Sunday 27 February 2011

Aku dah tua ek?

Assalamualaikum..

Nak cakap sikit boleh?
Kadang-kadang...
Bila kita dah tua...
(tak la tua sangat la)..
Lepas tu..
Tengok budak yang lebih muda...
Apakah reaksi kita?
Ada yang kata...
"Hek eleh, setakat BUDAK KECIK... Apa la.."
"Baru setahun jagung, dah mula nak memandai"

Tapi..
Ada tapinya...
Ingatlah...
Hebat sangatkah diri kita?
Penuh sangatkah ilmu kita?
Ingat satu pepatah ni
apa ek..
Aha...
"KECIK KECIK CILI PADI"
Nape cili padi?
Nape tak pilih cili lain yang lebih besar
Tak semestinya cili yang kecik kurang pedas kan?
Tak percaya?
Tak percaya lagi?
Meh cuba makan satu..

Tapi jangan pulak lepas makan cili padi tu,
terus kutuk-kutuk,
cakap bukan-bukan pasal cili padi pulak...
Buka minda, buka hati..
terima hakikat yang cili padi memang pedas..
Cili padi tu takde pun minta pengiktirafan,
"ANUGERAH CILI TERPEDAS"
takde la..
cili padi tak minta pun kita puji dia...
Haih.. Kenape aku cerita pasal cili padi pulak ni...
Aku bukan chef..
*ting* *tang* *ting* *tong* Alexander..
Aku bukan Chef Two or One

Cuma nak ingatkan..
Setiap orang ada kelebihan masing-masing..
Tu semua kurniaan Allah
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki..
Hormati kelebihan orang lain..
Kalau kekurangan?
Jangan la kita ejek pulak ek...

Wednesday 23 February 2011

Fikir...

Hujan rintik-rintik kedengaran..
Gurun berdentum sekali-sekala..
Duduk sendirian di tepi tingkap
Setelah habis meneliti dua video pasal paus yang berjalan..
Setelah dibantu teman sebilikku...
aku tertanya-tanya..

Evolusi ini ada yang tidak kena...
Ia hanya teori semata-mata..
Bukan untuk dipercaya bulat-bulat..
Adooii..

Mengapa harus diracuni fikiran kita?
Kita hanya harus mempelajarinya..
BUKAN mempercayainya..
Belajar sahaja...
Kerana kita mengambil sahaja..
Pendidikan yang bukan milik kita..

Ada seorang sahabatku berkata: ''you don't have to be 'Western' to be modern...''

Setuju tak?

Tapi satu yang pasti..
Kebenaran yang harus kita tahu...

“Kun Fayakun” ("Jadilah!" Lalu jadilah)


Kun (كن) is an Arabic word referring to the act of manifesting, existing or being. In the Qur'an, Allah commands the universe to be ("kun!" !كن), and it is (fayakun فيكن).

Tuesday 22 February 2011

Menghadapi saat-saat genting?

dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, .... OK, boleh bersabar tak?

Sunday 6 February 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum peeps =]

Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan kesempatan kepadaku untuk menikmati hidup pada hari ini. Aku rasa bersyukur kerana masih diberikan pinjaman jasad dan nyawaku ini setelah 19 tahun menggunakannya. Ya Allah, ampunilah aku sekiranya aku selalu lalai dengan hidup duniaku..

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan ayah dan ibu yang baik kepadaku. Ibu dan ayah yang mengasuh dan menjaga diriku dari kecil hingga dewasa ini. Jasa ibu dan ayah tak akan pernah aku lupakan. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, sayangi dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihani aku ketika aku kecil dahulu.

Kmk sayang mak ngan bapak <3 

Terima kasih juga buat abang dan kakak-kakak. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup saya. Tak lupa juga kepada putera-puteri yang disayangi. Jangan nakal-nakal.. huhu.. usu rindu ngan korang walaupun baru beberapa jam..

Harap-harap dengan pertambahan usiaku, Allah tambahkan keimananku kepadaNya.. Aminnn..=]

Saturday 5 February 2011

I can see future ^^

I can see that I need to go through 7 hours journey again tomorrow...

7 Hours of sleep

-_-Zzzzzzz...

Friday 4 February 2011

Asking myself

Me: May I ask you?

'Me': What?

Me: Can I back to my old life?

'Me': NO WAY

Me: Okay..... *walk away*

Tuesday 1 February 2011

Aku rindu mereka

  Tiada kata yang dapat aku ucapkan.. Biarlah gambar mengungkap bicara



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Apa yang aku sendiri terlepas pandang..

Assalamulaikum
Mula-mula hari tu aku memang tak tahu sangat pasal isu ni, aku cuma tahu yang ada sesuatu berlaku kat Mesir, tapi aku tak tahu apa-apa detail atau perincian (adoii.. aku memang kurang prihatin).. Memang macam katak di bawah tempurung betul la aku ni.. Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni, sila baca apa yang aku quote dari blog seseorang tadi..



Bagaimanakah keadaan mereka yang sedang berada di Mesir?
(sumber : http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html)
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir


Ya Allah, kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada ikhwah dan akhwat di sana.. Kau lindungilah mereka Ya Allah..
Aminnnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...