Wednesday 30 December 2009

Coretan Hidup Remaja... Episod 1: Senior Time #1


Arlion, itulah namanya.. seorang budak lelaki yg sedang meniti kehidupan remajanya... Tanpa disedari, sudah hampir 17 tahun dia hidup di bumi Allah ini... Dia sedang mencoretkan hidupnya dan membuat laluan hidupnya sendiri..

*****

     "Arlion, bangun... Kamu tak pergi ke sekolah ke? nanti lambat pulak," jerit ibu Arlion.
     "Ye, mak.. saya dah bangun," sahut Arlion.
  Hari ini ialah hari pertama Arlion ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 5. Arlion memang bersemangat untuk ke sekolah pada hari itu setelah menghabiskan masanya selama hampir dua bulan di rumah. Maksudnya, sudah hampir dua bulan jugalah dia tidak bertemu dengan rakan-rakannya. Terbayang-bayang di mindanya akan wajah ceria sahabatnya yang akan menyambutnya di sekolah nanti. Dia juga tidak sabar untuk berceloteh panjang dengan mereka nanti. Setelah selesai bersiap, akhirnya dia turun ke sekolah. Setibanya di kelasnya iaitu kelas 5 Aurum, dia pun mengambil tempat duduk kebiasaanya. Dia suka duduk di barisan hadapan agar mudah belajar dan menumpukan perhatian pada pengajaran guru.

     "Arlion! wei.. dah lama tak jumpa kau,"sapa Azra.
     "Hoho.. memang dah lama pun, kau pun dah besar dah sekarng ye,"jawab Arlion.
     "Hek eleh, dah macam orang tua pulak aku tengok kau ni.. hahaha,"celoteh Azra.
     "Dia memang dah tua pun,"sampuk Syahrul yang baru datang.
     "Ye la.. Korang je la yang muda,"jawab Arlion dalam nada merajuk yang dibuat-buat.
     "Mana pulak Ayu dengan Win ni, takkan la hari pertama pun nak datang lewat.. hahaha,"kata Syahrul.
     " Apa sebut-sebut nama kami ni?"tanya Ayu dan Win hampir serentak.
     "Panjang pun umur kamu berdua, ingatkan tadi nak buat rekod lambat datang awal pagi ni,"kata Syahrul.
     "Wei.. cikgu dah  datanglah," kata Azra.

  Pada tahun ini,  Cik Gracia menjadi guru kelas 5 Aurum .. Win menjadi ketua tingkatan dan seorang lagi rakan mereka iaitu Kiew Yee menjadi penolong ketua kelas. Walaupun kelas 5 Aurum hanya terdiri daripada 25 orang pelajar, tetapi suasana kelas itu riuh mengalahkan 50 orang pelajar.



  Pada hari itu, guru-guru yang masuk ke kelas untuk sesi berkenalan dan menekankan kepentingan tahun ini kepada mereka. Semengnya tahun tersebut sangat penting kepada mereka kerana mereka akan menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan masa depan mereka. Setelah sembilan waktu berlalu, hari pertama mereka di sekolah pun tamat. Semasa balik Syahrul berjalan pulang dengan Arlion.

     "Huh.. penat jugak hari ini..Nasib baik tak ada kerja rumah. Kalau tidak, pengsan aku,"kata Syahrul sambil mengeluh.
     "Kau ni asyik nak mengeluh je, macam mana nak survive kalau berperangai macam ni. Tahun ni penting tau.." jawab Arlion.
     "Kau tu tak apa la, pemikiran macam komputer... tet tet tet.. dah boleh catch up apa yang cikgu cakap, aku ni apa la.." kata Syahrul.
     "Wei wei.. kau ingat aku ni senang-senang macam tu ke je nak belajar... kalau tak fokus pun berkarat jugak otak aku tau,"jawab Arlion.
     "ye la, kau je la yang betul," kata Syahrul.
     "datang la perangai kau tu. Dah la, malas aku nak layan kau. Kita pun dah sampai kat depan rumah aku ni. Aku balik dulu ye. Assalamualaikum,"kata Arlion.
     "Wa'alaikumussalam'" jawab Syahrul.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...