Thursday 28 July 2011

Wordless post #1

Assalamualaikum...
Hari ni dah hari khamis..
Aku tak kisah bila nak post wordless post...
Nak share gambar ni, dapat dari kawan...

lihat langit ingat Allah...

Tuesday 26 July 2011

Panas kering

Assalamualaikum...

Menurut ramalan, kawasan ini akan dilanda cuaca panas kering sehingga bulan oktober..
Tengok ramalan tu, byk orang akan cakap...

A: adoiii... xbest la macam ni...

B: cuba la aku dapat pergi bercuti ke negara yang sejuk sekarang ni...

C: urgghh.. cuba la hujan turun...


Kebanyakan orang belum apa-apa sudah mengeluh, sedangkan perkara tersebut cuma ramalan je.. Belum lagi aku tambah, bulan puasa juga termasuk dalam jangka masa tersebut... Mesti banyak lagi yang bingung... Jangan risau, ramalan tu cuma rekaan semata-mata.. Err.. berkemungkinan jugak betul sebab aku selalunya tertulis benda yang aku pernah terdengar secara tak sengaja..
.
Ramalan cuaca tu cuma panduan, bukan untuk dipercayai sepenuhnya

Sedangkan perkara ni semua di bawah kekuasaan Allah.. Tak mustahil sepanjang jangka masa tersebut jadi musim hujan kan? kalau Allah nak suruh banjir pun dapat.. Kun fa ya kun...Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..


Ok, kalau aku sebut pasal 21 Disember 2012?
Mesti orang ramai heboh pasal ni, lebih-lebih lagi tarikh ni tahun depan je... *tak sempat la nak kawen*
haha.. gurau je... harap-harap tak ramai yang terlalu taksub dgn tarikh ni...
Satu lagi ramalan.. Aku tak tau la benda ni cuma ramalan saintis atau ada konspirasi sebalik hebahan ni (cuma teori aku)...

Sedangkan kita telah tahu yang hari kiamat ni perkara ghaib dan hanya Allah yang Maha Mengetahui... Kita cuma tahu ciri-ciri hari kiamat dan tanda-tanda kiamat... Namun begitu, kita harus percaya bahawa adanya hari kiamat ni..  Banyak kaum yang engkar dulu tak percaya dengan adanya hari kiamat ini... Siap perli rasul-rasul mereka pasal kebangkitan semula manusia.. Kalau dah terjadi kiamat nanti, baru mereka tahu kebenarannya dan bak kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"

Nak tau bila berlakunya kiamat?

Rasulullah s.a.w telah bersabda:


“Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini”(iaitu jari telunjuk dan jari tengah)

(Riwayat Muslim)

Kalau pada zaman Rasulullah, jarak kiamat seperti jari telunjuk dan jari tengah.. Sekarang ni? Mungkin dah hampir bertindih dua jari tersebut... 

Wallahualam... =)


Monday 25 July 2011

Hikmah=)

Assalamualaikum...

Begitulah beberapa hari ini, membebel tak sudah-sudah memikirkan soal pendaftaran....
Masalah yang berlaku semasa meenguruskan masalah ini macam berpanjang-panjangan..

#1 :
Yuran.. memang terkejut la mula-mula sebab perlu bayar yuran awal.. Alhamdulillah, bapak ada simpanan sedikit untuk digunakan untuk bayar yuran.. (kesian juak ngan bapak sebab ingatkan sik perlu menyusahkannya)

#2 :
Ok.. Duit untuk yuran dah ada, tapi bank untuk bayar... Cara paling senang untuk bayar yuran ialah melalui Bank Islam.. Namun, cawangan Bank Islam tak ada kat sini..  Nasib baik, ada alternatif bayar melalui pembayaran secara dalam talian.. Tapi mungkin akan kekok sikit sebab tak pernah cuba online banking

#3 :
Duit dah dimasukkan dalam akaun.. Dah sedia untuk mulakan pembayaran.. Tetiba link untuk pembayaran secara dalam talian tak dapat digunakan. Berkali-kali tekan refresh tak jugak dapat buka.. Sabar-sabar.. Tanya kat macam-macam page pasal perkara ni.. akhirnya, link tu automatik dapat digunakan balik.. =) *tersenyum lebar*

#4 :
Pembayaran dah hampir selesai.. Tinggal satu lagi benda yang nak diselesaikan untuk membuat pembayaran, tetapi ada amaran yang keluar..
berbunyi lebih kurang begini, no telefon belum didaftarkan untuk menerima OTP...

#5 :
Dengan pantas, aku menunggang menuju bank semula... setelah berurusan seketika, masalah aku hampir diselesaikan dan pegawai bank tersebut meminta kad pengenalan aku.. Aku melihat pegawai bank tersebut macam mengalami masalah dengan kad pengenalan aku..  Tiba-tiba, dia cakap.. Maaf.. Kad pengenalan encik tak dapat digunakan.. Boleh tak bawa sijil kelahiran asal esok.. Ok..

