Saturday, 17 December 2011

Syukur enough?

Assalamualaikum peeps =P

Lama dah rasanya tak meluah perasaan kat sini.. Nak kata sibuk, hmmm... Tak tau la... Salah sendiri rasanya kerana tak pandai mengurus masa.. Hmm... Minggu depan dan depan mungkin lebih sibuk rasanya. Alahai... urusan dunia ni memang tak pernah habis-habis.. Ingatkan makin berkurang, tapi makin bertambah-tambah...

Teringat semalam, masa nak pergi solat jumaat jalan kaki dengan Helmi. Mulut aku ni tak henti-henti merungut...

"cubalah ada kenderaan sendiri"

"cubalah aku kat tempat aku sendiri, mesti aku tak perlu susah-susah macam ni"

dan macam-macam lagi......

Masa lalu kat sebuah jalan yang tak berturap, tiba-tiba ada sebuah kereta meluru dengan pantas tak mempedulikan kami yang tengah berjalan kaki kat tepi. Habis kami terkena percikan lopak air yang melalui kereta tersebut. Lepas tu, aku cuma terdiam melayan perasaan. Helmi tak henti-henti menenangkan aku.

Pagi tadi...

Baru sahaja lepas mandi, ternampak Azu tengah berdiri macam melayan perasaan kat pintu belakang sambil memandang ke bangunan yang sedang dalam perjalanan. Menyedari aku sendang berdiri kat belakang, tiba-tiba dia bersuara..

"Kau patut bersyukur dapat berdiri stabil kat sini, cuba tengok pekerja tu"

Pada tika itu, pekerja itu sedang mengimbangi diri atas rangka kayu sambil membawa sekeping papan. Rangka kayu tu nampak macam senang mereput.

Terfikir balik.. Ish3... Macam mana la aku nak menjadi golongan yang sedikit ni... Sikit-sikit dah merungut =|

Sunday, 11 December 2011

immunosupressant

Ya Allah,
berikanlah ketabahan dalam hati ini untuk menghadapi dugaan..
aku hanyalah seorang insan yang lemah

Saturday, 3 December 2011

interview

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah hujung minggu balik..
Tak berasa masa berlalu dengan pantas,
memotong kita dengan penuh anggun,
kita terus dibuai kelekaan,
terus ketinggalan dalam ruang dan masa...

Alahai... hujung minggu macam ni la ramai kawan yang balik rumah.. untungnya rumah dekat.. kalau rumah aku pun dekat macam tu, hari-hari aku balik rasanya. Haha.. =)
Alhamdulillah, minggu ni diberi lebih kelapangan berbanding minggu lepas.. Hari rabu yang lepas, sesi klinikal kami ialah medical interview. ish.. Tak pernah terfikir nak buat medical interview walaupun hanya olok-olok. Kumpulan kami sangat sempoi dengan nama Klinik Jantan. Haha.. Sekali tengok, pesakit yang ditugaskan untuk menjadi pesakit kami.... perempuan... Hahaha.. mula-mula tergelak habis dengan kontradiksi yang berlaku..
Mula-mula memang agak pening dan keliru, tak tahu nak tanya pasal apa.. Sampaikan aku lupa nak kenalkan diri.. Sabar je la cik ea.. Cik ni mengalami sakit perut.. Macam-macam soalan sampaikan kaki aku menguis orang kiri kanan sebab aku pun dah kehabisan idea.. Akhir sekali, aku tersilap cakap yang pesakit tu kena buat x-ray kat perut sedangkan aku sebenarnya nak cakap pasal stomach endoscopy. Kalau betul-betul jadi masa jumpa pesakit yang sebenar, boleh trauma pesakit tu.. hahaha.. Pengalaman yang menarik dan sukar dilupakan.. =)
Masa buat aktiviti ni, teringat pulak pengalaman masa buat medical check-up dulu. Ya Allah, aku harap aku dijauhkan dari menjadi macam tu yang dari segi pandangan aku agak kurang beretika bagi seseorang doktor. *layak ke aku nak menilai keetikaan orang?* err.. kena banyak-banyak muhasabah diri.. Tengok diri sendiri dulu...

Thursday, 24 November 2011

DHA baik untuk otak

Assalamualaikum...

Tetiba terimbau sesuatu kisah yang melucukan oleh dua orang budak ni... XD

Pada suatu hari, Fifi dan Didi ingin berkongsi membeli susu tepung..

Fifi: Eh, aku nak beli susu tepung. Nak kongsi tak?
Didi: Boleh jugak. Jom tengok.
Fifi: Alamak, susu yang biasa tu dah habis la.. Tinggal susu untuk budak je tinggal..
Didi: Erm... Apa kata kita beli je susu tu. Lagipun macam bagus je, mengandungi DHA.. Baik untuk otak bagi pelajar macam kita ni, lagipun tak lama lagi nak exam..
Fifi: Mana-mana je la..

Setibanya di kaunter, cashier pun berasa sangat heran melihat dua orang pelajar berpakaian t-shirt batch membeli susu untuk budak-budak..
Cashier: Erm... adik, betul ke adik nak beli susu ni? *dalam nada kehairanan*
Fifi dan Didi: Errrr... betullah tu..

Setibanya di bilik, mereka dua terus membancuh air milo kegemaran mereka...
Fifi: erk.. pelik la rasa susu ni.. Lemak semacam rasanya..
Didi: err... betul la.. agak pelik rasa susu ni..
*tidak lama kemudian*
Fifi: aduhhh.. tetiba je perut aku ni memulas...


Pelik kan, kenapa dua orang pelajar tu tadi beli susu untuk budak-budak walaupun ada susu lain... Mungkin mereka rasa benda tu baik untuk mereka. Tetapi akhirnya tindakan mereka berdua menyusahkan diri sendiri...
Kadang-kadang kita rasa benda tu baik bagi kita hakikatnya tidak dan kadang-kadang kita rasa sesuatu tu tidak baik untuk kita sedangkan itulah yang terbaik bagi kita..

