Monday, 25 July 2011

Hikmah=)

Assalamualaikum...

Begitulah beberapa hari ini, membebel tak sudah-sudah memikirkan soal pendaftaran....
Masalah yang berlaku semasa meenguruskan masalah ini macam berpanjang-panjangan..

#1 :
Yuran.. memang terkejut la mula-mula sebab perlu bayar yuran awal.. Alhamdulillah, bapak ada simpanan sedikit untuk digunakan untuk bayar yuran.. (kesian juak ngan bapak sebab ingatkan sik perlu menyusahkannya)

#2 :
Ok.. Duit untuk yuran dah ada, tapi bank untuk bayar... Cara paling senang untuk bayar yuran ialah melalui Bank Islam.. Namun, cawangan Bank Islam tak ada kat sini..  Nasib baik, ada alternatif bayar melalui pembayaran secara dalam talian.. Tapi mungkin akan kekok sikit sebab tak pernah cuba online banking

#3 :
Duit dah dimasukkan dalam akaun.. Dah sedia untuk mulakan pembayaran.. Tetiba link untuk pembayaran secara dalam talian tak dapat digunakan. Berkali-kali tekan refresh tak jugak dapat buka.. Sabar-sabar.. Tanya kat macam-macam page pasal perkara ni.. akhirnya, link tu automatik dapat digunakan balik.. =) *tersenyum lebar*

#4 :
Pembayaran dah hampir selesai.. Tinggal satu lagi benda yang nak diselesaikan untuk membuat pembayaran, tetapi ada amaran yang keluar..
berbunyi lebih kurang begini, no telefon belum didaftarkan untuk menerima OTP...

#5 :
Dengan pantas, aku menunggang menuju bank semula... setelah berurusan seketika, masalah aku hampir diselesaikan dan pegawai bank tersebut meminta kad pengenalan aku.. Aku melihat pegawai bank tersebut macam mengalami masalah dengan kad pengenalan aku..  Tiba-tiba, dia cakap.. Maaf.. Kad pengenalan encik tak dapat digunakan.. Boleh tak bawa sijil kelahiran asal esok.. Ok..

Hmm.. bila difikirkan balik, benda tu semua berturutan dan akhirnya mendedahkan suatu masalah yang aku tak mungkin sedar sehingga aku balik semula ke kuching.. Kad pengenalan aku rosak.. Andai aku tak sedar pasal ni, mungkin aku akan kesukaran pasal ni.. hmm.. Alhamdulillah, dapat macam-macam pengalaman semasa menguruskan hal-hal macam ni...
Hal ni jugak mengajar erti sabar.. dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar.
Harap-harap urusan aku selepas ni dipermudahkan... Aminnn=)

Tak lama lagi, angol la aku.. hahaha...=)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...