Tuesday 18 September 2012

lega?

Alhamdulillah... Berakhirnya minggu orientasi menandakan tamatnya tugas sebagai ajk aktiviti.. Sememangnya aku tak nafikan yang aku memang kurang berpengalaman mengendalikan tugas-tugas seperti ini.. Kebiasaan aku sedaya upaya mendapatkan tugas seringan yang boleh memandangkan aku agak kurang berkebolehan mengendalikan tugas-tugas berat.. ye la tu, beratlah sangat... haha...

 Hal ini byk mengajar aku untuk terus memperbaik diri.. Aku tak tahu la setiap kali aku jadi sibuk memanjang, mesti aku jadi lupa terhadap perkara-perkara yang jauh lebih penting.. manusia... alahai.. mudah disibukkan dengan perkara dunia.. sedangkan akhirat tu kekal abadi... Teringat balik perkongsian sahabat semasa bulatan gembira tadi, mengenai seorang sahabat iaitu Said bin Amir yang membeli akhirat dengan dunia.. Hal ini mmg sgt jauh berbeza daripada situasi majoriti masyarakat masa kini.. kemungkinan kita salah seorang daripadanya.. yang sanggup menggadaikan akhirat hanya untuk mendapatkan kesenangan sementara di dunia. Sesungguhnya kita masih tidak mengerti, apakah ertinya kita hidup di dunia ini.. matlamat yang manakah menjadi matlamat hidup kita..

Tak salah untuk mendapatkan kejayaan di dunia, namun urusan akhirat tidak harus dilupakan.. Dalam masa belajar ni, kadang-kadang kita meletakkan pelajaran itu terlampau di atas.. sehinggakan kita langsung lupa akan pemilik ilmu.. Kebiasaannya kalau kita inginkan sesuatu dari seseorang, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati pemilik tersebut.. Seharusnya sebagai seorang pelajar yang mempelajari ilmu, seharusnya kita sedaya upaya untuk mengambil hati pemilik ilmu.. sudahkah kita mengenali pemilik ilmu tersebut?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...