Moral of the story: belilah susu yang sesuai dengan anda.. Jangan suka hati beli je... =P

Saturday, 19 November 2011

Air yang dah nak melimpah

Assalamualaikum...

Fuhh.. fuhh.. beberapa hari ni blog ni agak dibiarkan sebentar.. diri yang lemah ni cuba menyesuaikan diri dengan rutin dan amanah baru.. Nak kata memberatkan, tak la.. cuba diri ini agak lemah dan masih kurang kapasiti.. Kena banyak perbaiki diri.. Takut jugak kalau-kalau amanah yang diberikan tinggal amanah.. Aduh... Jangan cepat mengalah...

Beberapa hari ni, diri ni rasa agak macam belerang penuh satu badan.. Menunggu masa untuk meletup tiba-tiba masa saja... Kesannya mulut aku ni membebel sepanjang hari.. Pelik kan.. Tak pernah pulak dengar selama ni lelaki suka membebel.. Tapi tu la kerja aku beberapa hari ni, kesian dengan Mie, terpaksa menjadi pendengar setia bebelan aku.. Terima kasih kerana sudi mendengar semua luahan hati aku dan byk beri nasihat serta pandangan kepada aku.. Mie antara orang yang kawan yang paling senang bagi aku nak bagitau apa-apa.. Taktau, sejak dulu lagi memang apa-apa yang terlintas kat fikiran aku, dia antara orang pertama yang aku akan kemukakan pandangan aku.. Terima kasih banyak-banyak.... alahaiii... kalau difikirkan, mungkin sebab tu rasanya banyak orang tak suka nak rapat dengan aku..

Walau apa-apapun, aku akan cuba untuk kekalkan muka senyum aku =) walaupun macam-macam benda yang tengah bermain di dalam otak aku ni.. haha.. fikir benda tu, benda ni.. tapi aku sepatutnya tak yah fikir pun.. cuma iman aku agak teruji beberapa ketika ni... Alahaii nafsu yang nak menguasai diriku, nyah kau jauh-jauh...  hmmm.....

Sepanjang hari ni agak sibuk jugak, pagi tadi ada program anak angkat dan petang pulak ada peperiksaan TITAS.. Walau bagaimanapun, rasa best pulak hari ni.. dapat berkenalan dengan keluarga pak cik Tingal. berkenalan pulak dengan adik Hakimi yang kiut.. best pulak rasa.. sampaikan aku leka sampai tak buat kerja melayan karenah Kimi.. insan yang sangat istimewa... Maaf kalau abg tak pandai melayan.. hehe.. Nanti-nanti kita jumpa lagi...

perlukan gelas yang lebih besar

Sunday, 13 November 2011

Wardatul Syauqah

Aku masih ingat lagi
sekuntum mawar yang kembang mekar
di dalam jambangan berduri
yang melindungi dirinya

Pernah sekali
jahilnya aku ingin memetikmu
namun tusukan durimu
menyedarkan aku kembali
daripada lamunan buaian mimpi

Kini
Aku tidak lagi melihat sekuntum mawar itu
Ruang dan masa memisahkan
merentasi sempadan lautan
masing-masing kita pada laluan berasingan
masa depan itu belum kita ketahui
hanya Allah yang maha mengetahui

Saturday, 12 November 2011

Budak berambut panjang

*monolog diri*
"Eh, rambut aku panjang. Cepat kusut la kalau panjang sangat."
"Ada ka tukang gunting rambut?"
"Ada. Tak jauh sebenarnya, kat bangunan seberang tu ha"
"Kenapa tak pergi gunting rambut?"
"er, malas la"
"Dah tahu rambut jadi tak kemas, kenapa la tak pergi kedai gunting rambut tu"

Assalamualaikum, maaf sebab agak lama meninggalkan blog ni... Agak berdebu.. hmmm... Bukan niat di hati untuk membiarkannya tersadai umpama kapal yang kehabisan minyak tapi tengah menunggu minyak dikorek dan diproses. *banyak alasan*

Kenapa dengan dialog di atas? adakah Biha dah malas nak gunting rambut? ermm..
Cuba kita tengok dunia hari ni, macam-macam yang berlaku. Tak payah tengok jauh-jauh, kadang-kadang kita boleh tengok pada diri kita sendiri... *haachooo* Adakah kita nak salahkan Allah sebab kita jadi begitu? Semestinya tidak.. Seharusnya diri kita sendirilah yang harus disalahkan.. Kita mengaku diri kita Islam, tetapi sejauh mana kita islam? Adakah Islam tu hanya sebagai agama?  Ataupun kita menjadikan islam tu sebagai sebuah cara hidup? sama-sama kita tanya diri kita termasuk saya sendiri... Diri ni kadang-kadang perlu diingatkan. Mari kita sama-sama renungkan, dalam 24 jam yang Allah beri kepada kita sehari.. Berapa peratus kita luangkan untuk Allah? hmm...

Jadi, apa kaitan pasal dialog gunting rambut tadi?