Hmm.. bila difikirkan balik, benda tu semua berturutan dan akhirnya mendedahkan suatu masalah yang aku tak mungkin sedar sehingga aku balik semula ke kuching.. Kad pengenalan aku rosak.. Andai aku tak sedar pasal ni, mungkin aku akan kesukaran pasal ni.. hmm.. Alhamdulillah, dapat macam-macam pengalaman semasa menguruskan hal-hal macam ni...
Hal ni jugak mengajar erti sabar.. dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar dan bersabar.
Harap-harap urusan aku selepas ni dipermudahkan... Aminnn=)

Tak lama lagi, angol la aku.. hahaha...=)

Saturday 23 July 2011

Bermegah-megah

Assalamualaikum peeps...

Nak share satu benda...

AT-TAKAATSUR

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu

2. sampai kamu masuk dalam kubur.

3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

6. niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahannam,

7. dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ainul yaqin,

8. kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)

Ni salah satu contoh surah yang kita biasa baca.. Lama dah baca tapi baru sedar pasal ni...
Bila baca..... *dush kat kepala*
salah satu teguran untuk kita.... =)

Thursday 21 July 2011

Berbudi sungguh... =)

Assalamualaikum....

Hari ini aku jumpa seorang pegawai yang berbudi sungguh *tangan kat dada, mata ke atas*
Aku sik tauk la sama ada ya mmg salah aku
atau
nya agik angin kus-kus masa aku temu ngan nya
Teguran dan layanan yang nya gunakan agak kasaq bagi aku.

Satu
Officer: Kenak sik isik? (sepatutnya bahagian yang xda berkenaan dgn nya pun)
aku: errrr
Officer: susah ilak ka mok isik!
aku: *gulp*

Dua
Officer: Kenak ada duak igek?
aku: cdak mmg mintak duak salinan
Officer: kenak cdak mintak duak salinan?!
aku: *gulp* (asal aku gik kenak anok)

pelik la, bukannya aku sengaja mok polah borang ya duak salinan. Sik kan la aku mok frame salinan ya kat rumah gik nak?

Tiga
*officer belek borang aku*
Officer: pahal la kau tuk berat ilak!

dalam hati dah macam kenak bom jak.. Nasib bait bomba dah awal-awal sedia dalam hati..

Selepas jak abis uruskan aku, nya terus keluar pia jak... Macam orang marah. -_-"

Benda tuk bukan aku sengaja mok kongsi, cuma nak sama-sama beringat. Supaya aku sik mengulangi benda yang sama. Apa salahnya kita berik teguran yang membina daripada nait angin sesuka hati. Aku sik tauk la samada nya memang ada masalah atau nya memang pia. Aku harap nya cuma pia hari tuk jak. Apa salahnya cakap bagus-bagus kenak aku sik isik benda ya. Sepatutnya nya berik contoh yang baik sebab nya merupakan salah seorang anggota penting dalam masyarakat. Dan sik salah mun mok maniskan muka temu ngan orang daripada polah muka serius. Mun aku bena-bena sakit, mmg makin sakit nangga muka orang masam ngan aku.
Sori mun aku byk berleter kali tuk

Wednesday 20 July 2011

Sinar radiasi

Assalamualaikum..

Esok mungkin aku akan disinari dengan sinar lagi..
bukan sinar FM..
tapi sinar X..
seram jugak aku kena sinar balik
sebab baru sinar tahun lepas, kalau setiap tahun boleh bersinar badan aku nanti...
huhu...
seram juak mok pergi pemeriksaan kesihatan..
haha...
datang la merepek tengah-tengah malam...

Thursday 7 July 2011

Hidup baru?

Assalamualaikum kawan-kawan=)

Saya nak mengucapkan maaf banyak-banyak kerana belum dapat melancarkan belog ini sementara waktu kerana proses konstruksi yang baru tengah dibuat. Maaf =)  Saya berusaha sedaya mungkin untuk menyediakannya sebaik mungkin.

Saturday 2 July 2011

bila aku masuk dapur...

Assalamualaikum..

Bila aku masuk dapur,
dapur jadi kecoh =P

macam iklan la pulak   



Uhibbuka fillah=)
bulan sabit.. main2 dengan makanan la pulak=P
makanan sendiri mesti special

Mimpi lagi...

Assalamualaikum..apeep=)

Aku bermimpi lagi,
pada orang-orang yang  kurindui,
walaupun bukan perkara nyata,
tapi mampu melunaskan rinduku pada mereka,
telatah mereka,
gelak tawa mereka,
kata-kata mereka,
seakan-akan aku benar-benar berada di samping mereka,
jika aku khabarkan pada sesiapa,
pasti mereka berkata.
"kalah orang bercinta"
-_-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...