Assalamualaikum...
Ini cuma luahan hati sahaja...
Harap jangan terluka jika terasa...
Kadang-kadang aku merenung kembali,
apakah aku ini hipokrit,
HIPOKRIT...
adakah susah orang nak dengar aku meluahkan perasaan,
aku cuma nak meluahkan apa yang terbuku di hati,
bukan nak menjatuh semangat siapa-siapa,
bukan nak merendahkan sesiapa,
tapi aku punya perasaan,
bukannya aku boleh menanggung perasaan sendiri,
menyembunyikannya di dalam hati,
akhirnya aku kalah sendiri,
air mata yang aku cuba hindari,
mula mengalir membasahi pipi,
aku memang LEMAH,
gagal mengawal diri sendiri,
akhirnya melibatkan orang lain,
semakin aku fikirkan,
semakin aku ingin lari,
lari....
tapi aku melihat hakikat,
tiada guna melarikan diri dari realiti,
hidup ini harus diteruskan,
tapi adakah aku akan terus
menggunakan topeng muka senyumku ini...
tapi di kalbu ini hanya ALLAH yang tahu,
sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui,
tiada apa yang aku mampu sembunyikan dariNya..
Ya ALLAH, kuatkanlah aku..
hanya kepadaMu aku memohon.....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.