Saturday, 29 October 2011

kring kring

21 TIPS BAGI YANG SUKAR SOLAT SUBUH

Tip 1: Tidur Lebih Awal
Tip 2: Bersungguh-Sungguh Dalam Bersuci Dan Berzikir Sebelum Tidur
Tip 3: Tekad Untuk Bangun Solat Subuh
Tip 4: Berzikir Kepada Allah SWT Ketika Bangun
Tip 5: Minta Bantuan Keluarga Atau Orang-Orang Soleh Untuk Bangun Solat
Tip 6: Berdoa Kepada Allah SWT Agar Diberi Taufik Untuk Bangun Solat
Tip 7: Menggunakan Saranan-Saranan Peringatan
Tip 8: Memercikkan Air Di Wajah Orang Tidur
Tip 9: Tidak Tidur Sendirian
Tip 10: Tidak Tidur Di Tempat Yang Jauh Dari Orang Lain
Tip11: Keinginan Yang Kuat Untuk Bangun Dan Jangan Bangun Secara Bertahap
Tip 12: Jangan Kunci Jam Loceng Terlalu Jauh Dari Waktu Solat Subuh
Tip 13: Menyalakan Lampu Di Saat Bangun
Tip 14: Tidak Berjaga Malam Terlalu Lama
Tip 15: Tidak Memperbanyakkan Makan Sebelum Tidur
Tip 16: Jangan Salah Menerapkan Sunnah Berbaring Setelah Solat Sunat Fajar
Tip 17: Mengerjakan Qiyamul Lail Di Waktu Terakhir Sebelum Subuh
Tip 18: Mengikut Petunjuk Nabi Muhammad SAW Dalam Cara Berbaring Saat Tidur
Tip 19: Tidur Di Siang Hari (Qailulah)
Tip 20: Jangan Tidur Sesudah Asar Dan Sesudah Maghrib
Tip 21: Ikhlas Kerana Allah SWT
 
dipetik dari: Feelhoney

Saturday, 22 October 2011

Necrosis

Hargai... 

apa yang kita ada..
orang di sekeliling kita..

Jangan kita hanya peduli jika kita memerlukannya,

dan dibiarkan di tepi jika tidak diperlukan..

Kalau suatu hari,

kau tercari-cari semula

yang telah kau biarkan bersendiri

mungkin sukar untuk menerima kembali...

Wednesday, 12 October 2011

Aku ada satu cerita

Assalamualaikum peeps =D

Maaf sebab dah lama biarkan blog ni terbiar, bukan atas kesengajaan tapi agak kesibukan sikit.. hehe.. Kali ni cuma nak cerita sesuatu pastu kita masing-masing fikirkan pengajaran ek... Ni lebih kepada peringatan kepada diri sendiri yang mudah terlupa ni...

Suatu masa dahulu, (skema sikit permulaan ayat)...
Seorang pemuda bernama A datang ke sebuah kampung dalam keadaan sehelai sepinggang.
Ada seorang pak cik kaya, (aku panggil Pak Cik B) memberikan sebidang tanah kepada A tanpa mengenakan apa-apa bayaran atau sewa.
A pun mengerjakan tanah tu bersungguh-sungguh, Pak cik B turut memberikan pertolongan dan tunjuk ajar.
Tiba masanya, A mendapat hasil yang sangat banyak.
Pada suatu hari, Pak cik B datang berjumpa dengan A, nak meminjam sedikit daripada bahagian hasil yang diperolehi A.
Korang rasa A patut bagi ke tak kat Pak cik B?

Maaf cerita kat atas tu agak berterabur sebab memang lemah sikit dalam mengarang cerita. Cuma nak kita sama-sama fikirkan, cuba bandingkan dengan hidup kita.. Kita tiada apa-apa, semua yang kita ada merupakan milik Allah yang Maha Kaya.. Tetapi berapa peratus kita gunakan apa yang ada untuk Allah? Semua yang kita ada tu sebenarnya milik Allah, tapi kenapa kita lokek untuk gunakannya pada jalan Allah?

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakan balasan untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri Maha Penyantun.”
(At Taghabun: 17)

Saturday, 1 October 2011

lapar =(

Assalamualaikum....


Aku rasa sangat lapar.. tersangatlah lapar... walaupun di depan mata ada banyak makanan yang menarik hati... namun aku masih rasa lapar... tak tahu... bilakah kelaparan ni akan berakhir, siapakah yang sudi untuk menyuapkan makanan ke mulutku ini... Aku rindu suasana yang dulu, aku jarang berlapar.. aku masih menunggu... namun sukar untuk masa berulang mengelilingi....

Nukilan,
Aku yang lapar

Friday, 16 September 2011

rungut?

Assalamualaikum peeps..

Awal-awal nak minta maaf sebab dah lama biarkan wadah ni berhabuk buat beberapa waktu ni. Masa yang agak kurang mengizinkan untuk mengemaskini wadah ni. Jadual yang agak berisi sejak dua minggu yang lalu masih belum dapat disesuaikan dengan diri ni. Walaupun begitu, hidup harus diteruskan dan jangan anggap tanggungjawab yang baru ni sebagai beban tapi anggaplah sebagai cabaran. Senyum selalu =)

Rungut..
Rungut lagi..
Sikit-sikit aku nak merungut... (manja betul la aku ni)
Kadang-kadang sukar nak menahan mulut ni daripada menyuarakan rungutan..
ada saja yang menjadi rungutan..
tak kira benda kecil ke, benda besar ke...
ada saja yang menjadi rungutan..
manusia memang tak pernah puas.. -_-''

Apa kata setiap kali kita nak mula buka mulut dah merungut,
fikirkan orang yang kurang bernasib baik daripada kita..
Misalnya kalau kita nak merungut bila asyik minum air yang sama setiap pagi,
cuba fikirkan pasal orang lain yang kurang bernasib baik..
entah-entah nak dapatkan setitik air minuman pun sukar bagi mereka
kita ni selalu merungut...
tanpa menyedari yang kita ni sangat bertuah,
agak bertuah dari yang kurang bernasib baik
walau seberat mana dugaan menimpa kita,
pasti ada yang diuji lebih dari itu,
lagipun dugaan merupakan ujian daripada Allah,
sepatutnya kita banyakkan bersyukur daripada merungut...
syukur...
Jom jadi golongan yang sedikit. =)
semoga kita dapat 4 flat di mata Allah.. =)

Sunday, 4 September 2011

ToT

Assalamualaikum..
Maaf la kalau agak emo sikit hari ni..
sedih pulak rasa,
tak tau camne lagi nak pujuk hati ni,
byk kali dah cakap jangan sedih..
sabar..

