Friday 5 August 2011

Sahaja aku

Assalamualaikum peeps...

Alahai.. setiap kali taip peeps mesti teringat nama seorang kawan... hehe

Hari ni dah masuk hari ke-4 ramadan... Amacam, best tak kuliah kat Universiti Ramadan? Assignment, tutorial, latihan ada buat tak?

Sebelum tu, pelik ke tajuk post ni? macam orang nak berniat je kan? hehe...
Ingat tak niat puasa? eh..eh..sabar-sabr... bukan nak buat pop kuiz ke apa..

  
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, setiap tahun mesti salin niat ni dari buku KAFA dan tampal kat bilik tidur sebab tak ingat... Bila keluar lagu 'Puasa Dulu Baru Raya' nyanyian kumpulan Raihan baru ingat sebab lagu tu selalu ditayangkan dalam tv waktu tu...

Err.. Yang kat atas cuma iklan sebentar sempena ramadan ni..hehehe... Tapi apa yang nak dikongsi kali ni pun tak lari sangat sebenarnya..

Niat.. ermm... Nak kongsi satu hadis iaitu hadis pertama..

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Setiap amalan kita bermula dengan niat dan setiap orang akan dibalas berdasarkan niatnya..Niat itulah yang membezakan perbuatan adat dengan perbuatan yang diberi ganjaran (ibadah).. duduk berehat sahaja dalam masjid dengan duduk dalam masjid dengan niat iktikaf, ada beza tak?

Perasan tak? Kadang-kadang kita sebagai manusia yang lemah tak sedar bahawa niat kita berubah.. Mungkin lafaz di bibir tetap sama tetapi di hati?

Contohnya.. (rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia)

A: tak lama lagi puasa sebulan. Boleh la aku diet menguruskan badan. Mesti kurus aku menjelang syawal nanti.

B: Wah.. baru sehari puasa dah turun sekilo berat badan aku.. Kalau sampai habis ramadan, turun 30 kg la berat aku.. (bulan ramadan ni pusat melangsingkan badan ke? -_-")

C: Bulan puasa, dapat la jimatkan duit belanja makan ni...

Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar kekhilafan kita sendiri.. Sedangkan amalan-amalan kita sepatutnyaa diniatkan kerana Allah Taala.. Ingat balik, apa sebenarnya matlamat hidup kita?

Firman Allah Taala dalam Surah Adz –Dzariyat ayat 56 yang terjemahannya:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
Kita selalunya lebih mengejar dunia daripada akhirat kerana dunia ini hanya persinggahan sementara sebelum kita memulakan perjalanan akhirat yang kekal.
Jika kita mengejar dunia, maka kita akan hanya mendapat dunia.
Jika kita mengejar akhirat, dunia akan turut sama mengejar kita. InsyaAllah kita akan mendapat kedua-duanya.
Pilih, mana yang kita nak kejar?


Nak kongsi sebuah kisah jap, mungkin ada yang pernah dengar pasal cerita ni...

Seorang lelaki Mekah bernama Hatib bin Balta’ah telah mencintai gadis bernama Ummu Qais. Dia masuk meminang tetapi pinangannya ditolak. Sewaktu orang-orang Islam hijrah ke Madinah, Ummu Qais juga turut hijrah. Hatib yang masih cintakan Ummu Qais mendapat tau kekasihnya telah pindah, maka dia pun turut berhijrah dengan harapan dapat memujuk Ummu Qais supaya kahwin dengannya.

Perkara itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menegur perbuatan itu, sebab hijrahnya bukan kerana Allah dan Rasulnya, malah kerana perempuan yang dikasihinya. Dia tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala dari hijrahnya itu.

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya lalu mengaitkan niat sesuatu amalan itu dengan tindakan berhijrah seperti yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Walaupun lelaki tersebut akhirnya dapat berkahwin dengan kekasihnya, tetapi ia tidak dapat apa-apa ganjaran dari hijrahnya.

Akhir kata, semoga niat kita ikhlas melakukan ibadah semata-mata kerana Allah Taala dan terus istiqamah...
Ingat janji Allah dalam 47:7.. Nak tau ape tu 47:7? Ni assignment... cari la =D


p/s: sila tegur kalau ada apa-apa kekhilafan diri yang kerdil ni... =)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...