Aku terpikat pada akhlaknya..
bila bercerita tentangnya
hatiku berdebar tidak semena
bukan kerana paras rupanya
tapi kerana kecantikan akhlaknya
biar beribu dugaan menimpa
dia tetap tersenyum gembira
kerana dia sentiasa redha
ketentuan Ilahi untuk dirinya
biarpun sakit digagahi juga
walaupun pahit ditelan jua
ketaatan agama kepentingan utama
tidak pernah dia terlupa
di saat semua makin terlupa
dirinya terus istiqamah jua
maruah dijaga sepanjang masa
biarpun terpaksa bersabung nyawa
aku terpikat pada akhlaknya
namun aku tiada apa
kalau dibandingkan jauh bezanya
aku sekadar lelaki biasa
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.