La tahzan~

Tuesday, 30 August 2011

=)

Assalamualaikum peeps...

Hari ni dah masuk hari ke-29 ramadhan... InsyaAllah petang ni atau petang esok, bulan yang penuh dengan keberkatan ini akan meninggalkan kita. Jom muhasabah kembali apa yang kita dah buat sepanjang ramadhan ni.. Tak sangka cepat betul masa berlalu, dirasakan baru semalam ramadhan bermula tetapi sudah hampir ke penghujungnya..

Tapi nak ingatkan diri sekejap...
Walaupun ramadhan sudah berlalu, janganlah apa yg diajar kepada kita sepanjang ramadhan ini pun 'berlalu' sekali. Biarlah ramadhan meninggalkan kesan kepada diri kita ke arah yang lebih baik.. Misalnya sekiranya kita berjaya memupuk rasa sabar sepanjang ramadhan ni, jangan jadikan berakhirnya ramadhan ni sebagai pemecah benteng kesabaran... Biarkan benteng ini terus utuh berdiri dalam diri kita.. Semoga diri kita akan terus istiqamah.. InsyaAllah =)

Semalam heboh pasal ticker, dalam kehebohan tersebut sempat terbaca satu status dari kawan..
En. hati: nampak gayanya, pengajian kat universiti ramadhan ni dah nak habis. Saya harap kamu  berdua masih berkawan baik walaupun selepas tamat pengajian tahun ni.
iman: baiklah sir, saya akan cuba pimpin teman saya ni.
nafsu: hehe. kite tgk la nnt macam mana. Semoga perubahan saya ni akan berkekalan sehingga pengajian akan datang.
En. hati: kalau mcm tu bagus la. Saya pun senang kalau kamu berdua sentiasa bersama. Saya doakan kamu bersama hingga ke akhir hayat.
iman dan nafsu: baik sir!!!

Seandainya esok ditakdirkan raya.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.. Minta maaf sabab byk buat silap dan salah...
Seandainya esok masih ramadhan.. SELAMAT MENERUSKAN BER-RAMADHAN.. Jangan lupa berpuasa pulak nanti... Tapi tetap juak nak mintak maaf sebab byk silap dan salah..


Friday, 26 August 2011

Jatuh lagi?

Assalamualaikum peeps..

Hari ni dah masuk hari ke-25 ramadhan..
Semangat ramadhan dah macam nak jatuh je..??
Aiyoyo..
Jangan biarkan terus jatuh.. RUGI!!
RUGI tau tak..

*masuk scene cerita Tiga Abdul jap*
Ingat tak babak di mana Abdul Wahub bagi FREE semua harta Sadiq Segaraga?
Tak sampai 10 minit dah licin kedai tu..
orang main rembat je apa yg ada...
(bukan nak buat review cerita ek)

Ok.. kembali kepada realiti..
Allah dah sediakan macam-macam ganjaran terutama di bulan yang mulia ni...(xsemestinya kita buat ibadah bulan ramadhan je, jadilah hamba RABBANI, bukan hamba RAMADHANI)
Ganjaran tu tak terkira banyaknya, rembat-rembat pun tetap tak habis-habis..
Masa sekarang dah menghampiri penghujung ramadhan, makin banyak SALE yang Allah buat..
Apa lagi, jom la rembat ganjaran-ganjaran tu=) Jangan terhenti setakat penghujung ramadhan sahaja..


p/s: Jangan rembat SALE yang kat shopping complex je, SALE yang Allah buat lagi tak terkira lumayannya =) Ayuh, fastabiqul khairat!

*so ape kaitannya dengan cerita tadi??

Thursday, 25 August 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum peeps =)

Mari kita tengok sekeliling... Semua ni daripada siapa?
Allah telah mengurniakan macam-macam kepada kita..
Nak kira? nak tulis guna apa? jap..
Nah..
cuba guna ni sebagai hamparan


guna ni jadi dakwat


Cuba tulis, rasanya memang sangat-sangat tak cukup..
Kenape?
Sebab nikmat yang telah diberikan kepada kita ssngat tak terkira banyaknya..
Bagi contoh jap..
setiap helaan nafas, cuba kira berapa kali kita bernafas dalam sehari..  Bayangkan kalau nak bernafas sekali, kita terpaksa bayar RM 0.10..(kalau camtu, sepanjang aku buat post ni, dah beratus ringgit aku perlu bayar)
Lepas tu, cuba kira setiap sel dalam tubuh kita..
Subhanallah...  banyak banyak banyak sangat..
Satu lagi, nikmat-nikmat yang kita dapat tu adalah PERCUMA!!

Firman Allah:
“Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung” (Surah Ibrahim: ayat 34)

bayangkan kalau setiap bulan ada bil ni..

Macam mana kalau ada bil macam yang kat atas ni, tu baru sikit je yang disenaraikan... Lepas tu, kalau kita tak dapat bayar dan bil kita tertunggak.. Macam mana kalau Allah buat pemotongan nikmat? Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah..=)

Tahu tak? Sesungguhnya sangat sedikit orang yang bersyukur... Pernah dengar tak kisah ni? Kalau belum, baca la..

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".
 Jom jadi yang sedikit.. Sama-sama la kita mengejar kebaikan=)

p/s: Jom maanfaatkan ramadhan yang masih ada ni... Sila tegur kalau ada yang perlu diberi teguran=)

Wednesday, 24 August 2011

Tergigit lidah

Assalamualaikum peepons=)

Apa khabar iman? Adakah iman kita sesihat tubuh badan kita? Walau fizikal kita tak sihat, janganlah 'terjangkit' ke iman kita sekali.. Hari ni dah masuk hari ke-23 ramadhan. Semoga kita terus-menerus memanfaatkan ramadhan ni. Kita tidak tahu, mungkin ramadhan ni merupakan yang terakhir buat kita..

