Monday, 24 December 2012

Tukang potong rambut

Ahhhhh....
Selepas berbulan-bulan tak potong rambut...
akhirnya hari ni telah tiba..
*zeng*
rambut dipotong pendek, muka pun jadi cam budak sekolah balik..
keluar je dari wisma, angin sedikit kuat bertiup
dan melingkari bahagian rambut yang telah dipotong...
Oh.. selesanya...
ek? nape lak aku cite pasal aku gunting rambut lak ni...
Aha.. teringat satu cerita... nak kongsi jap, mungkin ada yang dah pernah dengar..

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.
- Tamat
 -sumber-

Begitulah ceritanya.. Kalau kita tidak bergantung harap pada Allah, kita akan jadi seperti orang  yang berambut panjang dan tidak kemas tadi.. Sesungguhnya kita lebih cenderung kepada fitrah kita yang sebenarnya iaitu celupan Allah sendiri.. I love Allah=)

Friday, 21 December 2012

Terharu T.T

Touched.... Thanks very much =') although you all may not read this

Saturday, 15 December 2012

Fairy Tail's seven years gap

Assalamualaikum... yeah..
I just realized something... *sniff sniff*
I'm losing some HP today.. Haha.. It's not that I'm playing game or something..
It's just a reminder, yeah.. about a gift that I might not realize all this while..
Health, yeah.. A gift from Allah that we might take for granted..
Nobody realized about it unless they are losing it even a small piece of it..
Even a flu can alarmed us.. oh.. noo...

So, what am I going to relate with Fairy Tail's seven years gap?
It's not that I live in the world of magic, rite?
*hachoo!!* here they go again *sniff sniff*

I still remember my first day of being in this new situation..
More than a year ago,
nothing I can say much,
Perhaps I am still looking for myself,
Losing myself in the mist of time,
Yeah.. Perhaps anyone can suggest where I need to look for him?


Wednesday, 12 December 2012

Teamwork enough?

Kadang-kadang sukar juga kita nak melayan pelbagai karenah manusia...
Nak cakap depan-depan, takut sorang-sorang masam muka lepas tu,
Kalau tak cakap, dah jadi barah dalam hati yang terkumpul dalam hati,
sedangkan barah lagi jarang berlaku dalam hati, mungkin cirrhosis rasanya..
Last-last, meletus melayan perasaan seorang diri... x_x
Benda macam ni mungkin dapat dielakkan.. yeah..
Till we do our part,  that's what we call team..
How do we define team?
Team is a group of people, ok it's partially correct..
Team is a group of people who work together to achieve the same objective..
Bila ada dalam pasukan tu tak menjalankan kerja,
akan datanglah pihak ketiga, yeah, third party,
bukan nak mendamaikan tapi untuk melaga-lagakan sesama kita..
third party tu lain tak bukan iblis yang menghasut ketidakpuashatian..
hmm.. lagi-lagi kita salahkan iblis..
just turn back to time, if we did our part, there is no reason for the devil to seep through the group..
yeah? I don't know...
Allah knows better...
Fuhhh... 

Tuesday, 11 December 2012

Perubahan..

Suatu hari di atas motosikal, perbualan dua org budak..

A: aku nak berubah jadi balik macam dulu la.. sekarang ni aku rasa bla.. bla.. bla..

B: konsep kau salah la...

A: erk.. nape lak?

B: Perubahan tu kan suatu yang berterusan..

A: gulp..


Batu jatuh bercucuran atas kepala..




Tuesday, 4 December 2012

24 jam

Semua orang ada 24 jam.. Kenapa ada merasakan masa tak cukup dan ada yg kata cukup? Walaupun pada dasarnya mereka mempunyai tanggungjawab dan komitmen yg lebih kurang sama masanya..


Tuesday, 18 September 2012

lega?

Alhamdulillah... Berakhirnya minggu orientasi menandakan tamatnya tugas sebagai ajk aktiviti.. Sememangnya aku tak nafikan yang aku memang kurang berpengalaman mengendalikan tugas-tugas seperti ini.. Kebiasaan aku sedaya upaya mendapatkan tugas seringan yang boleh memandangkan aku agak kurang berkebolehan mengendalikan tugas-tugas berat.. ye la tu, beratlah sangat... haha...

 Hal ini byk mengajar aku untuk terus memperbaik diri.. Aku tak tahu la setiap kali aku jadi sibuk memanjang, mesti aku jadi lupa terhadap perkara-perkara yang jauh lebih penting.. manusia... alahai.. mudah disibukkan dengan perkara dunia.. sedangkan akhirat tu kekal abadi... Teringat balik perkongsian sahabat semasa bulatan gembira tadi, mengenai seorang sahabat iaitu Said bin Amir yang membeli akhirat dengan dunia.. Hal ini mmg sgt jauh berbeza daripada situasi majoriti masyarakat masa kini.. kemungkinan kita salah seorang daripadanya.. yang sanggup menggadaikan akhirat hanya untuk mendapatkan kesenangan sementara di dunia. Sesungguhnya kita masih tidak mengerti, apakah ertinya kita hidup di dunia ini.. matlamat yang manakah menjadi matlamat hidup kita..

