Saturday 3 October 2009

Cerita seorang pemuda n_n

Tersebutlah kisah terdapat sebuah negara yg aman makmur . Negara yg kaya itu di perintah oleh seorang raja yg baik hati . Di pendekkan cerita, Raja sudah agak berumur dan berhasrat ingin mencari pengganti utk mewarisi tampuk pemerintahan negara. Disebabkan baginda cume mempunyai seorang puteri, maka baginda bercadang mencari jodoh utk di padankan dengan puteri kesayangan. Maka, baginda mengeluarkan titah kepada rakyat jelata, barangsiapa dapat mengharungi cabaran dan ujian yg bakal di adakan, maka org itu akan di kahwinkan dgn puteri baginda.

Maka pada hari yg dijanjikan, berpusu2 lah rakyat jelata berhimpun di ruang legar taman istana. Pemuda2 yg gagah berani x sabar2 menantikan apakah ujian yg bakal mereka tempuhi. Di taman istana, terdapat sebuah tasik dan di seberang tasik tersebutlah di bina pentas utk raja. Sekalian rakyat berkumpul di tepi tasik tersebut sementara menanti tawaran baginda raja.

"Wahai pemuda2 negara yg gagah berani. Seperti yg kamu sedia maklum, beta dah semakin berumur dan inginkan pengganti. Pengganti beta nanti mesti seorang yg jujur, gagah berani, dan bijaksana. Ujian beta senang sahaja.. Di dlm tasik dihadapan beta ni, sudah dilepaskan 100 ekor buaya yg dlm kelaparan. Barangsiapa di antara kamu yg sanggup berenang ke arah beta, akan beta tunaikan apa saja permintaan kamu." Titah Baginda Raja.

Suasana hingar bingar seketika, mendengarkan cabaran mengarut dari baginda sultan. Siapalah yg berani dan gila yg nak bunuh diri di makan buaya mcm tu jer? Dalam keadaan yg kelam kabut itu..

"Gedembushhhh... blrrrr... blrrrr...."


Tiba2 ada seorang pemuda yg terjun ke dalam tasik tersebut. Semua org kaget seketika. Berdebar menantikan pemuda itu di baham buaya. Pemuda itu dgn sepantas kilat berenang ke arah pentas diraja, sehingga dpt berpaut di tebing dan selamat...

Penonton yg menyaksikan kejadian itu bertepuk girang dan kagum dgn keberanian anak muda tersebut. Tahniah org muda.. tahniah.. awak hebat.. Macam2 kata pujian di lemparkan.

Raja yg turut kagum, bangun dr tempat bersemayam dan merapati pemuda tersebut.

"Tahniah anak muda. Sekarang beta akan kota kan janji beta. Apakah permintaan kamu? Beta akan tunaikan segera"

Dlm keadaan basah, pemuda itu mengadap sembah.
"Ampunkan patik tuanku. Patik x byk permintaan, cuma satu sahaja."
"Siapakah yg tolak patik??????"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...