Tuesday 31 May 2011

Sangka Baik

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".   Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini b...elum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..   Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."   Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."   Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."   Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Dipetik dari:  Facebook note

Saturday 21 May 2011

ARRGGGHHHHH!!!!!!

Assalamualaikum...

Jangan terpengaruh dengan tajuk di atas, sesungguhnya saya dalam keadaan yang okey dan tidak marah-marah setakat ni.. Hahahaha <=bukti aku x marah


Cuma nak cakap ckit padah ya la..
Marah memang salah satu sifat semulajadi manusia..
tapi kita tak sepatutnya menjadikan marah sebagai raja dalam diri kita..


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Maka, jangan la diikutkan sangat perasaan marah tu..Nak tau tak,  orang yang paling kuat bukanlah ahli gusti ke, gangster ke, kaki buli ke, superhero ke.. tapi orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan perasaan marah..

Nak tau tak cara-cara nak mengawal perasaan marah nih?

*bunyi cengkerik*

err.. aku bagitau je la.. haha...

1. kalau tgh berdiri, duduk la..
2. kalau tgh duduk pulak, baring la... rilex-rilex ckit.. tarik nafas...
3. Kalau x reda2 jugak marah tu, masuk dalam freezer je la.. <=jgn ikut ek, bid'ah..=P
4.  baca taawuz, sebab perasaan marah ni hasutan syaitan..
5. berwuduk sebab air wuduk dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
6. baca atau mendengar bacaan al-Quran.. al-Quran kan penawar dari Allah...

 hmm.. kadang-kadang aku rasa heran kenape susah sangat nak kawal marah ni.. Kadang-kadang, ada sesetengah orang yang akhirnya menyakitkan hati orang lain dan kemarahan tu pun tersebar macam api... Alangkah baiknya jika kita mengawal perasaan marah kita itu.. Apa kata tenangkan diri.. Happy-happy dan senyum-senyum selalu..

Kalau x silap dulu ada orang cakap,
semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam


Monday 16 May 2011

Fenomena pelik diriku =_="

Assalamualaikum...

It's getting weird...
I always want to cry when listening to some songs...
I realised about it after I arranged a new set of songs into my phone..
It's my hobby to listen to the songs...
but now I will start to 'jiwa kacau' when listen to some songs.. -_-"
is there something wrong with me?
or it's all about the meaning behind the songs?
or the songs had some nostalgic memories?
who knows?
ALLAH know...

Sunday 15 May 2011

Kenape?

Assalamualaikum...

hmm.. bukan nak membebel pasal barang hilang ke ape*mmg ada yang hilang pun*
ataupun pasal kes kecurian *mmg ada pun*
cuma pening ckit*mmg tgh pening kepale*
kenapa nak ambil hak kepunyaan orang lain?
Katakan kenapa? *ala2 lagu kenapa la pulak*
byk pulak aku merepek hari ni, maklumlah cerebrum aku overheat ckit..
integumentary layer aku dah asyik rase beku dah..
pengeset suhu badan aku pun dah mula angol ckit..

ok.. back to the topic..

Kenape kita nak ambil apa yang bukan hak kita?
bukankah kita ada barang milik kita sendiri?
nape nak jugak barang hak orang lain?
kalau kita takda benda tu pun, apa salahnya kita berusaha?
kita ada pilihan...
biar kita pilih yang susah, tapi kita puas...
daripada kita mengambil jalan mudah dengan mengambil hak orang lain,
rasa-rasanyalah kan..
berbaloi ke memiliki kemewahan atau hak orang lain?
bukannya kita hidup lama kat dunia ni pun,
dunia ni cuma persinggahan,
berbaloi ke kita gadaikan kebaikan di destinasi yang abadi,
dengan kemewahan sementara yang ada di persinggahan ini?
kita boleh berfikir,
kita boleh bezakan yang hak dengan yang batil,
yang betul dengan yang salah,
oleh itu, fikir-fikirkan..
mana pilihan anda...

Saturday 14 May 2011

Do you know?

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita nak belajar sejarah sikit k..
Ok, sape boleh bagitahu peristiwa hitam sinonim dengan 15 mei 1948?
saya bagi masa seminit, kalau tahu jawapan sila cakap..

*BEDEZUPP*
*bunyi murid2 pecut ambik buku sejarah sambil belek2 dengan cepat*
(ala2 cerita 3 Idiots)

seminit kemudian, *TETTT!!*

Pada 15 Mei 1948 iaitu 63 tahun yang lepas,  suatu sejarah hitam telah berlaku dan meninggalkankesan yang mendalam kepada umat Islam.. Pada tarikh tersebut, telah berlaku peristiwa Nakba iaitu malapetaka di mana kerajaan haram Israel telah menguasai lebih daripada 2/3 tanah suci umat islam.
Pada masa yang sama, lebih daripada 800,000 umat Islam di halau dari kampung halaman mereka dan tidak dibenarkan pulang hingga ke hari ini. Sehingga kini bilangan pelarian tersebut telah meningkat kepada lebih 7 juta orang . Pada tarih tersebut juga, kerajaan haram Israel telah ditubuhkan di atas penderitaan rakyat Palestin.

Adakah kita ambil kisah pasal tarikh tu?
Tarikh di mana peristiwa hitam telah melanda umat Islam..
hati umat Islam telah dirampas..
hak umat Islam telah dinafikan..
di manakah letak hak kemanusiaan yang sering diuar-uarkan..

Saudara kita di sama berjuang bermati-matian melindungi bumi Palestin,
Apa yang kita sumbangkan?
Adakah kita hanya perlu duduk senang lenang di bumi aman ini,
sedangkan saudara kita melawan bom dengan batu,
sekurang-kurangnya ambil peduli dengan nasib mereka,
dan sertakan dengan senjata kita,
doa, senjata infinite level orang mukmin,
marilah kita berdoa,
agar kita akan dapat merebut kembali hati kita yang telah dirampas...
aminnn...

