Saturday 28 August 2010

Sungkei di Astana

Hari ni, kami telah ber'sungkei' di Astana. Hoho.. Memang macam x caya je dapat berbuka bersama-sama ngan gabenor. Kami bertolak dari Unimas lebih kurang pukul 5.10 ptg. Memang rushing ckit la masa nak bersiap coz sebelum tu ada Lab Bio. kami buat eksperimen pasal DNA extracting.. Best!! Kumpulan aku dapat liver.. hehehe.. First2, tapis liver then... opsss dah lari tajuk dah.. hehehe... Berbalik kepada pasal sungkei kat Astana tadi, kami tiba lebih kurang pukul 6 suku. Alhamdulillah sebab perjalanan kami lancar.. ^^ .. Tiba di sana, sempat jugak click3.. hehehe.. Mula2, takut jugak berbuka di majlis rasmi ni coz mesti ada protokol.. Memang kontrol abis rasa tapi best la.. hehehe... at least dapat jugak makan secara sopan sikit kali ni.. takut jugak kalau2 aku tiba2 keluarkan bunyi main pedang time makan.. hehehe..  Nasib baik ada Luq sebagai guru protokol aku. Kalau x, mesti aku dah buat macam2 benda.. hehehe.... Pengalaman baru yang menarik.. hehheheheehe.. LIKE!!!

Saturday 7 August 2010

Angkatan Pemuda-Pemudi Ikhlas #1

Pada 24 Julai yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Kompleks Kebajkan Laila Taib untuk melaksanakan projek khidmat masyarakat. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 8.50 pagi. Setibanya di sana, kami telah diberikan sedikit taklimat tentang tugas-tugas yang akan kami laksanakan. Selepas itu, kanak-kanak tersebut telah dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan akan dijaga oleh sebuah kumpulan fasilitator. Saya dan dua orang lagi rakan saya iaitu Helmi dan Aerty diamanahkan untuk menjaga kumpulan 4. Mula-mula, kami mengadakan sesi ta’aruf atau berkenal-kenalan. Dalam sesi tersebut, setiap kanak dikehendaki memperkenalkan nama dan umur masing-masing. Namun begitu, masih ada yang masih malu-malu untuk bercakap. Kami juga sempat berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman antara satu sama lain. Selepas itu, kami telah mengadakan sesi “Bila aku sudah besar”. Dalam sesi ini, saya sempat bertanya apa perkara yang paling penting untuk mencapai cita-cita. Alhamdulillah kerana mereka menyedari kepentingan pelajaran dalam mencapai cita-cita. Kami juga telah menyuruh mereka menuliskan cita-cita mereka dan sebab mereka memilih cita-cita tersebut. Setelah itu, kami menyuruh mereka menceritakan cita-cita mereka di hadapan rakan-rakan. Macam-macam cita-cita yang mereka kemukakan seperti polis, doktor, guru dan pensyarah. Kami juga memberikan sedikit dorongan kepada mereka untuk mengejar cita-cita mereka. Mereka juga ada bertanya pasal perkembangan dunia pendidikan semasa. Saya berasa sangat seronok dalam sesi ini kerana hal ini telah mengimbau kembali apabila saya ditanya tentang cita-cita pada masa dahulu. Setelah itu, sukaneka antara kumpulan juga telah diadakan. Pelbagai permainan telah diatur seperti membawa bola ping pong dalam sudu dan mencari gula-gula dalam tepung. Saya berasa geli hati melihat telatah mereka semasa sukaneka ini. Setelah sukaneka tamat, aktiviti teka-teki telah diadakan. Beberapa orang fasilitator ditugaskan untuk memberikan teka-teki kepada setiap kumpulan. Setelah itu, majlis penyampaian hadiah telah diadakan untuk memberikan hadiah kepada kumpulan pemenang. Terakhir sekali, sesi bergambar untuk kenangan telah diadakan sebelum kami berangkat pulang ke Unimas. Saya tidak sabar untuk sesi lawatan yang seterusnya.. heehehe

Wednesday 4 August 2010

What happened to me?

I realised something bad recently.. It's about my attitude.. All I know now is complaining and keep complaining.. -_-.. No wonder if my friends will be away from me as I'm such an annoying person.. Yah.. I know it's bad for me but I don't know how to stop it. I need some guide.. Oh Allah, send me some guide.. Amiinn.. I  don't want to be like this.. In addition, I also realised that I'm not thankful too.. I should thank Allah because my life is quite lucky compared to some people who face much more trouble than me in their life... I hope I can change for the better person...  I will try my best to fight myself n_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...