Thursday 30 April 2009

Event : MTQ peringkat Negeri Sarawak 2009

Akhirnya....

Majlis Tadarus Al-Quran

Peringkat Negeri Sarawak

Telah tamat secara rasminya pada hari ini setelah berlangsung sejak 28 April yang lepas,

My school merupakan salah satu venue bagi majlis tersebut

Sejak sehari sebelumnya gik, sudah ramai pasukan yang tiba di sekolah daripada pelbagai pelusuk Sarawak.

Tempat2 pertandingan yang diadakan di sekolah saya:


  • Perpustakaan -Kuiz Agama

  • Dewan Sri Alamas -Tilawah al-Quran

  • Dewan Kuliah - Syarahan Agama

  • Dewan UPP - Hafazan

Best kalik jak, rugi kau Afif!!!


Aku sik bertugas walaupun ada tawaran coz aku mok bebas ke mana2 sepanjang majlis ya berlangsung, kebetulan pada waktu ya aku kenak penyakit yang boleh kata teruklah.

Malas aku mok cerita hal penyakit ya coz aku dah pergi jumpa doktor..(cari penawar)

Ceh! macam game jak.. hohoho

Berbalik kepada cerita MTQ tek, aku pun sik sempat mok tolong hias venue. Buzy ngan bahas T.T

Banyak oranglah kat sekolah kmk orang waktu ya, MERIAH!! Ada juak saat2 perjumpaan semula ngan orang2 yang lamak aku x jumpa. Hampir2 aku mok lupa. Mun orang senyum, balaslah balik ohh.. Betul x? Kebetulan mood aku memang happy xcept setelah penyakit aku deteriorated pada hari Rabu ya.. Yang paling aku x dapat lupak, apabila aku sibuk ilak kat blok lain sampei waktu aku mok pulang, aku mok ambik beg aku. Last2 aku tengok pagar ke kelas aku dah dikunci... nang gelabah aku time ya. Aku pusing seluruh sekolah cari pak cik. PAK CIK, HELP ME!! Akhirnya aku jumpa pak cik ya and minta nya bukak gate balit.Mun x,tidur kat sekolahlah beg aku.

Murid sekolah kmk orang yang mewakili Sibu dapat tempat kedua berbeza 0.6 mata. Memang aku x silap tentang kau..

Majlis penutupan diadakan di Dewan MUC pada hari tuk..

That's all for today

Wassalam..

Sunday 26 April 2009

Event: Bahas (Akhirnya........)

Hari tuk...
Salam perbahasan!!!
Walaupun sik menang for bahas,
tapi kmk orang berasa puas... FUN
Sempat juak ajak pihak pembangkang angkat meja dan kerusi and duduk ngan kmk orang
Mun ikut hati aku,
maok jak aku tarik meja pihak pembangkang ke tempat kmk orang... HAHahhaha
(mun dapatlah) =.=''

Kmk orang kurang dari segi contoh
Pihak lawan asyik cari kesalahan,
Sampei pembuka kata Esah pun kenak komen, Ya baruk..
Aku tuk pitching ke laut bak kata orang
Masa mok bidas sempat juak tercari-cari kat isi orang lain..
Nasib baik sik berterabur semua isi orang lain

Tapi kerja rumah aku melambai-lambai kat aku...
Urgghh.... padu hal
banyak juak aku lupa tek...


Hi5 Emoticon

Minggu depan ada pertandingan kawad kaki... sik kanlah kawad tangan
aku x tauk mok masuk kah sik..
dah sikda semangat mok kawad sejak hal ya

Hi5 Emoticonmun dolok sampei hilang suara pun aku sik kisah

Suffi mesti tabah...
macam ***** yang sik pernah mengeluh.

