Saturday 23 April 2011

Di keheningan malam

Assalamualaikum...

Malam ini..
sungguh sunyi sekali,
sesekali aku terdengar,
dengkuran nyenyak sahabatku,
mereka penat ujarku,
aktif sepanjang hari *macam iklan MILO(tm) la pulak

aku tertanya sendirian..
kenangan daku sepanjang asasi,
mengimbau kembali semasa dulu,
langkah pertama ke universiti,
aku tidak mengenali,
insan-insan ini,
aku berada di lautan manusia yang tidak aku kenali,
Alhamdulillah..
Allah swt telah menakdirkan sebuah pertemuan,
pertemuan yang menemukan kami semua,
dari setiap pelosok ceruk rantau,
kini kami ditemukan di sini..

Di kedinginan malam ini *air-con sejuk sangat la bro...
aku memerhatikan sekali lagi,
kiri,
kanan,
kiri,
dan lintas *salah tulis pulak.. asyik sgt kat iklan kempen lalu lintas
aku tersenyum sendiri,
segala yang telah berlaku,
diputar kembali di kotak memoriku *aku x guna SD card k
aku tertawa sendiri,
tawa, nangis, gembira, sayang,
dan byk lagi
semuanya bercampur baur
ditayang di benak fikiranku *pasni nak tgk HMM la...

Namun setiap permulaan ada pengakhiran,
setiap pertemuan ada perpisahan,
Kita bertemu, kita berpisah,
semuanya Lillahi taala...
InsyaAllah,
sekiranya ada jodoh pertemuan,
kita akan berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...