Thursday 28 November 2013

How's your life?

Assalamualaikum...

Telefon bimbit dibiarkan tercaj di bilik aku sementara aku pergi beramah mesra dengan kawan di biliknya.. Sekembali ke bilik, notification whatapps memaparkan mesej from 2 conversations.. Ok.. memang pelik.. kebiasaannya cuma notifikasi daripada chat berkumpulan.. tapi ada satu lagi perbualan baru dari seorang kawan lama... menanyakan hari-hari dalam hidup aku sekarang..

Sememangnya tidak dinafikan hidup aku kini dengan yang dulu memang banyak berbeza. Mungkin aku juga sudah banyak berubah. Bagi aku, hidup kita ialah sebuah cerita hasil karya yang Maha Esa..  Sememangnya hidup kita memang tidak selalunya indah. Aku pada mulanya memang turut terkesan dengan perubahan dalam hidup aku. Mungkin selama ini semuanya nampak mudah bagi aku, dan aku kurang menghargai apa yang ada di sekeliling aku. Hidup kita bagaikan roda, sekejap di atas, sekejap kita mungkin berada di tempat yg paling bawah. Sakit? memang rasa sakit.. namun kita harus yakin dengan perancangan Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Setiap pengalaman hidup yg kita hadapi akan membentuk siapa yang kita akan jadi pada hadapan. Biarpun seperit manapun kehidupan, jangan pernah putus asa dan berburuk sangka dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kita. Segala kesusahan dan keperitan yang kita hadapi merupakan salah satu cara untuk menguatkan diri kita.

Semoga kita menjadi yang lebih baik dari semalam...

Alhammdulillah.. The days of my life are fantastic.. :D


Wednesday 25 September 2013

Kanak-kanak riang

Assalamualaikum wbt...

Selama ni memang banyak yang nak dicoretkan namun hajat tidak kesampaian. Setiap kali lappy dibuka, idea yang mencurah bagai air terjun akan menjadi tenang bagaikan tasik di waktu dini hari. ahh.. rindu zaman dulu-dulu.. ingin diputarkan kembali masa yang telah pergi.. Namun harus berpijak di bumi yang nyata.. Khayalan abstrak dan realiti tidak mungkin menyatu.. walau segalak mana fikiranku meneroka alam fantasi, aku sedar semuanya hanya sekadar fantasi..

Sebelum ini, aku byk kali berfikir..  aku tak menyangka mengapa aku memilih bidang ni sedangkan aku memahami kelemahan diriku.. mungkin saja kelemahan aku itu membawaku ke suatu tahap yang lain.. semuanya bermula setelah aku memasuki fasa ke-2 bidang pilihanku.. Menyedarkan aku bahawa medan kertas dan medan praktikal itu benar-benar berbeza.. Aku melihat rakan-rakanku telah jauh maju ke hadapan.. ditambah dengan masalah peribadi yang aku hadapi menyebabkan perasaan aku berbaur-baur.. Macam-macam yang aku lakukan namun aku rasa masih tidak mencukupi

Tiba-tiba satu hari aku terlihat sebuah gambar di news feed muka buku..


Yeah.. gambar tu mungkin menarik perhatian.. Namun mesej pesanan ringkas yang sampai ke benak fikiranku benar-benar menyedarkan aku... [2:286]... ahh.. mudah sekali aku melupakan SMS cinta yang pernah dihantar kepadaku dulu.. Kini dihantar lagi kepadaku.. Sememangnya Dia tidak pernah jemu memberikan peringatan kepadaku, menggembirakan hatiku, menghantarkan insan-insan yg baik untuk menemaniku.. sweeet <3..

Sesungguhnya aku berada di sini bukan sekadar suka-suka.. Memang Dia telah mengetahui segalanya sebelum aku menerima tawaran ini dua tahun  2 bulan yang lepas. Terasa seperti dibisikkan di telingaku, "I knew you can do this".. InsyaaALLAH.. aku takkan pernah menyia-nyiakan peluang yang ada ni.. ALLAH yusahhil.. =)

p/s: Hmm... Tinggal berapa minggu lagi aku untuk berdepan dengan karenah kanak-kanak riang.. Sungguh terhibur hatiku.. semoga aku dapat melakukan yang terbaik pada peperiksaan yang akan datang.. InsyaaALLAH..  =)

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Tiba

Bismillahirrahmanirrahim..
Membuka kembali wadah coretan yang sudah lama ditinggalkan. Jari-jemari pun dah berasa agak kekok memegang papan kekunci laptop yang berusia tiga tahun tiga bulan ni. Sejak kat rumah ni agak jarang-jarang sedikit main laptop, byk ke mobile je.

Sedar tak sedar hari ni dah masuk 1 Ramadhan 1434H.. Alhamdulillah... Allah masih memberikan peluang untuk bertemu dengan ramadhan lagi tahun ni. Dengan harapan agar ramadhan kali ini mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tambahan ramadhan kali ini disambut sepenuhnya dalam musim cuti di rumah. Semoga segala nikmat kurniaan Allah ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.. InsyaaAllah.. 



Setakat ni saja untuk hari ni.. =) manfaatkan pertemuan kita dengan ramadhan sebaik-baiknya..

Thursday 2 May 2013

Mulanya agak sukar untuk menerima hakikat ini...
Namun aku refleksi semula..
Perancangan Allah tidak pernah salah..
Mungkin ujian ini untuk Allah menguji bahawa kematian itu sangat dekat..
selama ini aku terlampau jauh dariNya..
Mungkin ini caranya Allah untuk menarik aku semula kembali ke jalanNya...

Sesungguhnya ajal itu akan tiba...
Bahkan tidak memilih usia..
Muda atau tua..
Sama sahaja...
Sebenarnya tiada istilah
"kita masih muda, enjoylah bro, dah tua pencen nanti baru taubat segala"
*nanges potong bawang*

Kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha, namun di tangan Allah semuanya..


Thursday 11 April 2013

sedih

Sedih hati ini.. sedih..
dipujuk...
dupujuk..
dan dipujuk lagi..
namun masih lagi..
sedih hati ini.. sedih..
inginku lari tapi tak tahu ke mana..
ku cuba melupakan semuanya
tapi aku tak sanggup lari dari masalah..
sedih hati ini.. sedih...
aku ingin balik ke rumah..
balik ke rumah...
sebab aku rasa tidak diertikan..
atau?
atau sendiri yang tidak mahu orang lain mengerti...
Namun aku tahu ada yang mengerti diriku..
mengetahui segenap jiwaku..
segala isi hatiku..
selalu mendengar luahan hatiku...
segala tawa riangku..
mengetahui aku sedang meluahkan rasa ketika ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...