Menurut ramalan, kawasan ini akan dilanda cuaca panas kering sehingga bulan oktober..Tengok ramalan tu, byk orang akan cakap...
A: adoiii... xbest la macam ni...
B: cuba la aku dapat pergi bercuti ke negara yang sejuk sekarang ni...
C: urgghh.. cuba la hujan turun...
Kebanyakan orang belum apa-apa sudah mengeluh, sedangkan perkara tersebut cuma ramalan je.. Belum lagi aku tambah, bulan puasa juga termasuk dalam jangka masa tersebut... Mesti banyak lagi yang bingung... Jangan risau, ramalan tu cuma rekaan semata-mata.. Err.. berkemungkinan jugak betul sebab aku selalunya tertulis benda yang aku pernah terdengar secara tak sengaja..
.
Ramalan cuaca tu cuma panduan, bukan untuk dipercayai sepenuhnya
Sedangkan perkara ni semua di bawah kekuasaan Allah.. Tak mustahil sepanjang jangka masa tersebut jadi musim hujan kan? kalau Allah nak suruh banjir pun dapat.. Kun fa ya kun...Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..
Ok, kalau aku sebut pasal 21 Disember 2012?
Mesti orang ramai heboh pasal ni, lebih-lebih lagi tarikh ni tahun depan je... *tak sempat la nak kawen*
haha.. gurau je... harap-harap tak ramai yang terlalu taksub dgn tarikh ni...
Satu lagi ramalan.. Aku tak tau la benda ni cuma ramalan saintis atau ada konspirasi sebalik hebahan ni (cuma teori aku)...
Sedangkan kita telah tahu yang hari kiamat ni perkara ghaib dan hanya Allah yang Maha Mengetahui... Kita cuma tahu ciri-ciri hari kiamat dan tanda-tanda kiamat... Namun begitu, kita harus percaya bahawa adanya hari kiamat ni.. Banyak kaum yang engkar dulu tak percaya dengan adanya hari kiamat ini... Siap perli rasul-rasul mereka pasal kebangkitan semula manusia.. Kalau dah terjadi kiamat nanti, baru mereka tahu kebenarannya dan bak kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
Nak tau bila berlakunya kiamat?
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini”(iaitu jari telunjuk dan jari tengah)
(Riwayat Muslim)
Kalau pada zaman Rasulullah, jarak kiamat seperti jari telunjuk dan jari tengah.. Sekarang ni? Mungkin dah hampir bertindih dua jari tersebut...
Wallahualam... =)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.