Friday 24 April 2009

About ME



    My Trivia

  1. Many people call me suffian or pian. Rarely orang mok tunggah aku SUFFI. Pernah juak orang panggil aku BUDIMAN


  2. Umur dah 17 tahun (dah lamak dah). Apa gik? bagilah hadiah!!


  3. Cita2 aku dolok ialah cikgu, then upgrade to Master Doctor


  4. Aku boleh berubah jadi personaliti lain bila2 masa ikut situasi ( tp bukan split personality but adaptation)


  5. Dolok suka melukis (pantang ada kertas jak, HABIS!!!)


  6. I'm not a joker. Mun aku jadi joker, semua lawak sik menjadi.


  7. Masa aku tadika dolok, aku dikira budak yang suka menjahanamkan selera makan orang (masa ya aku ada kira penyakit sik dapat menerima makanan, maksudnya aku akan vomit waktu makan)


  8. Aku tuk memang banyak idol... TOP SECRET


  9. sik suka serah tugas ngan orang lain.. mun benar2 aku mampu polah


  10. Dah terlibat ngan bulan sabit merah lebih kurang lapan tahun.. ( sejak sekolah rendah, tp x pandei2 First aid juak, huhu)


  11. Soft-hearted (mudah dikecewakan)


  12. Dolok x suka music, tapi terpengaruh ngan Apip


  13. Energetic tapi kelak penatlah jawabnya


  14. Suka berlagu tapi suara @%#&^@$%#


  15. Suka ngan lagu yang sentiasa didengar walaupun pada dasarnya mula2 lagu ya dibencik

  16. Sik suka mok berdebat, kompom kalah.. huhu

Wednesday 22 April 2009

Rehat kejap

Sebenarnya beberapa hari tuk, macam-macam yang berlaku.
"I got a headache"
ya jak dapat aku komen ngan orang lain.
Masalah perpaduan kawan aku dah berkurang,
sidak dah boleh bersatu dah.
"Alhamdulillah"
tak terkata betapa gembiranya aku.

Tapi aku agik pening......
Pelajaran pun aku mok stabilkan dolok....
Mun dah stabil, baruk ok kot

Hi5 Emoticon

Stressful....
Tiredness.....

Aku mok rehatkan fikiran beberapa hari or minggu......
Stress bila nangga internet
Huhu, pathetics

Wassalam

Saturday 18 April 2009

Event : Muafakat membawa Berkat

Hari tuk memang BEST ilak
Sekolah aku ada polah Hari Muafakat untuk cikgu2 jumpa ngan ibu bapa mok ceria pasal disiplin anak2 sidak.
Aku datang sejak pukul 6.30 gik
memang bersemangat

Hi5 Emoticon

Aku jadi AJK makanan
Mula2, aku ingat kmk orang akan masak.
Aku bayangkan.....
Aku tuk dahlah sik pandei masak, mun mok jadi chef assistant agiklah korup
Boleh kecoh majlis sekolah mun nangga makanan hangit jadi hidangan utama.
Heeeeee....... mengerikan
Mun setakat polah fast food or simple food boleh lah..
Mun lebih dari ya boleh blah la

Nasib baiklah cikgu guna khidmat katering bukannya hikmat katering
mun ada hikmat katering kan best,
tunjuk jari jak dah sedia
Pasya mun ada walimatul urus, juz guna hikmat katering..
sik perlu guna duit juz buat magik. hehe

Awal pagi ya aku jadi pendaftaran,
sekejap jak coz banyak pengawas belum datang
Bak kata cikgu,
"mok potong gaji sidak semua"
Best sebenarnya jadi pendaftaran, coz juz duduk jak selama 4 jam 30 minit
ya pun mun kau tahan duduk.
Pasya makanan pun sampei,
lalulah kmk orang berjaja seluruh sekolah, rupa jak senang,
tapi bak kata aku "berat mata memandang, berat agik tangan orang mok tolong"
hahaha..
Best la, ada sikit pengalaman dalam berdagang,
bezanya juz kmk orang x kutip duit.