Pernah tergigit lidah tak?  apa?! tak pernah.. geget sekarang... aku nak kau pernah jugak... ermm.. pernah tergaduh, terdendam atau terkecil hati kat sapa-sapa? Kalau tak pernah tu, memme mu ni baek sokmo.. =)

Diri ni tak sempurna, kadang-kadang tak sedar boleh ter-emosi.. Siap-siap boleh bersumo dengan orang lain... haha... err.. aku tak lah seganas tu sebenarnya.. Kita selalunya menyangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan ribut di tengahari.. (memang corrupt post ni, tiba-tiba idea hilang)..

Hidup kita tak selalunya tenang, kadang-kadang dilanda dugaan seringkali daripada oran gsekeliling kita.. Tak kira orang yang kita tak kenal ke, orang yang kita kenal ke atau orang yang rapat ngan kita.. Apa reaksi kita? hmm.. nak fokus kat satu topik jap, kalau dah gaduh.. kadang-kadang timbul satu penyakit ni.. orang-orang biasa panggil "DENDAM" dan musuh.. Benda ni pernah merimaskan aku.. Punca-punca benda ni kadang-kadang xda apa-apa pun yang nak dibalahkan. Kebanyakan kita ikut ego masing-masing.. (bukan naik moto ego k).. Benda ni jugak banyak merosakkan persahabatan.. *pop!* putus begitu je sebuah persahabatan.. sampaikan ada sesetengah kes, benda ni boleh berlarutan bertahun-tahun...

Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِى يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ
Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).
Yang tu baru tiga hari, kita ni kadang-kadang *tsk tsk*.. berhari-hari, sampai berbulan-bulan, sampai bertahun -tahun pun ada...

Apa salahnya kita bermaaf-maafan..Cuba bayangkan kita gaduh dengan si A, kita yakin ke masih ada masa untuk kita bermaaf-maafan pada masa kan datang? apa? nak tunggu raya? kita pasti ke umur kita dengan si A tu sampai raya walaupun tak sampai seminggu lagi.. Nyawa kita ni pinjaman dari Allah semata-mata.. Bila-bila masa Allah boleh tarik tanpa bagi apa-apa warning pun.. Misalnya si A atau kita yang meninggalkan dunia ni, bila atau pada siapa lagi kita nak minta maaf?

Jadilah seorang yang pemaaf dan suka meminta maaf... Yup.. memang hubungan dengan Allah merupakan the most top priority...tapi jangan lupa jugak dengan hubungan sesama manusia.. Tak ada ruginya menjadi pemaaf dan suka minta maaf ni... Kalau simpan dendam dalam hati lagi berat... sangat-sangat berat dan menbebankan jiwa...

Ego dalam diri tu jangan simpan sangat, x ada ruginya kita minta maaf dengan orang... Apa? orang pandang rendah? Cuba ingat balik, kita hidup di dunia ni kerana siapa? kerana Allah kan... Jadi pandangan dan penilaian siapa yang kita perlu ambil berat.. Biarlah orang cakap apa2 atau pandang hina dekat kita asalkan kita mulia pada pandangan Allah =)

Walaupun kita marah sangat dengan seseorang tu, kawal perasaan tu dan jadilah orang yang terkuat... Sebab orang terkuat tu bukannye ahli gusti ke, pakar seni mempertahankan diri ke.. tapi orang yang paling kuat ialah orang yang mampu menahan perasaan marahnya... Anggaplah apa yang orang buat kat kita tu sebagai dugaan dan cabaran... Sabar...

Pernah terkecil hati tak? Cer *click* ni jap..=)

p/s: Maaf penulisan agak kucar-kacir... Kalau yang baik tu datangnya daripada Allah, kalau yang tak baik tu datangnya daripada kelemahan yang disandarkan pada diri saya yang lemah ini...=)

Tuesday, 23 August 2011

separate...

Assalamualaikum peeps...

I'm gonna use another blog in micro size for some micro-sized posts.. I forgot that I had created it before, along time ago before I created this blog.. -_-" Hmm... Microposting for microblogging..  I will post in this tumbler.
tumbler  
Err.. It should be tumblr.. this thing
*click*

Saturday, 20 August 2011

Wordless post #3

Assalamualaikum....peeps

Assaol
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan 
[Surah Al-Qadr : Ayat ke 3]

19

Assalamualaikum peeps,

Hari ni dah masuk hari ke-19 ramadhan.. Semoga kita terus memanfaatkan masa yang masih ada...Masa ni la byk yang jadi macam ala-ala bateri nak habis.. Memang tak dinafikan, makin menghampiri penghujung ramadhan, makin berat kita nak beribadah.. Perasan tak? atau aku seorang je yang rase gitu kot.. Nak rasa manis tu bukan senang, kita kena rasa pahit dulu...Kita dah hampir ke serpertiga terakhir ramadhan yang mana dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan... umur kita sampai ke 1000 bulan? sekarang umur aku baru ke 234 bulan.. (cantik punya nombor).. ish3.. banyak tak?

Nasihat... hmm.. kalau tiba-tiba satu hari, seorang budak umur 4 tahun tegur kesilapan atau bagi nasihat, apa reaksi kita? (hek eleh, budak-budak.. apa kisah...). Kadang-kadang, kita rasa kita tua, orang yang lebih muda kena ikut cakap kita... kalau nasihat atau teguran, kalau daripada yang muda-muda sekejap je kita kalis telinga nak dengar.. Kalau daripada yang lebih tua pun masih ada imuniti..

Nak tanya jap, kita nilai orang guna apa? opsss.. kita memang tak layak nak nilai sapa-sapa pun... hanya Allah SWT yang layak menilai manusia... Jangan kita mudah nak menilai orang sebab kadang-kadang kita agak tak adil menilai orang...

