Wednesday 29 June 2011

ah..

Assalamualaikum...

Ah..
perkataan ini
sukar untuk aku luahkan,
sukar untuk aku pendamkan,
aku terdiam sendiri.

Ah,
andai ku luah,
perkataan ini,
ada yang terasa,
ada yang disakiti
aku terdiam sendiri.

Ah,
andai ku pendam,
terkumpul dalam diri,
akhirnya meracun diri,
sekali lagi,
aku terdiam sendiri.

Ah,
luahan aku cuma siulan semata-mata,
meneroka udara,
akhirnya hilang menyendiri,
itulah aku,
aku terdiam sendiri.


29 Jun
9:30pm
Anjung Warisan

Thursday 23 June 2011

Smile=)

Assalamualaikum....

Beberapa hari ni,
aku berasa rajuk di hati,
sedih tetiba ingin menyendiri,
kugagal tepis kesedihan ini

Hatiku mula menjadi sepi,
orang yang disayangi mula disakiti,
akhirnya merana diri sendiri,
kugagal tepis kesedihan ini.

Apabila sedih gagal kutepis,
aku mula menangis sendiri,
'headphone' di telinga tak kupeduli,
tetiba hatiku berubah semerta,
terlupa apa yg menjadi kesedihan,
lantas kubangkit,
bertanya sendiri,
apa yang aku sedihkan tadi?

Alhamdulillah,
syukur kepada Ilahi,
atas nikmat yang diberi,
menarik kesedihan di hati,

Kubuang segala mesej,
lalu tertera mesej teman..

 Assalamualaikum...=)

Wednesday 22 June 2011

Jangan main-main, dia budak pandai

Assalamualaikum...
Nak mintak maaf awal-awal andai terkasaq bahasa..

Jangan main-main, 
dia budak pandai,
ada aku kesah itu semua?
itu bukan kayu pengukur yang aku guna,
apa guna kalau pandai
jika sahsiah tak seiring dengannya.

Jangan main-main,
dia budak pandai,
ada aku kesah?
kalau budak pandai pun
tak semestinya dia boleh cakap sesuka hati dia.

Jangan main-main,
dia budak pandai,
kenapa?
adakah budak pandai tak boleh ditegur?
adakah budak pandai tu sempurna?
salahkah kami yang kurang pandai ni nak tegur?

Jangan main-main,
dia budak pandai,
aku tak kata ilmu tak penting,
cuma jangan bermegah dengan ilmu yang dimiliki,
ilmu itu milik Allah,
bukan milik mutlak manusia,
jangan berlagak dengan ilmu!

Jangan main-main,
dia budak pandai,
pandai atau tak pandai bukan persoalannya,
andai pointer akhirat tak dititikberat,
pointer di dunia tiada gunanya.
buka hati, buka mata,
pandang sekeliling,
bangkitlah!
Jom naikkan pointer akhirat!

  *aku tak kata ilmu tak penting, cuma jangan bermegah dengan ilmu..=P

"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."


Monday 20 June 2011

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Assalamualaikum...
Hari ni nak kongsi satu benda


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan 
untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah 
seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

*Madah penyair sufi, Abdul Ghani dipetik daripada  "Seindah Mawar Berduri"

Saturday 18 June 2011

Cinta?

Assalamualaikum...

khilafku,
terlalu asyik dengan perasaanku,
komen di statusmu,
conteng di dindingmu,
'like' semua statusmu,
biar jariku penat menekan tetikus,
kongsi semua kegemaranku denganmu,
lagu-lagu dikongsi didindingmu,

maafkan aku,
andainya perbuatanku melalaikan kau,
sekaligus melalaikan hatiku,
dari mengingati cinta Agung,
cinta yang sering kita abaikan,
sedangkan orang mukmin mengejar cinta yang agung itu

 
aku sedar,
aku hanya memburu cinta hina
yang disamarkan seperti cinta suci,
oleh bisikan nafsu yang sering
menarik hatiku jauh dari mengingati Ilahi

Astaghfirullah,
layakkah aku untuk cintaMu ya Allah,
sedang selama ini aku jarang mengingatiMu
ya Allah,
ampunilah segala dosaku,
aku hanya manusia yang lemah
manusia yang lupa
pada bai'ahku dahulu
bawalah aku kepada cintaMu
kudamba cintaMu


*Andai si dia jodoh yang ditentukan kepadaku, biarkanlah perhubungan itu nanti dimulai dan mengikut syariat agar mendapat reda Ilahi. Sekiranya dia bukan jodohku, mungkin Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kami... Sesungguhnya Allah merupakan sebaik-baik perancang =D

Friday 17 June 2011

Bajet bagus

Assalamualaikum...