Banyak kenal ngan pengawas sesi petang,
ya lah. dah sebelum tuk aku x kenal.
Adalah beberapa orang yang aku dah berkenalan.
ya lah namanya MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Masa muafakat ya, cikgu puji juaklah.
Tapi aku rasa aku belum cemerlang ilak

Hi5 Emoticon

Aku perlu improve dengan mendadak dalam 7 bulan tuk..
Mun aku mok keputusan yang cemerlang dalam SPM
Ada juak cikgu yang risau aku ambik banyak ilak KK
Aku rasa terharu coz banyak cikgu concern pasal aku
KK ya aku ambik banyak2 coz aku mok learning in fun

Aku bolah katakan " I have a very good time today"
Tapi penat tu memang x dapat dielakkan,
Mun aku x pandei penat
ya bukan manusia namanya
Muafakat habis pukul 11.30 pagi pia.

Memang banyak aku mok tulis sebenarnya,
aku pun banyak nyanyi hari tuk..
Tapi lepas tuk kira2 pukul 2 pia,
aku ada latihan kawad berduri selama 2 jam
KAWAD KAKI lah
2 minggu gik mok pertandingan.

Baruk aku ingat,
aku ditawar untuk bahas,
ambik jaklah
tapi pertandingannya minggu depan
apa2 pun aku belum sedia.
Semoga aku tabah macam INTAN. hahaha

Wassalam

Wednesday 15 April 2009

HAPPY BIRTHDAY

Bulan tuk nang banyak orang sambut Hari Jadi.

Dalam keluarga aku ada 4 orang yang akan sambut birthday :

Hi5 Emoticon

My dad (4 April) I love U, dad



My mom (16 April) I love U, mom



My bro (15 April) hari tuk la.. Happy Birthday, Bro!



Lastly, my niece (23 April)

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments
X lupak juak ngan sesiapa yg aku kenal x kira di mana berada yang sambut Birthday bulan tuk:
-Cikgu Rahmah (16 April) esok la...
-Fuad (3 April) ada aku wish (sambil berlagu gik ya)
-Nurul (14 April) Akhir ilak wish marek..
Aku tengok lok.. Mun ada yang lain aku tambah klak

Tuesday 14 April 2009

Hari tuk... blabla

Hari tuk baruk turun sekolah
ya pun coz hari marek ya ada cuti peristiwa
Peristiwa apa don't ask me..

"no comment"

Cheh! macam artis la pulak.
Macam-macam yang perlu siap
Peka gik, kerja rumah dari busut dah jadi gunung
aku rasa macam mok pengsan tengok semua kerja

Hi5 Emoticon



Lepas sekolah, aku ada perjumpaan

Bukan Perjumpaan Rahsia

Perjumpaan Kelab BM lah..

Ada kuiz teka silang kata..

Aku telat, orang datang pukul 1
aku datang pukul 1.12 pia.
Mula2, individu thenn tukar jadi teamwork.
Bagus juak, dapat memupuk kerjasama
Aku sama team ngan Amanina (ada tm gik ya)
*tm-trademark

Hi5 Emoticon

Team kmk duak menang. yeaahhhhh...
Hadiahnya.. ada la...
aku mok makan hadiah ya lok

Best la....

Selain ya, mingggu tuk banyak orang Birthday la...

Lain kali sambung lagi ye

Monday 13 April 2009

Event : Majlis Tadarus Al-Quran 2009

Pada 1 - 3 april dolok, Majlis tadarus al-Quran peringkat Sibu diadakan di SK Sentosa Sibu. Sekolah aku hantar kontinjen bertanding kat sia. Aku ngan Amanina, Noraishah and Noriana merupakan wakil untuk pertandingan kuiz agama. Aku, Noraishah ngan Amanina memang pernah masuk kuiz tuk tahun lepas bersama ngan Hirman tapi kmk orang dapat no.3

Hari pertama ada saringan untuk kuiz agama. Kuiz agama merangkumi sukatan ting.1 hingga ting.5. Dahlah untuk saringan aku x sempat belajar. Nervous oi..

Hi5 Emoticon

Masa menjawab soalan, aku rasa takut mun x dpt ke peringkat akhir. Soalannya ada yang senang dan ada yang susah. Tapi tentang pengetahuan am memang aku x tauk langsung. hu3. Tapi alhamdulillah aku dapat jawab semua soalan. Tapi x tauk betul kah sik jawapan aku.

