Hidupku ini penuh imaginasi,
pelbagai cabaran perlu ditempuhi,
satu caraku untuk lari,
masuk ke dalam dunia fantasi.
Namun tidak pernahku lupa,
aku berada di mana,
aku masih di bumi yang nyata,
cuma fikiranku melayang sementara.
Imaginasi ini penuh ilusi,
pelbagai peristiwa supernatural terjadi,
mungkin tidak di alam realiti,
cuma terjadi di alam fantasi.
Pelbagai karakter muncul sendiri,
datang menjenguk memperkenalkan diri,
mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri,
cuma khayalan bukan realiti.
p/s: jgn kuat sangat berimaginasi.. ^^
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.