Maaf agar berterabur... Kita harus bersikap terbuka, kadang-kadang kita tak boleh nak nampak silap kita sendiri.. Sebab tu la kita ada orang sekeliling kita untuk bagi nasihat atau teguran..

Janganlah kita bila orang muda sikit tegur, kita jawab orang muda la.. sapa makan garam dulu.. Kalau kes berat sikit, habis dimaki hamun balik... adoii.. Takpe-takpe yang lebih tua atau sebaya pulak, kita jawab pulak bajet baik la, macam tak pernah buat silap... adoii.. (Ni hanya contoh semata-mata, tidak berkenaan dengan yang hidup atau yang mati)

Jadi kita nak terima teguran atau nasihat siapa? Nak tunggu orang yang sempurna muncul? Kalau macam tu kiranya tiadalah  orang yang layak.. Maka, siapa yang nak menjadi memberi peringatan?
Kalau ada kritikan, apa yang baik kita ambillah ibrah... kalau nasihat yang baik, ikutilah dan sepatutnya kita berterima kasih... Alhamdulillah sebab Allah suruh seseorang menasihati kita... =)


p/s: Jom saling menasihati ke arah kebaikan =)

Wednesday, 17 August 2011

less word post #3

Assalamualaikum peepon=D

Hari ni nak kongsi satu lagi less word post...

Handphone ni kalau alarm guna ringtone ala-ala tentera... berseriau telinga setiap pagi...=P...

*kring* *kring*
Jom bangun sahur=)
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

p/s:Lepas sahur, jangan lupa subuh =)

Less word post #2

Assalamualaikum peeps...

Hari ni dah masuk hari ke 16 ramadhan.. tak lama lagi 10 hari akhir ramadhan... huhu.. cepat betul masa berlalu...

mencari lailatul qadar =)
Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]

Ya Allah, harap-harap kami dipertemukan dengan malam tersebut.. Aminn...

Tuesday, 16 August 2011

Thank you Allah =)

Assalamualaikum peeps...


Macam mana ramadhan? Hari ni dah masuk hari ke-15 ramadhan.. hargailah ramadhan sementara masih ada... Jom mula cari 83 tahun lebih.. Ape tu? Maksudnya malam yang lebih baik daripada seribu bulan... yipppee!! Ya Allah, pertemukanlah aku dengan lailatul qadr..Aminn=)


Bagi yang tau dan terbaca post yang hilang malam tadi, ada dugaan melanda  sehingga menyebabkan 'low' sikit malam tadi.. err.. taktau la... sedih ada, kecewa ada, rasa bersalah pun ada... Nak cari orang untuk bagi motivasi tapi taktau nak cari siapa.. Aku bukannya jenis motivasi-sendiri.. Kadang-kadang, perlukan seseorang nak pujuk walaupun sendiri tahu jawapannya...


Masih terasa la peristiwa malam tadi.. Masa tengah baca al-quran tadi.. Ternampak satu terjemahan ayat...



Nampak tak?

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : 155)
Baca betul-betul, ada kaitan dengan apa yang berlaku malam tadi..
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah sebab memujuk hati ini... I love u, Allah =)  <3 <3 <3



Sunday, 14 August 2011

Kuceng

Assalamualaikum peepon..

Nak tanya lagi? (dia mai lagi dah tanya soalan yang sama)

Hari ni dah masuk hari ke-14 ramadhan.. Amacam? masih remajakah kita? *ape jenis soalan aku tanya ni*
hah, x remaja... Meh, ni krim muka .. meremajakan kulit *merepek pagi-pagi -_-"*

Nak ingatkan diri jap.. Jangan biarkan ramadhan ni berlalu begitu sahaja... =)

Hari ni, aku nak cakap pasal kucing? Eh xde la... (ade ade)

Ni kucing Blok M... Jumong namanya... ibu kepada 4 orang anak... Namun Allah lebih sayangkan mereka... =')




Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185)
p/s: Kalau Allah SWT tarik nyawa kita saat ni, rasa-rasanya cukup ke amal dan taqwa yang kita nak persembahkan? rasa mcm tak pernah cukup je...

Friday, 12 August 2011

Safety first =)

Assalamulaikum wbt....

Hari ni dah hari ke-11 ramadhan.. Adakah masih ok or dah habis fuel turbo untuk ramadhan? meh meh.. jom isik balik fuel... *lebih kepada peringatan diri sendiri sebenarnya*

Alahai... bawak motosikal hari ni pun agak kontrol ckit... masih trauma pasal semalam... Alhamdulillah.... nasib baik takde apa-apa... kalau pusing minyak awal 0.5 saat lebih awal semalam, tak tau ape nak jadi... Syukur byk2... *jgn masa macam ni je bersyukur cik abg oii, sepatutnya setiap saat kita patut bersyukur*
*dush* terkena kepala sekali lagi..

Peringatan lagi buat diri sendiri... Ibadah puasa bukan sekadar kita berlapar dan berdahaga.. Tapi juga memupuk kita menjaga sensa-sensa kita yang lain... Mata, telinga, hidung, hati.. dan mcm-macam lagi... Kali ni nak cakap pasal keselamatan di jalan raya.. bukan nak cari salah, tapi nak memperingati diri sendiri... puasa mengajar kita erti sabar... apa kata kita jadikan aplikasikan sabar tu semasa kita menggunakan kenderaan.. aha...

Kita kadang-kadang tak sedar kita ni pakai kenderaan macam destinasi nak lari.. aik.. ape kepeliknye destinasi lari... maksudnya kita ni suka tergesa-gesa... potong sana, potong sini.. bawak mcm nak mengalahkan Michael Schumacher... dan macam-macam lagi.. kadang-kadang naik meradang bila tersekat dalam kesesakan lalu lintas... nak ingatkan diri sekali lagi, sabar..... jgn jadikan ibadat puasa yang kita lakukan itu tak meninggalkan kesan terhadap diri kita... Tak tahulah tahap puasa kita kalau nak dibandingkan dengan puasa ayam, ular dan ulat.. Nak tau tak pasal puasa ayam,ular dan ulat? aku korek bulat2 dari mukabuku En Lutfi yang dikongsi kat Brotherhood Art.. Jom baca...