Hi5 Emoticon

Selepas habis saringan sementara tunggu keputusan, kmk orang minta kebenaran untuk keluar coz maok tengok kumpulan nasyid sekolah membuat persembahan. Regain balit semangat aku. Lepas ya, kmk orang dipanggil untuk mendengar keputusan saringan. Masa menunggu ya, aku asyik pandang muka ustazah. Kot-kot mun sik masok akhir. Menakutkan....... Tiba2, aku dpt tauk yang kmk orang dapat masuk akhir. Yeahhh!!! Rasa nak melompat pun ada juak.hehe

Hi5 Emoticon

Lepas ya, aku jumpa dgn rakan yang lain kat dewan. Kmk orang sarapan seketika.Lepas ya, kmk orang (kumpulan kuiz) pergi Pizza Hut. Hui! sedapnya tp x terabis aku mok makan semua coz aku dah kenyang.

Hi5 Emoticon

keesokan harinya, awal pagi gìk aku dah belajar. Kuiz ya start pukul 8.30 pia. Kali tuk, kuiz ya berbentuk soal jawab. Dahlah aku ada batuk, bilik ya guna full aircon gik. Aku minum hampir tiga botol air mineral sepanjang kuiz ya. Ya pun aku terpaksa minta ekstra dr Amanina ngan Azhar. Thanks Azhar and Amanina... hehe

Hi5 Emoticon

Mun x, batuk x henti2 lah jawabnya. Kuiz habis lebih kurang pukul 12.00 tgh harì. Kmk orang dpt no. 2. Alhamdulillah.. Lepas ya, Kmk orang pun pulang ke sekolah. Tujuh orang jak dalam sigek bas. Luas dan selesanya.

Hari terakhir MTQ cuma berlangsung kat dewan terbuka. Dari pagi kmk orang berkumpul kat sia. Dapat sijil dan hadiah oo.. mun menang dapat wang tunai ooo. Wah! $$$$

Yalah pengalaman aku masa Majlis Tadarus al-Quran peringkat Sibu 2009.

Peringkat negeri Sarawak juak akan diadakan di Sibu. Sekolah aku merupakan salah satu venue untuk MTQ peringkat negeri.













klik-klik

Sunday 12 April 2009

Lu pikirlah sendiri: Cita-cita

Semua orang asyik tanyak apa cita-cita aku...

Aku pun dah fikir dalam-dalam hal ya.

Sebenarnya mun diikutkan hati aku, aku mok jadi macam-macam.

Tapi aku tuk bukannya macam NARUTO, boleh guna TEKNIK PEMBAHAGI BAYANG.

Mun boleh kan best.



Mun gik kecik dolok, aku akan jawab CIKGU coz ya adalah pekerjaan yang mulia untuk memberi ilmu kepada orang lain. Tapi, mun aku mengajar orang, orang ya akan menjadi x paham. Yang peliknya aku jadi makin paham. WEIRD!!!



Tapi, aku dah fikir balik semua abilities and minat aku. Aku lebih minat bidang kedoktoran. Lagipun DOKTOR ya juak merupakan pekerjaan yang mulia kerana kita dapat membantu seseorang untuk sembuh. Lagipun aku ada basic dalam pertolongan cemas. Dah hampir 8 tahun aku masuk BSMM ( tapi x berapa berpengalamanlah, hehe). Aku sedang berusaha untuk memperbaiki semua keputusan aku agar dapat mengejar cita-cita aku.



Ni tauk aku dapat jadi doktor berpengalaman. Amin. Lepas ya, aku dapat tolong ajar and kongsi pengalaman ngan doktor yang lain. Tercapai juak my first ambition kelak. Ceh! Sik salah mun mok berangan nak.



Bayangkan apa yang kita akan achieve dalam masa 10 tahun akan datang. Memang macam maok capai semua jak. Tapi jangan angan-angan MAT JENIN jak. Belum apa-apa dah berangan ilak sampei jatuh pokok dari pokok kepala.. ehh kelapa. ..

