Wednesday 22 June 2011

Jangan main-main, dia budak pandai

Assalamualaikum...
Nak mintak maaf awal-awal andai terkasaq bahasa..

Jangan main-main, 
dia budak pandai,
ada aku kesah itu semua?
itu bukan kayu pengukur yang aku guna,
apa guna kalau pandai
jika sahsiah tak seiring dengannya.

Jangan main-main,
dia budak pandai,
ada aku kesah?
kalau budak pandai pun
tak semestinya dia boleh cakap sesuka hati dia.

Jangan main-main,
dia budak pandai,
kenapa?
adakah budak pandai tak boleh ditegur?
adakah budak pandai tu sempurna?
salahkah kami yang kurang pandai ni nak tegur?

Jangan main-main,
dia budak pandai,
aku tak kata ilmu tak penting,
cuma jangan bermegah dengan ilmu yang dimiliki,
ilmu itu milik Allah,
bukan milik mutlak manusia,
jangan berlagak dengan ilmu!

Jangan main-main,
dia budak pandai,
pandai atau tak pandai bukan persoalannya,
andai pointer akhirat tak dititikberat,
pointer di dunia tiada gunanya.
buka hati, buka mata,
pandang sekeliling,
bangkitlah!
Jom naikkan pointer akhirat!

  *aku tak kata ilmu tak penting, cuma jangan bermegah dengan ilmu..=P

"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...