aku tak nafikan benda tu semua tapi bagi aku biarlah aku stabil sendiri dulu, dengan taraf aku sekadar pekerja kontrak ni, bila-bila je boleh abis.. aku tak nak la nanti bila dah mula jaga anak orang, aku takda pendapatan yang secure.. aku dah jumpa banyak sangat benda yang berlaku depan mata.. kadang-kadang benda macam ni buat aku rasa macam bagus tak yah kahwin kalau last-last menyusahkan pasangan dan keluarga. bagi aku biarlah stabil dulu, paling kurang pun aku dapat kerja yang stabil or dapat permanent status. 


Ketiga

Emosi.. benda ni mungkin remeh bagi sesetangah orang, tapi bukan bagi aku.. aku boleh katakan emosi aku ni mungkin kurang sihat. Aku ni sensitif banyak dan mungkin banyak orang yang tak akan dapat tahan dengan aku.. Bertambah lagi dengan trauma-trauma yang aku hadapi dalam beberapa tahun ni.. aku boleh katakan unpredictable.. Not really a typical rilek la bro type of person..

and I dont feel I am a good guy

Kadang-kadang rasa ketinggalan apabila kebanyakan kawan dulu sekarang ni dah settle down..

Haih.. ucapan cliche.. belom jodoh kot.. mungkin kena suruh perempuan yang pinangkan aku kot.. haha



Ok.. Sign-out


-Suffi-

Saturday, 3 April 2021

Nowadays..

 Assalamualaikum, peeps..


Rasa macam awkward sebab dah lama tak sentuh benda alah ni..👈

Tetiba rasa nak menulis kembali, ada banyak benda yang nak dikatakan tapi tak tahu mampukah mengarang seperti dahulu

Boleh dirasai perbezaan hidup masa dahulu dengan masa sekarang. Perbezaan tanggungjawab yang dipikul. Perbezaan pemikiran masa dulu dan masa kini. 

Memang teringin nak kembali ke masa silam, hidup tanpa berfikir pasal masalah, happy go lucky, bergembira sepanjang masa.. tapi hidup kena sentiasa memandang ke hadapan dengan sesekali menoleh ke belakang. 

Macam-macam benda telah berlaku.. 

haishh.. lupakan dulu buat masa sekarang.. 


ok.. sign out.. 

-suffi-



Monday, 31 December 2018

Thursday, 1 October 2015

Tahun akhir!!

Assalamualaikum...

Eyes Unlimited Pixel.. salah satu nikmat yang sering kita lupakan.. tapi bagi aku yg bermata empat, aku sedar betapa nikmatnya kalau hidup tanpa berkaca mata. Aktiviti seharian aku kadang-kadang dilimitasi.. Aku pernah cuba untuk pelbagai cara untuk hidup tanpa bercermin mata.. tapi hasilnya masih tak seperti yang asal..

Lama sudah tak dicoretkan suara hati.. Semenjak lima tahun yang lalu, macam-macam telah dilalui.. Suka dan duka silih berganti.. Tapi itulah kehidupan.. cuba lihat strip elektrik jantung (baca electrocardiography ECG).. Kalau bacaan strip itu mendatar, semestinya orang itu tiada kehidupan..


Cuba lihat strip ini, ada naik dan turunnya menandakan kehidupan.. begitu juga hidup kita.. Kita mengalami naik dan turun dalam hidup sebagai salah satu ujian oleh Allah..

Sepanjang lima tahun ini, banyak yang ingin aku coretkan. Semua yang aku alami, namun semua itu hanya mampu aku rekodkan dalam memori.. Bukannya aku sibuk, cuma aku tak mampu membahagikan masa dengan baik..

InsyaaAllah.. Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah.. dan menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..


Tuesday, 18 February 2014

Mungkin saja aku tak bisa

Assalamualaikum wbt..

Mungkin saja aku tak bisa
menjadi seorang sahabat yg sejati
aku hanya seorang insan
yang kebanyakkan masanya melakukan kesilapan
mungkin aku kurang mendengar
mungkin aku kurang mengerti
mungkin aku kurang sensitif
kerana itu adalah kelemahanku

aku tahu
aku bukanlah seorang yang bisa kau banggakan
semua soalan tidak mampu kujawabkan
semua perkara tidak aku ketahukan
kerja-kerja yang aku tidak terlaksanakan
tugas-tugas yang aku curangkan
aku mengerti
mungkin saja aku tak bisa
memuaskan semua kemahuan kau

namun kau harus tahu
aku punya perasaan
aku punya harga diri
aku bukan boneka kosong yang kau bisa buang

aku juga punya pemikiran


aku juga mau aku didengari
bukannya dibangkang sebelum aku berbicara lagi

aku hanya diam
diam seribu bahasa
kerana aku tahu itu lebih baik
bukan maksudnya aku tidak mampu bicara
memendam jutaan rasa
kerana aku ingin menjaga perasaan
namun kau senang sahaja merosakkan segalanya
aku tak mampu untuk terus bertahan
aku letih
aku ada perkara lain yang harus difikirkan
aku ada komitmen lain yang harus kukerjakan





ku tahu byk silapku
jadi maafkanlah aku
aku hanya insan biasa
yang fikirannya mungkin keanak-anakkan
mungkin saja aku tak bisa
menjadi sahabat yang baik bagimu

[Zee Reef]

Thursday, 28 November 2013

How's your life?