Tak salah untuk mendapatkan kejayaan di dunia, namun urusan akhirat tidak harus dilupakan.. Dalam masa belajar ni, kadang-kadang kita meletakkan pelajaran itu terlampau di atas.. sehinggakan kita langsung lupa akan pemilik ilmu.. Kebiasaannya kalau kita inginkan sesuatu dari seseorang, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati pemilik tersebut.. Seharusnya sebagai seorang pelajar yang mempelajari ilmu, seharusnya kita sedaya upaya untuk mengambil hati pemilik ilmu.. sudahkah kita mengenali pemilik ilmu tersebut?


Monday, 27 August 2012

Di sebalik jadual yang penuh

Alhamdulillah..
Masih diberi ruang dan masa untuk bernafas..
Bermula kembali rutin hidup yang sibuk,
Hidup sebagai seorang pelajar..
Sememangnya agak sukar untuk membawa diri di arena ini...
Penuh duri dan onak
kadang-kadang aku terluka sendiri..
Alhamdulillah dengan izin-Nya..
Sudah setahun aku berada dalam arena ini..
Pada kali ini, aku tak boleh berlengah lagi..
Setiap detik berlalu pergi...
Saja-saja aku memerangkap diri sendiri...
Tak tahu bisakah aku melepaskan diri..
Atau aku akan binasa..?

Thursday, 23 August 2012

Somebody that I used to know

Suatu masa dahulu,
beberapa tahun dahulu,
ada seorang budak,
seorang yang suka menyendiri,
suatu hari,
ada seorang budak dari kampungnya,
mengajaknya bermain,
bermain basikal di kawasan kampung,

Itu kisah lebih sepuluh tahun dahulu...
Kisah budak-budak itu kembali bermain di minda...
Sebab dua-dua kini sudah dewasa..
Tak pasti adakah ada memori itu..
tetap menjadi kenangan lalu =)

Sunday, 8 July 2012

Kesunyian dan perpisahan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi pinjaman lagi nyawa ni...
Errmm.. bila fikir balik.. macam-macam Allah beri kat kita... Betol x?
Tak perlu tgk jauh-jauh... Tgk diri kita pun sudah membuktikan kenyataan..
Namun sejauh mana kesyukuran kita...
Cuba bayangkan kalau ada org beri hadiah kat kita, mesti kita rasa berterima kasih sgt kan?
Allah dah beri macam-macam kat kita.. Kudrat untuk menaip dan penglihatan untuk meneliti papan kekunci dalam menghasilkan post ni jugak baru sahaja bahagian kecil daripada nikmat yang Allah kurniakan... Kalau nak dihitungkan dan ditulis.. memang x cukup kalau nak guna semua pen dengan kertas yang ada kat dunia ni... Sebab nikmat yg Allah beri kepada kita terlalulah byk...
Namun sejauh mana kita bersyukur?
Syukur bukan sahaja setakat ucapan di bibir sahaja... perasaan syukur tu harus dilahirkan dari hati dan membentuk amalan dan perlakuan kita...

Sesungguh hari-hari kebelakangan ni byk ujian melanda..
Bukan sahaja diri ni, tetapi juga insan2 lain..
Puas diri memujuk hati yg kerdil ni...
semua yang berlaku ada hikmahnya..
Allah tahu apa yg baik untuk kita...
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
 Bak kata seorang kawan, kita ibarat sebatang pensel.. Untuk menjadi pensel yang terbaik.. kita akan melalui asahan yg mungkin akan menyakitkan diri kita....
Ya Allah... Kau berikanlah kepada kami sifat sabar dan tabah dalam menjalani tarbiyah dariMu..

Thursday, 31 May 2012

Being good friend enough?

Ermmm..
Bukan mudah...
menyusun tangga ke angkasa
aku bukan nak menyanyi lagu AF la...

Bukan mudah nak jadi kawan yang baik..
memang aku tak nafikan.. *tarik nafas panjang-panjang*
Alhamdulillah.. Allah berikan kawan-kawan yang baik untuk aku..
mereka yang berada di samping tika masa senang dan susah..
cuma aku je tak pandai menghargai mereka..
apa yang aku buat mesti akan jadi tak kena...
sering kali aku akan melukakan mereka...
aha.. sering kali..
tak tau.. aku sayang mereka semua..
sayang sangat-sangat...
tapi apa yg aku rasa tak mampu terluah pada zahirnya..
mungkin jugak hati aku bermasalah..
hati kotor kot.. kena guna peluntur tahap tinggi...
hmm.. harap mereka terus bersabar dengan karenah aku...
u_u

Tuesday, 1 May 2012

Sunday, 25 March 2012

Need help?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan menaip di lappy ni.. Errmm.. agak lama wadah ini ditinggalkan berdebu terbiar begitu sahaja. Pengurusan masa yang kurang mantap menyebabkan 24 jam yang Allah kurniakan sama rata itu berlalu dalam masa seketika sahaja. Diri ini masih byk perkara yang perlu diperbaik.. Diri ini kurang baik, tapi mencuba untuk menjadi yang terbaik.