"Bajet bagus"
komen dilontar kepadaku
hanya kerana aku
menghalang perbicaraan sia-sia mereka
yang bisa membawa fitnah merata-rata

"Bajet bagus"
aku dilabel begitu
apabila menghalang
fitnah domba yang dibawa
yang hanya membawa kepada
buang masa hilang pahala

"bajet bagus''
aku hanya insan biasa
bukannya manusia yang tidak pernah melakukan dosa
aku hanya makhluk Allah yang lemah
cuma ingin mengingatkan kita yang nisyan

''bajet bagus''
kita mudah menyebarkan kesalahan orang
sedangkan kita tidak pernah peduli
kesalahan kita sendiri
apabila ditegur
mula menyatakan ''kau bajet bagus''

''bajet bagus''
buka minda, buka mata hati
terima teguran lapangkan hati
andai terkasar bahasa maaf dipohoni

Monday 13 June 2011

Seindah Mawar Berduri

Assalamualaikum....

Hari tuk keluar outing... Alone outing... Sebenarnya x dirancang pun.. Tetiba rasa mok jalan, then vrooommm... Dengan rambut yang macam baruk bangun tido... -_- .. Temapat wajib pergi, kedei buku...  Mmg sejam la jalan2 dalam kedei..Tiba-tiba ternampak cgek buku...-Seindah Mawar Berduri- .. Macam deja vu coz rasa familiar.. Pasya raon2 gik nangga buku lain, tapi tetap usha2 buku ya.. last2 mengalah then belek2 buku ya, tgk pengarang.... Rupa-rupanya salah seorang antara favourite authors.... Terus angkat bawa balik.. hahaha..=)

*pelik.. aku pernah tgk ka buku ya sebelum tuk? mesti ada chemistry,math or biology ngan buku tuk sebelum tuk...


ps: tajuk buku pun macam familiar jak O_o

Saturday 11 June 2011

Masjid bukan untuk yang senja

Di simpang masuk ke Jalan Masjid, berkumpul sekumpulan pemuda. Tiba-tiba datang seorang pakcik.

"Mari anak-anak, jom kita ke masjid solat berjemaah," seru pakcik tersebut.
"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!" jawab seorang pemuda daripada kumpulan tersebut.

Wajah pakcik itu nampak berdukacita. Apa yang mampu dilakukannya, masalah Iman ummat akhir zaman akan bertindak sebegitu.

Masjid Untuk Orang Tua 'Senja'?
Alasan seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil, "Budak-budak tak payah pergi masjidlah, lari-lari buat bising je. Buat orang tua sembahyang tak khusyuk! Dahlah, pergi tengok TV lagi bagus."

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang meningkat dewasa, "Emm.. Budak ni dah besar dah. Pandailah dia fikir sendiri, kubur masing-masing. Bila hidayah dah sampai nanti, datanglah dia ke masjid tu!".

Waktu kanak-kanak dikatakan membuat bising di dalam masjid, bila dah besar pandai-pandai fikir sendiri pula alasannya. Segelintir ibu bapa seolah-olah lepas tangan tentang soal ibadat anak mereka terutamanya solat berjemaah.

Maka tidak hairanlah masjid lengang dengan golongan muda dan yang ada kebanyakannya adalah dari golongan berumur.
Salah siapa?

Adat Atau Ibadat?
Kebiasaannya, masjid akan diisi oleh golongan tua yang kebanyakan adalah dari 'Kelab Orang-Orang Pencen'. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa pencen mereka dengan beribadat kepada Allah dengan solat berjemaah di masjid.

Alhamdulillah, mereka sekurang-kurangnya mempunyai fikiran tentang ibadat mereka berbanding mereka yang masih belum sedar.

Tetapi, adakah ia sebagai satu ibadat atau satu adat? Apakah apabila tiba usia emas, semua orang Islam baru kena banyakkan ibadat? Adakah waktu muda adalah waktu umtuk bersuka ria dan mencari harta?
Terpulanglah apa pun jawapannya, Allah sahaja yang membalasnya.

Kalau Tak Sempat Tua Bagaimana?
Berbalik pada kisah yang awal tadi (kisah seorang pakcik dengan sekumpulan pemuda), terfikirkah anda tentang kenyataan balas pemuda tadi?