Rutin terawih kat Masjid Sg. Pelek ni buat 8 rakaat. lepas 4 rakaat, break kejap untuk sesi kuliah pendek. biasanya lebih kurang dalam 10 minit camtu la. pastu sambung lagi 4, then witir 3 rakaat. yang specialnya malam tadi ada imam jemputan dari luar. agak menarik jugak la kuliah beliau sampai 20 minit pun tak terasa.

Ceritanya macam biasa la, sempena bulan Ramadhan kan, mesti la sentuh bab puasa. tapi cerita yg ni saya baru 1st time dengar. beliau pesan jangan bangga sangat la dengan puasa yang kita dapat buat dari pagi sampai ke petang. dengan ayam pun kita takleh celen. ha? ayam? hahaha... saya pun terkejut jugak. pastu beliau explen pasal ibu ayam (binatang, mak kepada ayam okey, bukan kiasan untuk manusia tu). selama ni saya pun tak tau yang ibu ayam tu puasa. hahaha... rupa-rupanya sepanjang tempoh mengeram 21 hari tu ibu ayam langsung tak makan apa-apa, langsung tak berganjak dari tempat eramannya. jadi, kat situ je kita dah kalah dengan ayam. punyalah si ibu ayam tu bersungguh-sungguh sampai membuahkan hasil, iaitu anak ayam menetas. adakah puasa kita ada membuahkan hasil jugak? (tapi takdela telur menetas dek puasa kita tu) ataupun puasa kita sama macam ular je?

Aik? ular? haa... ular ni lain pulak ceritanya. ular pun puasa jugak. 3 bulan tuu. kita kalah lagi. hahaha... tapi 3 bulan ular tu puasa ada membuahkan hasil tak? takde. cuma sekadar bersalin kulit je. tapi dia tetap ular jugak. perangai pun masih perangai ular jugak. lagi berbisa ada la. macamana kita selepas sebulan puasa? adakah membuahkan hasil, macam ibu ayam tadi, ataupun sama je di takuk lama macam ular tadi.

Sebaiknya puasa kita macam sang ulat. ulat yang kecik tu pun puasa jugak. bahkan lagi lama. 5 bulan. sekali lagi kita kalah. hahaha... ulat yang makan daun, sampai masanya dia bertukar jadi kepompong, masa tu lah dia berpuasa. tapi setelah 5 bulan dia berpuasa, perubahan yg cukup ketara dapat kita lihat. dia bertukar jadi rama-rama yang sangat cantik, berbeza dengan dirinya sebelum puasa. alangkah bagusnya kalau kita pun jadi macam tu jugak setelah sebulan puasa (maksudnya jadi lebih baik la, bukan jadi rama-rama okey). kalau sebelum Ramadhan solat pun kadang-kadang, lepas Ramadhan solat kita lebih terjaga. kalau sebelumnya sedekah jarang-jarang, lepas ni selalu-selalu la bersedekah, tolong orang, dan sebagainya. alah, benda-benda baik yg lain korang imagine sendiri jelah. malas nak taip. hahaha...

Jadi, antara ayam, ular & ulat, di manakah level puasa kita? :)

p/s: Haa.. akhir kata dari saya.. Bersabar-sabar dan berhati-hati di jalan raya.. Ingatlah orang yang tersayang..  =P

Thursday, 11 August 2011

Investment

Assalamualaikum peeps...

Today is 10th day of Ramadhan...  that's mean we had went through one third of ramadhan....So, how is it? how we ultilise our time? Think about it=)

I'm not talking about banking but it may be connected.. Investment for our future.. I got it from facebook.. some of you might had read about it

Six Easy ways to earn even after death.
1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person,animal sits in its shade or eats from it.
6)And the easiest of all to Share this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain. :D


p/s: I hope my lost beloved will be used to the fullest by someone...Maybe you are not fate for me... take care of yourself my dear.... miss you  ='|

Tuesday, 9 August 2011

Haaaachoo!!!

Assalamualaikum peeps...

Hari ni aku nak tanya pulak, hari ni hari ke berapa ramadhan? asyik aku je ckp... hahaha..
Jom kita sama-sama muhasabah diri kita... apa yg kita buat sehari-hari ni?
Jom segarkan balik ingatan... hari ni dah masuk hari ke-8 ramadhan.. Takut pulak aku yang salah kira nanti... Tengok kat jadual waktu berbuka puasa, kira jap.. satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan.. haaa... betullah tu... masuk hari ni dah hari ke-8... berapa lama lagi baki ramadhan yang tinggal.... takut la kalau-kalau ramadhan ni berlalu begitu sahaja...

Nape? heran ngan tajuk kat atas?
aku pun heran jugak...
camne ek kalau kita sakit?
aku tak tau la... (bukannya aku cakap aku tak tahu camne rupe sakit tu)

Kesihatan tu nikmat Allah kepada kita..
bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat itu dari kita...
namun tu sebagai ujian kepada kita..
maka janganlah kita marah-marah menyalahkan sakit yang kita hadapi..
sabar... sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar..

Lumrahnya masa sakit la masa kita paling banyak merungut.. (kalau aku kaji balik diri aku la)
Ini tak kena..
Itu tak kena..
err tak kena (dah habis kata ganti penunjuk nak guna)
pendek kata macam-macam benda la yg kita rungutkan...