Ya jak untuk hari tuk



Wassalam

Saturday 11 April 2009

11 April

Hari tuk ada kk kat sekolah. aku datang for BSMM.
BSMM 4 evaa!!!!

macam-macam ada kat sekolah hari tuk. Pandu Puteri, Silat and macam2 gik
Yang bestnya ada jualan makanan kat ctuk.
Jualan ya diadakan oleh Kelab Usahawan Muda.
Best juak tengok sidak tapi kelab ya hanya untuk kelas bukan peperiksaan.
Macam-macam yang sidak jual:muffin, cupcake pelbagai corak (kacak), sandwich, nasi lemak, kuih donat and macam-macam lagi. Awal-awal pagi sidak dah bersemangat buka kedai.

Masa mesyuarat BSMM,
cikgu padah mok hantar 2 kontinjen untuk menyertai Hari Bulan Sabit Merah pada 3 Mei tuk.
Lepas ya, teruslah mula berlatih.
Hampir mok pengsan juaklah coz dah lamak x berlatih kawad kaki.
Mala jak kenak hukum, of courselah sebab dah berbulan aku x kawad.
Help-help. Nasib baik aku x pengsan, kelak x pasal-pasal kenak CPR (hehe).

Hi5 Emoticon

Lepas habis latihan kawad, aku nang sekoh pergi gerai kelab Usahawan Muda.
Lalu jadi rambang mata aku, x tauk apa mok beli.
Aku beli jak muffin, sandwich (inti telur ngan mayonis, sedap!) and air sirap ros. Mun aku ada mbak banyak diut tek, rasa mok borong jak semua makanan. Tapi aku x bawa banyak peruntukan untuk ya.Hue3.

Hi5 Emoticon

Lepas ya tek ingat mok kemas sebuah bilik pakei AJK bermesyuarat tapi xda kunci. Dekat setengah jam tunggu kat sia, banyak nyamuk. Habis aku kenak 'cium' nyamuk. Kmk orang pun balik ke gerai Usahawan Muda. Menelan kejap. Ada juak persembahan Fuuyoo Magic kat sia oleh Is ngan Nash. Lepas kira-kira setengah jam, aku pulang coz dah terlalu penat

Wednesday 8 April 2009

Kem Bulan Sabit Merah 2009

Tahun tuk kem diadakan waktu cuti pertengahan penggal 1 dolok

Best!! Bawa beg macam nak pergi rombongan


Aku jadi ajk, tukang jaga peserta


Ajk diberi nama samaran yg pelik lagi ajaib untuk menberi cabaran kepada peserta (tapi nama samaran aku sik pernah orang ingat T.T)


Nama-nama Ajk yg disamarkan:


-Baby Ariel


-Mr Nostradamus


-Cegatan Silara


-Ms Turbulence


-Ms Panges Gendot

-Ms Aquarius


-MS Shintaro Ikeada


-Von Aquachuppy


-Mr Karburator


-Putera Hanamichi


-Ms Sapphire


-Ms Schera


-Ms Libranius Aquinius


-Ms Vilgoris


-Miz Aries



Ada juga yang turut membantu secara sukarela, Nash, Fairul, Shah, Zim. Thanks!


Mun nak cerita satu-satu nang panjang:





Hari 1


Bangun pagi awal ilak, semangat kot! nak bercakap, tiba-tiba perasan yang suara hilang (sebab sakit tekak). Huh! Memang merana x dapat nak menjerit kuat2. Datang kat sekolah terus mendaftar, sempat jadi model pendaftaran gik ya. Lepas ya, semua ahli dibahagi kepada empat kumpulan: Cicak, Orang Utan, Gajah dan Anjing. Lepas ya, ahli buat aktiviti kumpulan: polah bendera, diberi amanah dan polah presentation. Habis ya, semua pergi Bilik kuliah dengar ceramah daripada Cikgu Jamali.


Then, time for lunch and pray


Lepas lunch, aku tolong AJK yang lain polah halangan untuk aktiviti halangan komander..First, polah longkang. Kmk orang macam petani kat sawah jak, dahlah baju semua jadi warna coklat coz main lumpur (sempat buat rawatan mandi lumpur gik ya) . Lepas ya macam-macam halangan gik yang kmk orang polah.