"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!"
Kami muda lagi? Adakah sunnah berjemaah di masjid hanya untuk orang tua sahaja? Bagaimana pula jika seseorang itu tak sempat tua?

Jangan fikir kita di usia muda mustahil terlepas dari kematian! Tidakkah kita melihat rakan-rakan kita yang meninggal dunia dalam usia muda?

Mati kemalangan, mati mengejut (selalunya sakit jantung), dan pembunuhan. Adakah itu bukan satu kematian?

Mati tidak kira tua atau muda, jika sudah sampai ajalnya.. semua orang akan merasai kematian.

Apabila mati, hanya amalan sahaja yang kita bawa  menghadap Allah. Bagaimana jika amalan kita tidak banyak? Adakah kita akan menjawab di hadapan Allah, "Aku mati muda Ya Allah. Tak sempat buat amal Kau dah matikan aku". Adakah begitu?

Bangkitlah Wahai Orang Muda
Di antara golongan yang mendapat perlindungan di padang mahsyar ialah pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.

Sewaktu rakan-rakan sebaya kita memenuhkan ruang disko di masa azan Maghrib berkumandang, marilah kita memenuhkan rumah-rumah Allah.

Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang beribadat, tetapi Allah LEBIH menyayangi orang MUDA yang beribadat.

Golongan muda adalah tiang kepada masyarakat, jika roboh tiang itu maka akan rosaklah masyarakat. Cuba kita bayangkan jika semua orang-orang berumur di masjid itu telah tiada, siapakah yang akan mengimarahkan rumah Allah?

Jangan sampai cicak yang ada di siling masjid itu yang bertasbih kepada Allah bersendiri tanpa kehadiran makhluk Allah yang istimewa bernama manusia!

Koreksi diri di usia muda, mudah-mudahan mendapat bahagia.


Sumber-Artikel Iluvislam.com

Gambar sumber: google

Thursday 9 June 2011

Elecktron

Assalamualaikum...

Sejenak aku berfikir
Di benak fikiranku
Apa yg terjadi padaku
Berubah
Menjadi diri yang aku sendiri
tak pernah mengenali
Menjadi diri yang sangat lemah
lemah mengawal emosi
Senyum terukir di bibir
tidak semestinya terukir di hati
Pesimis..
Pesimis..
-ve -ve -ve
adakah terlalu byk elektron 
yang terkumpul dalam diri
Ya Allah
kuatkanlah hambaMu ini
untuk mengumpul sisa-sisa proton yang ada
agar aku tidak terus menegatifkan
segala pandanganku
agar aku keluar
dari kepompong buatan diriku
hmm....


Friday 3 June 2011

Err.. I really had a bad sense of direction..

Assalamualaikum..

Akhirnya boleh konsentrasi setelah cerebrum ngan cerebellum aku overheat beberapa hari tuk... Aku rasa macam boleh guna kuasa heat ray macam Meramon jak... =P
Setelah mendegil selama beberapa hari, akhirnya aku give up lalu mok pergi klinik.. Setelah menempuh perjalanan yang memeningkan kepala aku sebab kesibukan jalan hari tuk, akhirnya aku tiba di jalan terletaknya klinik yang biasa aku pergi dolok.. Tiba-tiba aku rasa macam sesat coz sik jumpa klinik ya.. Lebih 5 minit aku terkayo-kayo kat jalan ya... Sampei rasa mok tepon abg gik ya coz mok tanyak klinik ya dah pindah ka.. Adoii.. nang lawak... Akhirnya aku temu juak bila aku dah mok give up..hahaha...

Aku dapat ubat antibiotik.. harap2 aku x main2 ngan antibiotik macam dolok.. =D

Thursday 2 June 2011

It should be simple...

Assalamualaikum..

Hari ni nak suggest satu benda..

Di XXX bookstore
Sales assistant: May I help you, sir? What do you want to buy?

'Me': Instruments that record analyses summarize organize debate and explain information which are illustrative non-illustrative hardbound paperback jacketed non-jacketed with forward introduction, table of contents, index that are indented for the englightnment, understanding enrichment enhancement and education of the human brain thru sensory root of vision... sometimes touch

Sales assistant: Err... what is that?

'Me': book..

Sales assistant: -_-||


It should be simple... =)

p/s: Bro, alang-alang sama nama ngan blog kau, aku link terus je.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...