Sunday 6 February 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum peeps =]

Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan kesempatan kepadaku untuk menikmati hidup pada hari ini. Aku rasa bersyukur kerana masih diberikan pinjaman jasad dan nyawaku ini setelah 19 tahun menggunakannya. Ya Allah, ampunilah aku sekiranya aku selalu lalai dengan hidup duniaku..

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan ayah dan ibu yang baik kepadaku. Ibu dan ayah yang mengasuh dan menjaga diriku dari kecil hingga dewasa ini. Jasa ibu dan ayah tak akan pernah aku lupakan. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, sayangi dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihani aku ketika aku kecil dahulu.

Kmk sayang mak ngan bapak <3 

Terima kasih juga buat abang dan kakak-kakak. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup saya. Tak lupa juga kepada putera-puteri yang disayangi. Jangan nakal-nakal.. huhu.. usu rindu ngan korang walaupun baru beberapa jam..

Harap-harap dengan pertambahan usiaku, Allah tambahkan keimananku kepadaNya.. Aminnn..=]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...