ALLAH membantu...
ALLAHUAKBAR!!

Thursday 12 May 2011

ASASI UNIMAS FIRST BATCH WAS THE BEST

Assalamualaikum....

I will just let the video tell you everything about what happened in my life there...

videographer: nizzalsyafiq
cooperation with: ciktiqz, farasuhana and wani
camera: nikon D5000
34 jam Nizzal x tidur.. Syabas bro, kau lulus ujian on call.. hehe

Monday 9 May 2011

syukur

Assalamualaikum...

Ni salah satu teguran buat diri yang sentiasa melakukan kekhilafan ini...

*cuaca yang cerah dan panas*

"Ish, panas kali jak.. "

"dah pasang e-con, pasang kipas angin tapi agik panas.. Ishhh..."

" Too hot, apahal panas ilak tuk"

"Adooiii.... panas nak mampus"


*cuaca hujan*

"adoiii.. sik kering la kain aku klak"

"baruk ingat mok _____.. tapi dah hujan.. ohhhh..."

"derrrr... hujan..."


Tu la antara rungutan-rungutan aku dalam dua situasi berbeza.. Dan perkara yang paling tak boleh diterima ialah dua situasi yang bertentangan. pathetic -_-" ... memang tak pernah bersyukur aku ni ek.. Manusia memang tak pernah puas dan sentiasa demanding... Adoii.. memang tak patut betul aku ni.. Hujan salah, cuaca panas pun salah.. Sedangkan kedua-duanya rahmat dari Allah dan ada hikmat untuk setiap kurniaan-Nya.. Seharusnya kita bersyukur dengan apa sahaja yang telah dikurniakan kepada kita.

“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Al Baqarah,2:216]

*P/s: minum air byk2 musim panas ni ek..  supaya x dehydrated macam ikan kering =)

Saturday 7 May 2011

Kerak nasi untuk ibu

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

Dipetik daripada: www.iluvislam.com 

Friday 6 May 2011

meowwwww............

Assalamualaikum...

Takde ape2 nak tulis sebenarnya.. cuma nak tulis je...

Saat tangan ini menulis,
saat jantung ini berdegup,
saat keyboard ini berdetak,
kini kita telah jauh,
di destinasi yang pelbagai,

hatiku rindu padamu,
rindukan segala yang kita lalui dahulu,
andai aku melukakan hatimu,
kupinta maaf darimu,
aku hanya insan biasa,
tidak terlepas berlakunya khilaf,

lebah-lebah mencari nektar,
mencelah-celah di pohon debunga,
kurindu kemanisan ukhuwah fillah semanis madu,
yang dikumpul sekoloni lebah sepanjang hari tanpa jemu..



MODE: aku xde stok madu la kat sini...rindu nak minum madu...

Monday 2 May 2011

Apa itu persahabatan?

Assalamualaikum...

Apa itu persahabatan ek?

Bagi aku, ....

1. persahabatan itu yang aku jumpa sejak aku buka mata awal pagi sampai aku tutup mata malam hari

2. persahabatan itu yang selalu bagi salam kat aku

3. persahabatan itu yang selalu usik-usik aku..

4. persahabatan itu yang peramah dan selalu ambil berat pasal aku

5. persahabatan itu yang selalu tanya aku ok tak?

6. persahabatan itu yang selalu gurau-gurau tapi beri nasihat yang berguna

7. persahabatan itu yang cakap loghat pekat dan selalu kenakan aku masa berjalan

8. persahabatan itu yang sangat baik dan selalu buat muka blurr

9. persahabatan itu yang suka gurau kasar tapi di hati ada taman

10. persahabatan itu yang suka ambil gambar dan berblog

11. persahabatan itu yang suka buat perangai kiut macam anak kucing

12. persahabatan itu yang aktif bersukan

13. persahabatan itu yang suka lari padang kawad berpusingan-pusingan masa aku dah penat

14. persahabatan itu yang selalu baju sama dengan aku

15. persahabatan itu yang caring and suka main ngan kucing patah ekor ngan anak-anaknya

16. persahabatan itu yang suka ajak makan

17. persahabatan itu yang suka tubik makan setiap malam ahad coz Ranimas tutup

18. persahabatan itu yang ulangkaji sama-sama time exam

19. persahabatan itu yang selalu buat assignment bila esok dah nak hantar

20. persahabatan itu yang suka tanya soalan2 yang menyebabkan aku jadi gabra sebelum exam

21. persahabatan itu yang suka buat latihan on call

22. persahabatan itu yang suka jerit petang-petang "BOLA TAMPAR!!"

23. persahabatan itu yang hampir jatuh sebab share katil ngan aku yang 'kecil' ni

24. persahabatan itu yang suka tgk korea

25. persahabatan itu yang suka tgk anime

26. persahabatan itu yang suka tgk movie sama-sama

27. persahabatan itu yang sanggup tenangkan aku masa nangis

28. persahabatan itu yang teman aku jalan-jalan kat kuching

29. persahabatan itu yang makan sama-sama dalam satu ballroom masa dinner Asasi

30. persahabatan itu yang peluk dan salam aku sebelum balik

dan banyak lagi pengertian persahabatan yang aku nak bagi..

Namun, walau apa pun  pengertian persahabatan yang aku bagi..

Yang penting persahabatan itu adalah kerana Allah Taala =)


-iyan-
-di M47-
-UNIMAS-OC-MESH-

Imagination...

Tgh imagine yang semua ahli keluarga Asasi UNIMAS first batch masih ada kat sini......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...