Showing posts with label Arlion. Show all posts
Showing posts with label Arlion. Show all posts

Friday, 19 February 2010

Diari Seorang Remaja... Episod 3: hidup baru memori lama

     Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu itu pun tiba. Pada pagi itu, kawan-kawan Arlion mengunjunginya sebelum Arlion sekeluarga bertolak pergi ke Kota Setar. Perpindahan Arlion sekeluarga amat mengejutkan bagi mereka setelah empat tahun mengenali Arlion. Walaupun hakikat itu amat perit, namun mereka harus menerimanya. Lagipun, Arlion telah berjanji akan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Setelah beberapa ketika bersembang, Arlion sekeluarga pun mula bertolak ke kediaman mereka yang baharu. Sepanjang perjalanan, Arlion memegang SE G900 nya dengan erat kerana itu merupakan salah satu gadgetnya yang mampu menghubungnya dengan rakan-rakannya. Dia juga menghantar mesej selamat tinggal kepada semua rakannya.


Mesej: Ok la semua.. saya dah sampai kat jalan keluar bandar... Semoga kita berjumpa lagi suatu hari  nanti... Selamat tinggal semua.. Keep in touch k..



     Setelah perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu, mereka pun tiba di rumah baru mereka. Arlion berdiri di hadapan rumah banglo dua tingkat yang berwarna biru laut itu yang kini merupakan kediaman baharunya. Tiba-tiba, seorang remaja berlari keluar dari banglo sebelah dan menuju ke arahnya. Rupa-rupanya, remaja tersebut merupakan Azfa, sepupunya yang selalu berhubung dengannya selama ini. 

  Azfa: Abang Ar, It's you.. I waited for this moment for a long time..
  Arlion: owh.. Az. Az tinggal kat sini jugak ke?
  Azfa: tak la.. saya cuma ceroboh je rumah kat sebelah tu tadi.. Apa la Abang Ar ni.. Kat sebelah tu la rumah Az..
  Arlion: oh.. sori. biasa la lepas perjalanan yg jauh.. kepala ni pening ckit.. hahaha..
  Puan Zubaidah: Apa lagi tercegat tu, Ar.. Barang masih banyak lagi yang mesti diangkat ni..
  Arlion: ermm.. nak tolong ibu angkat barang dulu ye, Az..
  Azfa: tak apa, nanti saya tolong sekali.. Tolong tengok.. hahahaha..

    Sepanjang hari itu, Arlion sekeluarga sibuk mengemas rumah mereka. Keluarga Encik Rafiq iaitu keluarga Azfa juga turut membantu mereka. Arlion masih teringat akan rakan-rakannya yang kini jauh di mata. Dia juga terfikir-fikir suasana di sekolah barunya nanti. Adakah sekolah itu mampu menggantikan sekolah lamanya? Jauh di lubuk fikirannya, tergambar suasana semasa dia dan rakan-rakannya sedang berehat di astaka sekolah menikmati suasana waktu petang. Sememangnya itu merupakan rutin mereka setelah habis kegiatan kokurikulum atau belajar berkumpulan. Tiba-tiba, nada deringan telefonnya berbunyi mengejutnya dari lamunan panjangnya.. panggilan dari Win.. Arlion mengambil telefonnya dan menuju ke tingkap biliknya..

  Win: Assalamualaikum..
  Arlion: Waalaikumussalam..
  Win: Apa berita kau sekarang? dah jadi orang jauh dah.. jangan pulak lupa dengan orang di sini nanti.
  Arlion: tak kan la aku nak lupa ngan korang.. Korang kan kawan baik aku..
  Win: jangan main cakap je.. jangan pulak kau jadi macam kawan aku dulu.. Cakap je nak keep in touch always la.. tapi last2, keep pun tidak..
  Arlion: tak mingkin la aku camtu ngan korang eh.. kita  kan..
  Win: dah.. dah.. kalau kau nak janji.. janji dengan diri kau sendiri.. Kalau kau mungkir nanti, jawab la sendiri.. Lu pikir la sendiri, beb.. k.. kredit aku pun dah nak habis dah ni.. nak reload kedai dah tutup.. daa.. Salam..
  Arlion: =_=|| Waalaikumussalam
 

    

Tuesday, 5 January 2010

Diari Seorang Remaja... Episod 2: Adakah suratan menentukan

  Musim persekolahan sudah masuk minggu ke-2. Pada tika itu, para guru semakin gigih mengajar dan memberikan pelbagai kerja rumah untuk memantapkan ingatan para pelajar terhadap pengajarannya. Setelah berlalu sembilan waktu yang meletihkan, akhirnya mereka pun pulang ke rumah masing-masing, ada juga yang bercadang untuk belajar di perpustakaan di samping menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Setibanya Arlion di hadapan rumahnya, dia berasa hairan melihat kereta ayahnya di hadapan rumah. Pada kebiasaannya, ayah Arlion hanya pulang pada lewat petang. Tanpa melengahkan masa, dia pun melangkah masuk ke rumah. Pada masa itu, ayah dan ibu Arlion tengah duduk di ruang tamu.