Pernah tak rasa diri dalam keadaan sesak, tercungap-cungap, mengalami masalah, berkejar dengan waktu? Perlukan pertolongan? Dail 24434 sekarang.. InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan olehNya.. Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita.. Bahkan Allah lebih memahami diri kita berbanding diri kita sendiri.. Namun kita sering mengabaikan Allah..

Cuba lihat dalam kehidupan seharian kita.. Berapa lembar ayat-ayat cinta Allah yang kita belek kalau dibandingkan dengan... erm..misalnya nota musculoskeletal yang macam-macam benda yang perlu diingat. Jauhh sekali.. Ingat lagi perbandingan yang dibuat oleh bos lama dulu, apa rasa kalau tak baca nota medik sehari? mesti badan gelisah-resah-duduk-tak-senang... Tapi kalau nak baca ayat cintaNya.. Eh.. nanti dulu laa... malaslaa.. *dush* dan macam-macam lagi ragam kita.. Tak masuk lagi dengan panggilan dari nombor 24434.. Ada yang suka biar panggilan tu jadi misscall, siap masuk mailbox lagi... Panggilan dari Encik. Mukabuku dan Encik Games lagi cepat disahut..

Nak tau tak? Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.. maka, bersabarlah.. Allah menyukai orang yang bersabar.. Jangan sesekali kita meragui pertolongan dariNya.. Janganlah kita pernah putus asa dari rahmatNya.. Jika kita ada masalah, mengadulah kepada Allah yang Maha Besar.. =) InsyaAllah you'll find your way
Indahnya ciptaan Allah =)

Wednesday, 14 March 2012

Imbalanced

Masa oh masa =/

Demi masa..
Sesungguhnya manusia dalam kerugian..
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran...


Wednesday, 25 January 2012

Lelaki seperti aku

Sahabat seperti aku

Memang 
aku bukan sahabat yang baik, 
dan yang lebih baik, 
banyak..

kawan-kawan, jgn kau anggap,
aku sempurna, 
aku insan biasa, byk pula salahnya,
tetapi ku mencuba, 
menjadi sebaiknya..


Maaf...

Monday, 9 January 2012

sincere enough?

Assalamualaikum peeps =)

*fuhhh* *fuhhh* *fuhh*
Berdebu-debu dah blog ni... Dah lama juga tak berkunjung ke mari... Haha.. Agak sibuk sikit dengan rutin biasa... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk balik berkunjung ke rumah untuk melunaskan rindu yang terbuku di hati..

Selepas berakhirnya hujung minggu yang osem, akhirnya tamatlah mimpi-indah-cuti-xyah-bukak-buku.. huhu.. hmm... teringat balik pesanan seorang pensyarah beberapa minggu yang lepas.. Selepas tamat sesi kuliah yang pertama, kami rehat sebentar supaya ilmu-ilmu yang baru dimasukkan dalam dihadam dengan baik. Dr. tu pun mendekati kami dan bertanya mengenai pembelajaran kam setakat ni. Sememangnya jawapan yang diberi seperti agak sukar dan macam-macam lagi alasan-keluhan-bertubi-tubi-budding-dari-otak.. hehe..
Macam hydra yang tengah budding ni la idea keluhan keluar dari kepala aku *sumber*


Lepas itu, Dr. pun menceritakan sebuah kisah mengenai Saidatina Fatimah berjumpa dengan Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Setelah habis bercerita, Dr. pun membuat konklusi soal keikhlasan. Sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita.


Pesanan tu membuat aku terfikir sejenak. Aku ni asyik mengeluh sejak masuk sini, macam-macam yang serba tak kena.. Buat ni tak kena, buat tu tak kena. Setiap hari buat muka-hilang-duit-sejuta.  Alahaiii.. Apa masalahnya ea?
apabila semua serba tak kena *sumber*


Ikhlaskah aku? Sejak melangkah masuk ke sini, apakah yang aku kejarkan dan apakah yang aku tinggalkan.. Adakah aku belajar sekadar mengejar cita-cita aku..  hmm.. Aku kena fikir balik dan cuba refresh balik diri ni.. Seharusnya aku sentiasa muhasabah diri dari hari ke hari.

Allah tak pernah melupakan kita tapi apakah kita sentiasa mengingatiNya?

InsyaAllah dengan mengingatiNya, hati kita akan tenang =) *sumber*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...