Saturday, 21 May 2011

ARRGGGHHHHH!!!!!!

Assalamualaikum...

Jangan terpengaruh dengan tajuk di atas, sesungguhnya saya dalam keadaan yang okey dan tidak marah-marah setakat ni.. Hahahaha <=bukti aku x marah


Cuma nak cakap ckit padah ya la..
Marah memang salah satu sifat semulajadi manusia..
tapi kita tak sepatutnya menjadikan marah sebagai raja dalam diri kita..


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Maka, jangan la diikutkan sangat perasaan marah tu..Nak tau tak,  orang yang paling kuat bukanlah ahli gusti ke, gangster ke, kaki buli ke, superhero ke.. tapi orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan perasaan marah..

Nak tau tak cara-cara nak mengawal perasaan marah nih?

*bunyi cengkerik*

err.. aku bagitau je la.. haha...

1. kalau tgh berdiri, duduk la..
2. kalau tgh duduk pulak, baring la... rilex-rilex ckit.. tarik nafas...
3. Kalau x reda2 jugak marah tu, masuk dalam freezer je la.. <=jgn ikut ek, bid'ah..=P
4.  baca taawuz, sebab perasaan marah ni hasutan syaitan..
5. berwuduk sebab air wuduk dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
6. baca atau mendengar bacaan al-Quran.. al-Quran kan penawar dari Allah...

 hmm.. kadang-kadang aku rasa heran kenape susah sangat nak kawal marah ni.. Kadang-kadang, ada sesetengah orang yang akhirnya menyakitkan hati orang lain dan kemarahan tu pun tersebar macam api... Alangkah baiknya jika kita mengawal perasaan marah kita itu.. Apa kata tenangkan diri.. Happy-happy dan senyum-senyum selalu..

Kalau x silap dulu ada orang cakap,
semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...