Assalamualaikum...

Telefon bimbit dibiarkan tercaj di bilik aku sementara aku pergi beramah mesra dengan kawan di biliknya.. Sekembali ke bilik, notification whatapps memaparkan mesej from 2 conversations.. Ok.. memang pelik.. kebiasaannya cuma notifikasi daripada chat berkumpulan.. tapi ada satu lagi perbualan baru dari seorang kawan lama... menanyakan hari-hari dalam hidup aku sekarang..

Sememangnya tidak dinafikan hidup aku kini dengan yang dulu memang banyak berbeza. Mungkin aku juga sudah banyak berubah. Bagi aku, hidup kita ialah sebuah cerita hasil karya yang Maha Esa..  Sememangnya hidup kita memang tidak selalunya indah. Aku pada mulanya memang turut terkesan dengan perubahan dalam hidup aku. Mungkin selama ini semuanya nampak mudah bagi aku, dan aku kurang menghargai apa yang ada di sekeliling aku. Hidup kita bagaikan roda, sekejap di atas, sekejap kita mungkin berada di tempat yg paling bawah. Sakit? memang rasa sakit.. namun kita harus yakin dengan perancangan Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Setiap pengalaman hidup yg kita hadapi akan membentuk siapa yang kita akan jadi pada hadapan. Biarpun seperit manapun kehidupan, jangan pernah putus asa dan berburuk sangka dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kita. Segala kesusahan dan keperitan yang kita hadapi merupakan salah satu cara untuk menguatkan diri kita.

Semoga kita menjadi yang lebih baik dari semalam...

Alhammdulillah.. The days of my life are fantastic.. :D


Wednesday, 25 September 2013

Kanak-kanak riang

Assalamualaikum wbt...

Selama ni memang banyak yang nak dicoretkan namun hajat tidak kesampaian. Setiap kali lappy dibuka, idea yang mencurah bagai air terjun akan menjadi tenang bagaikan tasik di waktu dini hari. ahh.. rindu zaman dulu-dulu.. ingin diputarkan kembali masa yang telah pergi.. Namun harus berpijak di bumi yang nyata.. Khayalan abstrak dan realiti tidak mungkin menyatu.. walau segalak mana fikiranku meneroka alam fantasi, aku sedar semuanya hanya sekadar fantasi..

Sebelum ini, aku byk kali berfikir..  aku tak menyangka mengapa aku memilih bidang ni sedangkan aku memahami kelemahan diriku.. mungkin saja kelemahan aku itu membawaku ke suatu tahap yang lain.. semuanya bermula setelah aku memasuki fasa ke-2 bidang pilihanku.. Menyedarkan aku bahawa medan kertas dan medan praktikal itu benar-benar berbeza.. Aku melihat rakan-rakanku telah jauh maju ke hadapan.. ditambah dengan masalah peribadi yang aku hadapi menyebabkan perasaan aku berbaur-baur.. Macam-macam yang aku lakukan namun aku rasa masih tidak mencukupi

Tiba-tiba satu hari aku terlihat sebuah gambar di news feed muka buku..


Yeah.. gambar tu mungkin menarik perhatian.. Namun mesej pesanan ringkas yang sampai ke benak fikiranku benar-benar menyedarkan aku... [2:286]... ahh.. mudah sekali aku melupakan SMS cinta yang pernah dihantar kepadaku dulu.. Kini dihantar lagi kepadaku.. Sememangnya Dia tidak pernah jemu memberikan peringatan kepadaku, menggembirakan hatiku, menghantarkan insan-insan yg baik untuk menemaniku.. sweeet <3..

Sesungguhnya aku berada di sini bukan sekadar suka-suka.. Memang Dia telah mengetahui segalanya sebelum aku menerima tawaran ini dua tahun  2 bulan yang lepas. Terasa seperti dibisikkan di telingaku, "I knew you can do this".. InsyaaALLAH.. aku takkan pernah menyia-nyiakan peluang yang ada ni.. ALLAH yusahhil.. =)

p/s: Hmm... Tinggal berapa minggu lagi aku untuk berdepan dengan karenah kanak-kanak riang.. Sungguh terhibur hatiku.. semoga aku dapat melakukan yang terbaik pada peperiksaan yang akan datang.. InsyaaALLAH..  =)

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Tiba

Bismillahirrahmanirrahim..
Membuka kembali wadah coretan yang sudah lama ditinggalkan. Jari-jemari pun dah berasa agak kekok memegang papan kekunci laptop yang berusia tiga tahun tiga bulan ni. Sejak kat rumah ni agak jarang-jarang sedikit main laptop, byk ke mobile je.

