Tuesday, 31 May 2011

Sangka Baik

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".   Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini b...elum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..   Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."   Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."   Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."   Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Dipetik dari:  Facebook note

Saturday, 21 May 2011

ARRGGGHHHHH!!!!!!

Assalamualaikum...

Jangan terpengaruh dengan tajuk di atas, sesungguhnya saya dalam keadaan yang okey dan tidak marah-marah setakat ni.. Hahahaha <=bukti aku x marah


Cuma nak cakap ckit padah ya la..
Marah memang salah satu sifat semulajadi manusia..
tapi kita tak sepatutnya menjadikan marah sebagai raja dalam diri kita..


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Maka, jangan la diikutkan sangat perasaan marah tu..Nak tau tak,  orang yang paling kuat bukanlah ahli gusti ke, gangster ke, kaki buli ke, superhero ke.. tapi orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan perasaan marah..

Nak tau tak cara-cara nak mengawal perasaan marah nih?

*bunyi cengkerik*

err.. aku bagitau je la.. haha...

1. kalau tgh berdiri, duduk la..
2. kalau tgh duduk pulak, baring la... rilex-rilex ckit.. tarik nafas...
3. Kalau x reda2 jugak marah tu, masuk dalam freezer je la.. <=jgn ikut ek, bid'ah..=P
4.  baca taawuz, sebab perasaan marah ni hasutan syaitan..
5. berwuduk sebab air wuduk dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
6. baca atau mendengar bacaan al-Quran.. al-Quran kan penawar dari Allah...

 hmm.. kadang-kadang aku rasa heran kenape susah sangat nak kawal marah ni.. Kadang-kadang, ada sesetengah orang yang akhirnya menyakitkan hati orang lain dan kemarahan tu pun tersebar macam api... Alangkah baiknya jika kita mengawal perasaan marah kita itu.. Apa kata tenangkan diri.. Happy-happy dan senyum-senyum selalu..

Kalau x silap dulu ada orang cakap,
semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam


Monday, 16 May 2011

Fenomena pelik diriku =_="

Assalamualaikum...

It's getting weird...
I always want to cry when listening to some songs...
I realised about it after I arranged a new set of songs into my phone..
It's my hobby to listen to the songs...
but now I will start to 'jiwa kacau' when listen to some songs.. -_-"
is there something wrong with me?
or it's all about the meaning behind the songs?
or the songs had some nostalgic memories?
who knows?
ALLAH know...

Sunday, 15 May 2011

Kenape?

Assalamualaikum...

hmm.. bukan nak membebel pasal barang hilang ke ape*mmg ada yang hilang pun*
ataupun pasal kes kecurian *mmg ada pun*
cuma pening ckit*mmg tgh pening kepale*
kenapa nak ambil hak kepunyaan orang lain?
Katakan kenapa? *ala2 lagu kenapa la pulak*
byk pulak aku merepek hari ni, maklumlah cerebrum aku overheat ckit..
integumentary layer aku dah asyik rase beku dah..
pengeset suhu badan aku pun dah mula angol ckit..

ok.. back to the topic..

Kenape kita nak ambil apa yang bukan hak kita?
bukankah kita ada barang milik kita sendiri?
nape nak jugak barang hak orang lain?
kalau kita takda benda tu pun, apa salahnya kita berusaha?
kita ada pilihan...
biar kita pilih yang susah, tapi kita puas...
daripada kita mengambil jalan mudah dengan mengambil hak orang lain,
rasa-rasanyalah kan..
berbaloi ke memiliki kemewahan atau hak orang lain?
bukannya kita hidup lama kat dunia ni pun,
dunia ni cuma persinggahan,
berbaloi ke kita gadaikan kebaikan di destinasi yang abadi,
dengan kemewahan sementara yang ada di persinggahan ini?
kita boleh berfikir,
kita boleh bezakan yang hak dengan yang batil,
yang betul dengan yang salah,
oleh itu, fikir-fikirkan..
mana pilihan anda...

Saturday, 14 May 2011

Do you know?

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita nak belajar sejarah sikit k..
Ok, sape boleh bagitahu peristiwa hitam sinonim dengan 15 mei 1948?
saya bagi masa seminit, kalau tahu jawapan sila cakap..

*BEDEZUPP*
*bunyi murid2 pecut ambik buku sejarah sambil belek2 dengan cepat*
(ala2 cerita 3 Idiots)

seminit kemudian, *TETTT!!*

Pada 15 Mei 1948 iaitu 63 tahun yang lepas,  suatu sejarah hitam telah berlaku dan meninggalkankesan yang mendalam kepada umat Islam.. Pada tarikh tersebut, telah berlaku peristiwa Nakba iaitu malapetaka di mana kerajaan haram Israel telah menguasai lebih daripada 2/3 tanah suci umat islam.
Pada masa yang sama, lebih daripada 800,000 umat Islam di halau dari kampung halaman mereka dan tidak dibenarkan pulang hingga ke hari ini. Sehingga kini bilangan pelarian tersebut telah meningkat kepada lebih 7 juta orang . Pada tarih tersebut juga, kerajaan haram Israel telah ditubuhkan di atas penderitaan rakyat Palestin.

Adakah kita ambil kisah pasal tarikh tu?
Tarikh di mana peristiwa hitam telah melanda umat Islam..
hati umat Islam telah dirampas..
hak umat Islam telah dinafikan..
di manakah letak hak kemanusiaan yang sering diuar-uarkan..

Saudara kita di sama berjuang bermati-matian melindungi bumi Palestin,
Apa yang kita sumbangkan?
Adakah kita hanya perlu duduk senang lenang di bumi aman ini,
sedangkan saudara kita melawan bom dengan batu,
sekurang-kurangnya ambil peduli dengan nasib mereka,
dan sertakan dengan senjata kita,
doa, senjata infinite level orang mukmin,
marilah kita berdoa,
agar kita akan dapat merebut kembali hati kita yang telah dirampas...
aminnn...

ALLAH membantu...
ALLAHUAKBAR!!

Thursday, 12 May 2011

ASASI UNIMAS FIRST BATCH WAS THE BEST

Assalamualaikum....

I will just let the video tell you everything about what happened in my life there...

videographer: nizzalsyafiq
cooperation with: ciktiqz, farasuhana and wani
camera: nikon D5000
34 jam Nizzal x tidur.. Syabas bro, kau lulus ujian on call.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...