Pada waktu malam, yang muslim pergi surau untuk sembahyang. Sebagai pengisian rohani, kmk orang baca Yaasin diketuai oleh Putera Hanamichi. Lepas ya, aku pergi ke pusat AJK and rest dengan AJK yang lain. Sementara ahli lain agik dengar ceramah, kmk orang sempat buat drama spontan gik ya. Lawak bebenar.



Lepas ya, kmk orang buat kuiz tentang IHL. After that, he..he.. buat permainan Burung Hantu. Seram gak..


Hi5 Emoticon


Lepas ahli tidur, semua AJK polah mesyuarat untuk bincang tentang aktiviti keesokkan harinya. Selepas ya, buat emergency call, panggil semua ahli supaya bangun. Then, zzzzzz.....



Hari 2


Selepas bangun dan buat semua perkara yang perlu dilakukan awal pagi, kmk orang buat latihan kawad kaki. Aku pun terpaksa (tapi ikhlas) untuk beri command tapi sekejap je coz ajaran x menjadi and suara aku dah tinggal suku2 jak. Nasib baik ketua komander, Ms Sapphire sanggup berkorban suara untuk melatih kadet2. Sepatutnya bagi hadiah nobel ngan nya. He..he.. Selepas ya, time for breakfast.



Lepas ya, hehe.. Aktiviti Treasure Hunt. Pada mulanya aku malas nak terlibat. First, aku dgn Shah jaga dewan. Then, aku pergi melawat checkpoint2 and sempat tolong Kak Cegatan and Ms Vilgoris jadi penunggu gua.



Habis ya, time for lunch and pray


Lepas rehat, ada AJK yang siapkan halangan komander and semua AJK dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk jaga checkpoint2. Aku jadi penjaga permainan 'Spider Web'. Permainan ya mengambil masa sampei aku hampir tertidur kat bawah pokok tunggu orang. Letih coz x cukup tidur.






Pada malam ya, kmk orang jemput Abg Faizal untuk membuat pengisian antara waktu Maghrib dan Isyak. Abg Faizal berceramah tentang anak yang soleh. Aku memang suka dengar ceramah. Best!

Selepas ya, time for dinner. Kmk orang buat Candle light dinner. Romantik kalik jak rupa. Makan ala-ala macam kat hotel jak. Lepas ya, ada persembahan dari kumpulan-kumpulan. Ada yang berlagu, ada yang menari poco-poco. Ada juak sesi bertukar-tukar hadiah. Sik lupak juak ngan anugerah prince & princess serta anugerah pakaian glamor.
Habis ya, semua ahli pergi zzzzz..... Ajk berkumpul di pusat gerakan. Cheh! Mula-mula, semua cakap besar padah yang dirik pun x akan tidur. Buat macam-macam aktiviti, bercakap, melukis. Tapi, akhirnya semua tidur. zzzzzz....





Hari 3


Pagi ya memang bersemangat, tiba-tiba Putera Hanamichi bagi idea mok makan tumpik ngan cucur. Hui! sedap bunyi sampei meleleh air liur. Lepas ya, aku dan beberapa orang pergi pasar beli barang makanan.


Lepas pulang ke sekolah, kmk orang pun mulakan operasi buat cucur dan tumpik tapi akhirnya disudahkan oleh Kak Cegatan dan Putera Hanamichi. Pada masa yang sama, ada upacara penyampaian hadiah. Then, ada permainan pecah-pecah belon. Aku pun masuk sekali tapi rasa mok pengsan coz permainan ya memerlukan stamina yang tinggi.


Lepas ya, kmk orang makan-makan and tanpa disedari kem BSMM 2009 telah pun tamat. Habis buat pembersihan, kmk orang pun bersurai.


That's all. Wassalam


Tuesday 7 April 2009

Form 5 tahun tuk!

Sejak masuk tingkatan 5 tuk, boleh kata macam-macam terjadi.


Ada yang pahit, ada yang manis.


Yang manis tu jadikan kenangan,


Yang pahit tu jadikan pengajaran.


Pengalaman tu saya cerita lain kali je ye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...