Sunday 8 July 2012

Kesunyian dan perpisahan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi pinjaman lagi nyawa ni...
Errmm.. bila fikir balik.. macam-macam Allah beri kat kita... Betol x?
Tak perlu tgk jauh-jauh... Tgk diri kita pun sudah membuktikan kenyataan..
Namun sejauh mana kesyukuran kita...
Cuba bayangkan kalau ada org beri hadiah kat kita, mesti kita rasa berterima kasih sgt kan?
Allah dah beri macam-macam kat kita.. Kudrat untuk menaip dan penglihatan untuk meneliti papan kekunci dalam menghasilkan post ni jugak baru sahaja bahagian kecil daripada nikmat yang Allah kurniakan... Kalau nak dihitungkan dan ditulis.. memang x cukup kalau nak guna semua pen dengan kertas yang ada kat dunia ni... Sebab nikmat yg Allah beri kepada kita terlalulah byk...
Namun sejauh mana kita bersyukur?
Syukur bukan sahaja setakat ucapan di bibir sahaja... perasaan syukur tu harus dilahirkan dari hati dan membentuk amalan dan perlakuan kita...

Sesungguh hari-hari kebelakangan ni byk ujian melanda..
Bukan sahaja diri ni, tetapi juga insan2 lain..
Puas diri memujuk hati yg kerdil ni...
semua yang berlaku ada hikmahnya..
Allah tahu apa yg baik untuk kita...
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
 Bak kata seorang kawan, kita ibarat sebatang pensel.. Untuk menjadi pensel yang terbaik.. kita akan melalui asahan yg mungkin akan menyakitkan diri kita....
Ya Allah... Kau berikanlah kepada kami sifat sabar dan tabah dalam menjalani tarbiyah dariMu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...