Thursday 16 September 2010

Wishing: Selamat Hari Raya

Aku baruk sedar yg aku blom gik polah ucapan selamat hari raya dalam blog tuk.. hehe.. mcm over gik rupa aku tuk.. yeah.. Rasa-rasanya blom terlambat gik nak?

Pada waktu, saat dan ketika ini (chewah).. Saya ingin mengumumkan bahawa hari raya puasa telah jatuh pada 10 september 2010 bersamaan 1 syawal 1431H.. hehe.. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun. Seperti yang anda maklum, saya hanya insan biasa yang mudah dan kerap melakukan kesilapan. Andai terkasar bahasa ka.. nyakit hati ka.. nyindir ka.. malas polah kerja ka..kuat merengek ka or anything bad I had done.. saya ingin memohon maaf zahir dan batin.. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.. Selamat menyambut hari kemenangan umat Islam.. Selamat tinggal bulan penuh keberkatan.. huhuhu.. harap-harap akan bertemu lagi.. Amiinnn....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday 14 September 2010

Selamat Hari Raya

hohoho.. Another late post.. bukan salah saye ek and bukan salah siapa2 jugak.. hahaha... coz saya balik kampung yg tercinta sejak rabu lepas. Pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab dah empat bulan x balik kampung.. mesti rindu ilak2 ho.. ya la.. lamak dah x nait ekspres apa indah tapi tido jak kerja dalam ekspres.. x boleh mok polah apa2.. badan nang lelah ilak time ya.. hahaha.. Memang boleh dikatakan sesak kalik jak kat waf masa aku pergi riya... Haha.. Kat kampung nang best.. aku suka ngan suasananya.. lebih dekat ngan alam semulajadi bak kata orang.. Lebih2 gik kazen-mazen aku semua ada kat kampung.. nang riuh la bunyi kmk orang.. hehe.. Then tiba jak malam raya nang mcm2 jak kerja.. Ada yang memasak, ada nganyam ketupat, ada yang ngisik ketupat, ada yang lenggang2 x polah kerja (aku la ya) hahaha.. Nang busy bena time ya sampei aku.. Time raya.. pagi2 gik dah bgn bersedia.. heip.. Habis sesei dalam rumah.. kmk orang polah konvoi berami-rami melanggar rumah orang.. bukan melanggar nak merempuh rumah orang ya k.. runtoh jak rumah orang lak.. Merentas berkampung2 (hiperbola li jak bunyi aku tuk).. Nang x habis tetak jak kmk orang time raya tuk.. mesti ada2 jak jadi bahan baru.. hahaha.. Memori yang terindah di kampung.. susah mok lupak..

*will be adited for pictures*

Sunday 5 September 2010

Late post: Ramadan di perantauan.. Hahahaha

Rasa macam duduk kat negeri orang je.. Hahah.. Tapi boleh katan yang ramadan kali ini merupa ramadan yang lain dari yang lain bagi aku.. Sebab ramadan sebelum2 ini disambut di samping keluarga dari awal sampai akhir... Tapi pada kali ini, awal2 ramadan telah disambut di samping kawan-kawan aku yang berada di UNIMAS.. Mula2, memang rasa x biasa.. Ya la.. mun before tuk, awal2 pagi mesti mak dah kejutkan untuk sahur.. Duduk2 je semua dah tersedia.. (pemalas betul aku ni).. Masa kat kolej, Kawan2 aku la yg byk mencuba mengejutkan aku.. Ada yang berjaya, ada yang dapt mengejutkan anggota aku iaitu tangan aku untuk menyahut panggilan walaupun otak aku masih belum bangun (hahahah).. last2 aku x bgn.. hehhe.. dan x kurang jugak ada yang x berjaay mengejutkan aku.. Aku memang x nafikan yang aku ni mmg liat ckit nak bangun sahur.. hahaha.. So, bersabar je la dengan perangai aku k.. Ramadan tahun ni, luckily aku ada seorang -- Chipsmore.. haha.. Chipmore byk memainkan peranan tahun ni.. Nya sentiasa bawak api.. bukan untuk bakar sesuatu tapi untuk bakar semangat aku.. hehehe... Rasanya aku memang banyak menyusahkannya juga bulan ni.. hahaha.. Sorry, Chipsmore.. Ade mase nanti ka sponsor ka ye, tapi kau kene bayar semua la.. hahahaha... BTW.. aku harap2 aku dapat manfaatkan ramadan kali ini.. Sebab semalam sebuah sejarah, hari ini sesuatu yang pasti dan hari esok sukar untuk dipastikan.. hanya Allah yang tahu segalanya.. So, adakah kita masih berjumpa dengan Ramadan yang akan datang? fikir-fikirkanlah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Welcome Home!!

Akhirnya, setelah tiga bulan lebih aku meninggalkan rumah, aku balik untuk meraikan hari raya bersama keluarga di samping melunaskan rindu.. hehe.. Yup.. Memang dah lama aku rasa nak balik rumah tetapi tanggungjawab aku sebagai pelajar harus diteruskan. Alhamdulillah... aku dapat menempuh 3 bulan pertama pengajian aku walaupun kadang kala diuji dengan pelbagai perkara.. Setelah habis je kelas bio jumaat lepas, aku memang excited habis untuk balik ke rumah.
Aku menaiki bas pada 4 Sep jam 10 pagi.. Atas sebab2 tertentu, bas aku delayed selama setengah jam.. Time tu, mmg boring sebab naik bas sorang-sorang. So, bermesej dgn kawan2 jadi keutamaan aku.. hehehe... Memang terasa sangat bosan kerana terpaksa duduk hampir 7 jam dalam bas.. hahaha... banyak bersabar suffian.. Kadang2 rasa macam telur di hujung tanduk je.. Ish3.. Takut giler aku coz semestinya pemandu2 tu sangat penat and x dapat beri byk tumpuan.. Ditambah pulak dengan telefon etc..Allah saje la yang tahu apa aku rasa time tu.. hahahahaha... Alhamdulillah.. aku selamat jugak sampai ke destinasi aku.. Sibu the swan city.. hehehehe...
Best rasenye kembali semula.. Memang rasa macam berbeza je.. pasya jumpa balik ngan  keluarga..

Lurve to be home again
HOME SWEET HOME :]

hahahaha...Ok..

Selamat Menyambut Hari Raya^^ namun jangan sia-siakan Ramadan yang masih ada....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...