"Arlion, mari duduk sini kejap"panggil Encik Ardi, ayah Arlion.
Arlion melangkah longlai ke ruang tamu dan duduk di hadapan ayah dan ibunya.
"macam ada sesuatu yang tak baik je,"getus hati kecil Arlion.
"Sebenarnya Arlion.. ayah telah dinaikkan pangkat," Encik Ardi memulakan bicara.
"Baguslah tu, ayah,"jawab Arlion dengan gembira.
"Tapi Arlion...,"sambung Puan Zubaidah, ibunya.
"Tapi apa ibu?"tanya Arlion bimbang kerana merasakan ada sesuatu yang belum dikhabarkan oleh ibu bapanya.
"Kita akan berpindah dari sini.."jawab ibunya lemah.
"apa? bila?"tanya Arlion yang sedang terkedu mendengar berita itu.
"erm.. sebenarnya kita akan berpindah pada hujung minggu depan, ke Kuala Setar,"jawab ayahnya pula. Jawapan ayahnya itu disudahi dengan diam yang panjang.
"eerm.. kalau tak ada apa apa lagi saya masuk bilik dulu ye," kata Arlion lemah lalu terus melangkah longlai ke biliknya.
Apabila masuk ke biliknya, Arlion lalu mengambil telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu..
To: Azra, Syahrul, Ayu, Win
Msj: kawan2, saya nak jumpa kol 3 kat Shakes kiosk yg biase tu ye.. urgent.. jgn tak dtg pulak.
Setelah bersiap-siap, Arlion pun menaiki motorsikal kesayangannya menuju ke tempat yang dijanjikan tadi. Setibanya di Shakes kiosk, semua kawannya telah menunggunya di sana..
"Apa hal ni, Ar. Macam serius je aku tengok," sapa Syahrul.
" I have quite a bad new.. errmm.." jawab Arlion.
" Ada apa Ar?" tanya Azra.
"Sebenarnya...erm.. aku akan berpindah ke Kuala Setar pada hujung minggu depan," kata Arlion lemah.
"What! Is it true? Jangan main main hal macam ni...nanti aku tumbuk kau nanti,"kata Win pula.
" Tak kan la aku nak main-main pasal hal ni. Urusan perpindahan aku pun akan diuruskan
secepat mungkin," kata Arlion.
" Jadi.. " kata Ayu pula.
" Apa ni, kawan. Sedih sedih la pulak. Apa kata kita jalan-jalan cari makan. Kita sedih-sedih ni buat Ar
rasa bersalah pulak nanti."kata Syahrul.
" Ok la, kawan-kawan. Apa kata kita pergi makan sushi kat tempat biasa? Aku pun tengah lapar ni.."
kata Arlion untuk mengubah bicara.
Selepas itu, mereka pun menghabiskan masa untuk menikmati makanan dan berjalan-jalan di pusat membeli-belah itu. Lebih kurang dua jam kemudian, mereka pun balik semula ke rumah masing-masing. Arlion sempat membeli keychain yang hampir serupa sebagai tanda persahabatan mereka. Arlion menggantungkan keychain itu pada dompetnya. Keychain itu akan menjadi kenangan mereka bersama.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.