Sedar tak sedar hari ni dah masuk 1 Ramadhan 1434H.. Alhamdulillah... Allah masih memberikan peluang untuk bertemu dengan ramadhan lagi tahun ni. Dengan harapan agar ramadhan kali ini mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tambahan ramadhan kali ini disambut sepenuhnya dalam musim cuti di rumah. Semoga segala nikmat kurniaan Allah ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.. InsyaaAllah.. 



Setakat ni saja untuk hari ni.. =) manfaatkan pertemuan kita dengan ramadhan sebaik-baiknya..

Thursday, 2 May 2013

Mulanya agak sukar untuk menerima hakikat ini...
Namun aku refleksi semula..
Perancangan Allah tidak pernah salah..
Mungkin ujian ini untuk Allah menguji bahawa kematian itu sangat dekat..
selama ini aku terlampau jauh dariNya..
Mungkin ini caranya Allah untuk menarik aku semula kembali ke jalanNya...

Sesungguhnya ajal itu akan tiba...
Bahkan tidak memilih usia..
Muda atau tua..
Sama sahaja...
Sebenarnya tiada istilah
"kita masih muda, enjoylah bro, dah tua pencen nanti baru taubat segala"
*nanges potong bawang*

Kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha, namun di tangan Allah semuanya..


Thursday, 11 April 2013

sedih

Sedih hati ini.. sedih..
dipujuk...
dupujuk..
dan dipujuk lagi..
namun masih lagi..
sedih hati ini.. sedih..
inginku lari tapi tak tahu ke mana..
ku cuba melupakan semuanya
tapi aku tak sanggup lari dari masalah..
sedih hati ini.. sedih...
aku ingin balik ke rumah..
balik ke rumah...
sebab aku rasa tidak diertikan..
atau?
atau sendiri yang tidak mahu orang lain mengerti...
Namun aku tahu ada yang mengerti diriku..
mengetahui segenap jiwaku..
segala isi hatiku..
selalu mendengar luahan hatiku...
segala tawa riangku..
mengetahui aku sedang meluahkan rasa ketika ini..

Monday, 24 December 2012

Tukang potong rambut

Ahhhhh....
Selepas berbulan-bulan tak potong rambut...
akhirnya hari ni telah tiba..
*zeng*
rambut dipotong pendek, muka pun jadi cam budak sekolah balik..
keluar je dari wisma, angin sedikit kuat bertiup
dan melingkari bahagian rambut yang telah dipotong...
Oh.. selesanya...
ek? nape lak aku cite pasal aku gunting rambut lak ni...
Aha.. teringat satu cerita... nak kongsi jap, mungkin ada yang dah pernah dengar..

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.
- Tamat
 -sumber-

Begitulah ceritanya.. Kalau kita tidak bergantung harap pada Allah, kita akan jadi seperti orang  yang berambut panjang dan tidak kemas tadi.. Sesungguhnya kita lebih cenderung kepada fitrah kita yang sebenarnya iaitu celupan Allah sendiri.. I love Allah=)

Friday, 21 December 2012

Terharu T.T

Touched.... Thanks very much =') although you all may not read this

Saturday, 15 December 2012

Fairy Tail's seven years gap

Assalamualaikum... yeah..
I just realized something... *sniff sniff*
I'm losing some HP today.. Haha.. It's not that I'm playing game or something..
It's just a reminder, yeah.. about a gift that I might not realize all this while..
Health, yeah.. A gift from Allah that we might take for granted..
Nobody realized about it unless they are losing it even a small piece of it..
Even a flu can alarmed us.. oh.. noo...

So, what am I going to relate with Fairy Tail's seven years gap?
It's not that I live in the world of magic, rite?
*hachoo!!* here they go again *sniff sniff*

I still remember my first day of being in this new situation..
More than a year ago,
nothing I can say much,
Perhaps I am still looking for myself,
Losing myself in the mist of time,
Yeah.. Perhaps anyone can suggest where I need to look for him?


Wednesday, 12 December 2012

Teamwork enough?