     "Arlion, mari duduk sini kejap"panggil Encik Ardi, ayah Arlion.

  Arlion melangkah longlai ke ruang tamu dan duduk di hadapan ayah dan ibunya.

     "macam ada sesuatu yang tak baik je,"getus hati kecil Arlion.
     "Sebenarnya Arlion.. ayah telah dinaikkan pangkat," Encik Ardi memulakan bicara.
     "Baguslah tu, ayah,"jawab Arlion dengan gembira.
     "Tapi Arlion...,"sambung Puan Zubaidah, ibunya.
     "Tapi apa ibu?"tanya Arlion bimbang kerana merasakan ada sesuatu yang belum dikhabarkan oleh ibu   bapanya.
     "Kita akan berpindah dari sini.."jawab ibunya lemah.
     "apa? bila?"tanya Arlion yang sedang terkedu mendengar berita itu.
     "erm.. sebenarnya kita akan berpindah pada hujung minggu depan, ke Kuala Setar,"jawab ayahnya pula. Jawapan ayahnya itu disudahi dengan diam yang panjang.
     "eerm.. kalau tak ada apa apa lagi saya masuk bilik dulu ye," kata Arlion lemah lalu terus melangkah longlai ke biliknya.

Apabila masuk ke biliknya, Arlion lalu mengambil telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu..

  To: Azra, Syahrul, Ayu, Win
  Msj: kawan2, saya nak jumpa kol 3 kat Shakes kiosk yg biase tu ye.. urgent.. jgn tak dtg pulak.

  Setelah bersiap-siap, Arlion pun menaiki motorsikal kesayangannya menuju ke tempat yang dijanjikan tadi. Setibanya di Shakes kiosk, semua kawannya telah menunggunya di sana..

     "Apa hal ni, Ar. Macam serius je aku tengok," sapa Syahrul.
     " I have quite a bad new.. errmm.." jawab Arlion.
     " Ada apa Ar?" tanya Azra.
     "Sebenarnya...erm.. aku akan berpindah ke Kuala Setar pada hujung minggu depan," kata Arlion lemah.
     "What! Is it true? Jangan main main hal macam ni...nanti aku tumbuk kau nanti,"kata Win pula.
     " Tak kan la aku nak main-main pasal hal ni. Urusan perpindahan aku pun akan diuruskan   
      secepat mungkin," kata Arlion.
     " Jadi.. " kata Ayu pula.
     " Apa ni, kawan. Sedih sedih la pulak. Apa kata kita jalan-jalan cari makan. Kita sedih-sedih ni buat Ar
       rasa bersalah pulak nanti."kata Syahrul.
     " Ok la, kawan-kawan. Apa kata kita pergi makan sushi kat tempat biasa? Aku pun tengah lapar ni.."
       kata Arlion untuk mengubah bicara.

  Selepas itu, mereka pun menghabiskan masa untuk menikmati makanan dan berjalan-jalan di pusat membeli-belah itu. Lebih kurang dua jam kemudian, mereka pun balik semula ke rumah masing-masing. Arlion sempat membeli keychain yang hampir serupa sebagai tanda persahabatan mereka. Arlion menggantungkan keychain itu pada dompetnya. Keychain itu akan menjadi kenangan mereka bersama.

Saturday, 2 January 2010

Coretan Hidup Remaja... Episod 1: Senior Time #2

  Arlion tiba di rumahnya pada pukul 1.30 petang. Sememangnya kelas 5 Aurum merupakan salah sebuah kelas yang mempunyai waktu tambahan. Kadang kala Arlion terpaksa balik lewat petang sekiranya mempunyai kelas tambahan atau perjumpaan ko-kurikulum. Namun begitu, Arlion tidak pernah mengeluh kerana telah terbiasa bak kata pepatah, "alah bisa, tegal biasa". Setelah selesai makan tengah hari, Arlion memeriksa emelnya. Dalam kelekaan melayari internet, Arlion dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Telefon bimbit yang berusia hampir setahun itu merupakan pemberian bapanya sempena hari jadinya yang ke-16.


