Saturday 3 October 2009

Majlis Solat Hajat KNS n_n

Malam ni, sekolah telah mengadakan majlis solat hajat untuk murid murid peperiksaan awam PMR, SPM, STPM... Ramai ibu bapa dan guru-guru serta murid-murid menghadiri majlis ini.. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran En. Ahli, timbalan pegawai pelajaran peringkat Sibu.. Majlis bermula setelah azan Maghrib berkumandang.. Kami telah menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah yg diimamkan oleh cikgu Mohd Yunus.. Setelah menunaikan solat Maghrib.. Cikgu Zulkifli menyampaikan ucapan alu-aluan selaku wakil pengetua.. Setelah itu, bacaan Yaasin beramai-ramai telah diadakan..

Selepas bacaan Yaasin, Cikgu Ismadi telah tampil untuk memberikan sedikit motivasi untuk memangkin semangat para murid yg akan pergi berperang untuk peperiksaan awam tidak lama lagi... Tidak dapat dinafikan yg I'm quite attracted to what Cikgu Ismadi said (Thanks, cikgu).. It gimme some inspire... Ada juga diselitkan tentang persediaan sebelum peperiksaan.. Hati kena tenang, tiada dendam dan perasaan benci.. Barulah kita boleh berjaya...Kita juga perlu bersedia tidak kira awal atau lambat.. Jangan mudah putus asa.. Jgn lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT... Selepas itu, kami telah menunaikan Solat Isyak secara berjemaah.. Setelah selesai Solat Isyak, kami telah menunaikan Solat sunat hajat.. Setelah itu, kami telah bersalam-salaman antara satu sama lain.. Majlis disudahi dengan jamuan ringan yang telah disediakan... Alhamdulillah.. Majlis ini telah berjalan dengan lancar.. I'll remember that moment...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...