Arlion tiba di rumahnya pada pukul 1.30 petang. Sememangnya kelas 5 Aurum merupakan salah sebuah kelas yang mempunyai waktu tambahan. Kadang kala Arlion terpaksa balik lewat petang sekiranya mempunyai kelas tambahan atau perjumpaan ko-kurikulum. Namun begitu, Arlion tidak pernah mengeluh kerana telah terbiasa bak kata pepatah, "alah bisa, tegal biasa". Setelah selesai makan tengah hari, Arlion memeriksa emelnya. Dalam kelekaan melayari internet, Arlion dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Telefon bimbit yang berusia hampir setahun itu merupakan pemberian bapanya sempena hari jadinya yang ke-16.
Azfa: Selamat menempuhi tahun baru persekolahan n_n -Az-
Arlion: Thanks 4 the wish.. The same for you. Both of us will have an important exam for us..
Azfa: yup.. haha.. it's true.. ok Arlion, I have to help my father with some sort of chores.. C u tomorrow..
Assalamualaikum.. :)
Arlion: Waalaikumussalam ^^
Azfa merupakan sepupu Arlion yang tinggal di bandar Kuala Setar. Azfa sangat rapat denga Arlion dan telah menganggapnya sebagai abangnya sendiri. Azfa hanya muda dua tahun daripada Arlion dan merupakan antara pelajar harapan PMR sekolahnya pada tahun ini.
Hari demi hari berlalu dan minggu pertama persekolahan sudah hampir berakhir...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.