      Azfa: Selamat menempuhi tahun baru persekolahan n_n -Az-
     Arlion: Thanks 4 the wish.. The same for you. Both of us will have an important exam for us..
     Azfa: yup.. haha.. it's true.. ok Arlion, I have to help my father with some sort of chores.. C u tomorrow..
              Assalamualaikum.. :)
    Arlion: Waalaikumussalam ^^

  Azfa merupakan sepupu Arlion yang tinggal di bandar Kuala Setar. Azfa sangat rapat denga Arlion dan telah menganggapnya sebagai abangnya sendiri. Azfa hanya muda dua tahun daripada Arlion dan merupakan antara pelajar harapan PMR sekolahnya pada tahun ini.
 
  Hari demi hari berlalu dan minggu pertama persekolahan sudah hampir berakhir...

Wednesday, 30 December 2009

Coretan Hidup Remaja... Episod 1: Senior Time #1


Arlion, itulah namanya.. seorang budak lelaki yg sedang meniti kehidupan remajanya... Tanpa disedari, sudah hampir 17 tahun dia hidup di bumi Allah ini... Dia sedang mencoretkan hidupnya dan membuat laluan hidupnya sendiri..

*****

     "Arlion, bangun... Kamu tak pergi ke sekolah ke? nanti lambat pulak," jerit ibu Arlion.
     "Ye, mak.. saya dah bangun," sahut Arlion.
  Hari ini ialah hari pertama Arlion ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 5. Arlion memang bersemangat untuk ke sekolah pada hari itu setelah menghabiskan masanya selama hampir dua bulan di rumah. Maksudnya, sudah hampir dua bulan jugalah dia tidak bertemu dengan rakan-rakannya. Terbayang-bayang di mindanya akan wajah ceria sahabatnya yang akan menyambutnya di sekolah nanti. Dia juga tidak sabar untuk berceloteh panjang dengan mereka nanti. Setelah selesai bersiap, akhirnya dia turun ke sekolah. Setibanya di kelasnya iaitu kelas 5 Aurum, dia pun mengambil tempat duduk kebiasaanya. Dia suka duduk di barisan hadapan agar mudah belajar dan menumpukan perhatian pada pengajaran guru.

     "Arlion! wei.. dah lama tak jumpa kau,"sapa Azra.
     "Hoho.. memang dah lama pun, kau pun dah besar dah sekarng ye,"jawab Arlion.
     "Hek eleh, dah macam orang tua pulak aku tengok kau ni.. hahaha,"celoteh Azra.
     "Dia memang dah tua pun,"sampuk Syahrul yang baru datang.
     "Ye la.. Korang je la yang muda,"jawab Arlion dalam nada merajuk yang dibuat-buat.
     "Mana pulak Ayu dengan Win ni, takkan la hari pertama pun nak datang lewat.. hahaha,"kata Syahrul.
     " Apa sebut-sebut nama kami ni?"tanya Ayu dan Win hampir serentak.
     "Panjang pun umur kamu berdua, ingatkan tadi nak buat rekod lambat datang awal pagi ni,"kata Syahrul.
     "Wei.. cikgu dah  datanglah," kata Azra.

  Pada tahun ini,  Cik Gracia menjadi guru kelas 5 Aurum .. Win menjadi ketua tingkatan dan seorang lagi rakan mereka iaitu Kiew Yee menjadi penolong ketua kelas. Walaupun kelas 5 Aurum hanya terdiri daripada 25 orang pelajar, tetapi suasana kelas itu riuh mengalahkan 50 orang pelajar.



  Pada hari itu, guru-guru yang masuk ke kelas untuk sesi berkenalan dan menekankan kepentingan tahun ini kepada mereka. Semengnya tahun tersebut sangat penting kepada mereka kerana mereka akan menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan masa depan mereka. Setelah sembilan waktu berlalu, hari pertama mereka di sekolah pun tamat. Semasa balik Syahrul berjalan pulang dengan Arlion.

     "Huh.. penat jugak hari ini..Nasib baik tak ada kerja rumah. Kalau tidak, pengsan aku,"kata Syahrul sambil mengeluh.
     "Kau ni asyik nak mengeluh je, macam mana nak survive kalau berperangai macam ni. Tahun ni penting tau.." jawab Arlion.
     "Kau tu tak apa la, pemikiran macam komputer... tet tet tet.. dah boleh catch up apa yang cikgu cakap, aku ni apa la.." kata Syahrul.
     "Wei wei.. kau ingat aku ni senang-senang macam tu ke je nak belajar... kalau tak fokus pun berkarat jugak otak aku tau,"jawab Arlion.
     "ye la, kau je la yang betul," kata Syahrul.
     "datang la perangai kau tu. Dah la, malas aku nak layan kau. Kita pun dah sampai kat depan rumah aku ni. Aku balik dulu ye. Assalamualaikum,"kata Arlion.
     "Wa'alaikumussalam'" jawab Syahrul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...