Saturday, 14 May 2011

Do you know?

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita nak belajar sejarah sikit k..
Ok, sape boleh bagitahu peristiwa hitam sinonim dengan 15 mei 1948?
saya bagi masa seminit, kalau tahu jawapan sila cakap..

*BEDEZUPP*
*bunyi murid2 pecut ambik buku sejarah sambil belek2 dengan cepat*
(ala2 cerita 3 Idiots)

seminit kemudian, *TETTT!!*

Pada 15 Mei 1948 iaitu 63 tahun yang lepas,  suatu sejarah hitam telah berlaku dan meninggalkankesan yang mendalam kepada umat Islam.. Pada tarikh tersebut, telah berlaku peristiwa Nakba iaitu malapetaka di mana kerajaan haram Israel telah menguasai lebih daripada 2/3 tanah suci umat islam.
Pada masa yang sama, lebih daripada 800,000 umat Islam di halau dari kampung halaman mereka dan tidak dibenarkan pulang hingga ke hari ini. Sehingga kini bilangan pelarian tersebut telah meningkat kepada lebih 7 juta orang . Pada tarih tersebut juga, kerajaan haram Israel telah ditubuhkan di atas penderitaan rakyat Palestin.

Adakah kita ambil kisah pasal tarikh tu?
Tarikh di mana peristiwa hitam telah melanda umat Islam..
hati umat Islam telah dirampas..
hak umat Islam telah dinafikan..
di manakah letak hak kemanusiaan yang sering diuar-uarkan..

Saudara kita di sama berjuang bermati-matian melindungi bumi Palestin,
Apa yang kita sumbangkan?
Adakah kita hanya perlu duduk senang lenang di bumi aman ini,
sedangkan saudara kita melawan bom dengan batu,
sekurang-kurangnya ambil peduli dengan nasib mereka,
dan sertakan dengan senjata kita,
doa, senjata infinite level orang mukmin,
marilah kita berdoa,
agar kita akan dapat merebut kembali hati kita yang telah dirampas...
aminnn...

ALLAH membantu...
ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...