Kadang-kadang sukar juga kita nak melayan pelbagai karenah manusia...
Nak cakap depan-depan, takut sorang-sorang masam muka lepas tu,
Kalau tak cakap, dah jadi barah dalam hati yang terkumpul dalam hati,
sedangkan barah lagi jarang berlaku dalam hati, mungkin cirrhosis rasanya..
Last-last, meletus melayan perasaan seorang diri... x_x
Benda macam ni mungkin dapat dielakkan.. yeah..
Till we do our part,  that's what we call team..
How do we define team?
Team is a group of people, ok it's partially correct..
Team is a group of people who work together to achieve the same objective..
Bila ada dalam pasukan tu tak menjalankan kerja,
akan datanglah pihak ketiga, yeah, third party,
bukan nak mendamaikan tapi untuk melaga-lagakan sesama kita..
third party tu lain tak bukan iblis yang menghasut ketidakpuashatian..
hmm.. lagi-lagi kita salahkan iblis..
just turn back to time, if we did our part, there is no reason for the devil to seep through the group..
yeah? I don't know...
Allah knows better...
Fuhhh... 

Tuesday, 11 December 2012

Perubahan..

Suatu hari di atas motosikal, perbualan dua org budak..

A: aku nak berubah jadi balik macam dulu la.. sekarang ni aku rasa bla.. bla.. bla..

B: konsep kau salah la...

A: erk.. nape lak?

B: Perubahan tu kan suatu yang berterusan..

A: gulp..


Batu jatuh bercucuran atas kepala..




Tuesday, 4 December 2012

24 jam

Semua orang ada 24 jam.. Kenapa ada merasakan masa tak cukup dan ada yg kata cukup? Walaupun pada dasarnya mereka mempunyai tanggungjawab dan komitmen yg lebih kurang sama masanya..


Tuesday, 18 September 2012

lega?

Alhamdulillah... Berakhirnya minggu orientasi menandakan tamatnya tugas sebagai ajk aktiviti.. Sememangnya aku tak nafikan yang aku memang kurang berpengalaman mengendalikan tugas-tugas seperti ini.. Kebiasaan aku sedaya upaya mendapatkan tugas seringan yang boleh memandangkan aku agak kurang berkebolehan mengendalikan tugas-tugas berat.. ye la tu, beratlah sangat... haha...

 Hal ini byk mengajar aku untuk terus memperbaik diri.. Aku tak tahu la setiap kali aku jadi sibuk memanjang, mesti aku jadi lupa terhadap perkara-perkara yang jauh lebih penting.. manusia... alahai.. mudah disibukkan dengan perkara dunia.. sedangkan akhirat tu kekal abadi... Teringat balik perkongsian sahabat semasa bulatan gembira tadi, mengenai seorang sahabat iaitu Said bin Amir yang membeli akhirat dengan dunia.. Hal ini mmg sgt jauh berbeza daripada situasi majoriti masyarakat masa kini.. kemungkinan kita salah seorang daripadanya.. yang sanggup menggadaikan akhirat hanya untuk mendapatkan kesenangan sementara di dunia. Sesungguhnya kita masih tidak mengerti, apakah ertinya kita hidup di dunia ini.. matlamat yang manakah menjadi matlamat hidup kita..

Tak salah untuk mendapatkan kejayaan di dunia, namun urusan akhirat tidak harus dilupakan.. Dalam masa belajar ni, kadang-kadang kita meletakkan pelajaran itu terlampau di atas.. sehinggakan kita langsung lupa akan pemilik ilmu.. Kebiasaannya kalau kita inginkan sesuatu dari seseorang, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati pemilik tersebut.. Seharusnya sebagai seorang pelajar yang mempelajari ilmu, seharusnya kita sedaya upaya untuk mengambil hati pemilik ilmu.. sudahkah kita mengenali pemilik ilmu tersebut?


Monday, 27 August 2012

Di sebalik jadual yang penuh

Alhamdulillah..
Masih diberi ruang dan masa untuk bernafas..
Bermula kembali rutin hidup yang sibuk,
Hidup sebagai seorang pelajar..
Sememangnya agak sukar untuk membawa diri di arena ini...
Penuh duri dan onak
kadang-kadang aku terluka sendiri..
Alhamdulillah dengan izin-Nya..
Sudah setahun aku berada dalam arena ini..
Pada kali ini, aku tak boleh berlengah lagi..
Setiap detik berlalu pergi...
Saja-saja aku memerangkap diri sendiri...
Tak tahu bisakah aku melepaskan diri..
Atau aku akan binasa..?

Thursday, 23 August 2012

Somebody that I used to know

Suatu masa dahulu,
beberapa tahun dahulu,
ada seorang budak,
seorang yang suka menyendiri,
suatu hari,
ada seorang budak dari kampungnya,
mengajaknya bermain,
bermain basikal di kawasan kampung,

Itu kisah lebih sepuluh tahun dahulu...
Kisah budak-budak itu kembali bermain di minda...
Sebab dua-dua kini sudah dewasa..
Tak pasti adakah ada memori itu..
tetap menjadi kenangan lalu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...