Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu itu pun tiba. Pada pagi itu, kawan-kawan Arlion mengunjunginya sebelum Arlion sekeluarga bertolak pergi ke Kota Setar. Perpindahan Arlion sekeluarga amat mengejutkan bagi mereka setelah empat tahun mengenali Arlion. Walaupun hakikat itu amat perit, namun mereka harus menerimanya. Lagipun, Arlion telah berjanji akan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Setelah beberapa ketika bersembang, Arlion sekeluarga pun mula bertolak ke kediaman mereka yang baharu. Sepanjang perjalanan, Arlion memegang SE G900 nya dengan erat kerana itu merupakan salah satu gadgetnya yang mampu menghubungnya dengan rakan-rakannya. Dia juga menghantar mesej selamat tinggal kepada semua rakannya.
Mesej: Ok la semua.. saya dah sampai kat jalan keluar bandar... Semoga kita berjumpa lagi suatu hari nanti... Selamat tinggal semua.. Keep in touch k..
Setelah perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu, mereka pun tiba di rumah baru mereka. Arlion berdiri di hadapan rumah banglo dua tingkat yang berwarna biru laut itu yang kini merupakan kediaman baharunya. Tiba-tiba, seorang remaja berlari keluar dari banglo sebelah dan menuju ke arahnya. Rupa-rupanya, remaja tersebut merupakan Azfa, sepupunya yang selalu berhubung dengannya selama ini.
Azfa: Abang Ar, It's you.. I waited for this moment for a long time..
Arlion: owh.. Az. Az tinggal kat sini jugak ke?
Azfa: tak la.. saya cuma ceroboh je rumah kat sebelah tu tadi.. Apa la Abang Ar ni.. Kat sebelah tu la rumah Az..
Arlion: oh.. sori. biasa la lepas perjalanan yg jauh.. kepala ni pening ckit.. hahaha..
Puan Zubaidah: Apa lagi tercegat tu, Ar.. Barang masih banyak lagi yang mesti diangkat ni..
Arlion: ermm.. nak tolong ibu angkat barang dulu ye, Az..
Azfa: tak apa, nanti saya tolong sekali.. Tolong tengok.. hahahaha..
Sepanjang hari itu, Arlion sekeluarga sibuk mengemas rumah mereka. Keluarga Encik Rafiq iaitu keluarga Azfa juga turut membantu mereka. Arlion masih teringat akan rakan-rakannya yang kini jauh di mata. Dia juga terfikir-fikir suasana di sekolah barunya nanti. Adakah sekolah itu mampu menggantikan sekolah lamanya? Jauh di lubuk fikirannya, tergambar suasana semasa dia dan rakan-rakannya sedang berehat di astaka sekolah menikmati suasana waktu petang. Sememangnya itu merupakan rutin mereka setelah habis kegiatan kokurikulum atau belajar berkumpulan. Tiba-tiba, nada deringan telefonnya berbunyi mengejutnya dari lamunan panjangnya.. panggilan dari Win.. Arlion mengambil telefonnya dan menuju ke tingkap biliknya..
Win: Assalamualaikum..
Arlion: Waalaikumussalam..
Win: Apa berita kau sekarang? dah jadi orang jauh dah.. jangan pulak lupa dengan orang di sini nanti.
Arlion: tak kan la aku nak lupa ngan korang.. Korang kan kawan baik aku..
Win: jangan main cakap je.. jangan pulak kau jadi macam kawan aku dulu.. Cakap je nak keep in touch always la.. tapi last2, keep pun tidak..
Arlion: tak mingkin la aku camtu ngan korang eh.. kita kan..
Win: dah.. dah.. kalau kau nak janji.. janji dengan diri kau sendiri.. Kalau kau mungkir nanti, jawab la sendiri.. Lu pikir la sendiri, beb.. k.. kredit aku pun dah nak habis dah ni.. nak reload kedai dah tutup.. daa.. Salam..
Arlion: =_=|| Waalaikumussalam
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.