Apa kata daripada kita merungut sepanjang hari dari pagi sampai malam...
bagus kita bersabar dengan ujian yang menimpa kita...
tahu tak? (kompom korang tau)
sakit tu bagaikan clorox...
jangan pula dok terbayang benda ni
menghapus sehingga 99.9% kuman
bukan clorox ni, tapi clorox dosa..
Allah berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
Kan kita selalu dengar, sakit tu kaffarah dosa.. =)
Nape? tak suka ke kalau dosa kita dihapuskan semasa di dunia ni? atau kita nak dibalas sepenuhnya di akhirat nanti? Nauzubillah min zalik...

Syukur Alhamdulillah sebab Allah sangat sayang dengan kita.. =]
Sakit tu pun kira nikmat jugak tau.. kalau kita mengetahui nikmatnya sakit tu....
Kalau kita nak kira nikmat yang Allah beri kepada kita...
tak larat kita nak tulis.. guna seluruh lautan sebagai dakwat pun masih tak habis lagi nak tulis..
entah-entah guna dakwat sebanyak lautan pun masih tak sampai pun 0.000000000000000000000000000000000000000000(byk lagi 0)1% nikmat yang Allah dah bagi..
Subhanallah...

Ni la umpamanya sakit tu..

Wallahualam...=)












































Monday, 8 August 2011

Jangan tak baca

Assalamualaikum peeps...
Hari ni dah hari ke-7 ramadhan. Amacam? adakah kita memanfaatkan masa di bulan suci ramadan ni? marilah kita sama-sama berusaha meraih hamba RABBANI, bukan hamba RAMADHANI =)

Hari ni nak kongsi satu nota dipetik dari facebook..  Jom baca =]

rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang hamba ALLAH. [Sila Kongsi]
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi Mazlan

Saturday, 6 August 2011

Guard our senses (n_n)V

Assalamualaikum friends^^

Today is the sixth day of Ramadhan.. How is it? I hope we will cherish this blessed month to the fullest..
This time I would like to share this picture.. I got it from Brotherhood Arts =)

p/s: senses guard: fortified!! =)

Friday, 5 August 2011

Sahur dan subuh

Assalamualaikum peeps... =)
Amacam ramadan? hari ni dah hari ke-5.. sungguh cepat masa berlalu.. rasa macam belum buat apa-apa lagi untuk ramadan kali ni...



Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
 Lepas sahur jangan lupa solat subuh yea =)

Sahaja aku

Assalamualaikum peeps...

Alahai.. setiap kali taip peeps mesti teringat nama seorang kawan... hehe

Hari ni dah masuk hari ke-4 ramadan... Amacam, best tak kuliah kat Universiti Ramadan? Assignment, tutorial, latihan ada buat tak?

Sebelum tu, pelik ke tajuk post ni? macam orang nak berniat je kan? hehe...
Ingat tak niat puasa? eh..eh..sabar-sabr... bukan nak buat pop kuiz ke apa..

  
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, setiap tahun mesti salin niat ni dari buku KAFA dan tampal kat bilik tidur sebab tak ingat... Bila keluar lagu 'Puasa Dulu Baru Raya' nyanyian kumpulan Raihan baru ingat sebab lagu tu selalu ditayangkan dalam tv waktu tu...

Err.. Yang kat atas cuma iklan sebentar sempena ramadan ni..hehehe... Tapi apa yang nak dikongsi kali ni pun tak lari sangat sebenarnya..

Niat.. ermm... Nak kongsi satu hadis iaitu hadis pertama..

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Setiap amalan kita bermula dengan niat dan setiap orang akan dibalas berdasarkan niatnya..Niat itulah yang membezakan perbuatan adat dengan perbuatan yang diberi ganjaran (ibadah).. duduk berehat sahaja dalam masjid dengan duduk dalam masjid dengan niat iktikaf, ada beza tak?

Perasan tak? Kadang-kadang kita sebagai manusia yang lemah tak sedar bahawa niat kita berubah.. Mungkin lafaz di bibir tetap sama tetapi di hati?

Contohnya.. (rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia)

A: tak lama lagi puasa sebulan. Boleh la aku diet menguruskan badan. Mesti kurus aku menjelang syawal nanti.

B: Wah.. baru sehari puasa dah turun sekilo berat badan aku.. Kalau sampai habis ramadan, turun 30 kg la berat aku.. (bulan ramadan ni pusat melangsingkan badan ke? -_-")

C: Bulan puasa, dapat la jimatkan duit belanja makan ni...

Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar kekhilafan kita sendiri.. Sedangkan amalan-amalan kita sepatutnyaa diniatkan kerana Allah Taala.. Ingat balik, apa sebenarnya matlamat hidup kita?

Firman Allah Taala dalam Surah Adz –Dzariyat ayat 56 yang terjemahannya:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
Kita selalunya lebih mengejar dunia daripada akhirat kerana dunia ini hanya persinggahan sementara sebelum kita memulakan perjalanan akhirat yang kekal.
Jika kita mengejar dunia, maka kita akan hanya mendapat dunia.
Jika kita mengejar akhirat, dunia akan turut sama mengejar kita. InsyaAllah kita akan mendapat kedua-duanya.
Pilih, mana yang kita nak kejar?


Nak kongsi sebuah kisah jap, mungkin ada yang pernah dengar pasal cerita ni...

Seorang lelaki Mekah bernama Hatib bin Balta’ah telah mencintai gadis bernama Ummu Qais. Dia masuk meminang tetapi pinangannya ditolak. Sewaktu orang-orang Islam hijrah ke Madinah, Ummu Qais juga turut hijrah. Hatib yang masih cintakan Ummu Qais mendapat tau kekasihnya telah pindah, maka dia pun turut berhijrah dengan harapan dapat memujuk Ummu Qais supaya kahwin dengannya.

Perkara itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menegur perbuatan itu, sebab hijrahnya bukan kerana Allah dan Rasulnya, malah kerana perempuan yang dikasihinya. Dia tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala dari hijrahnya itu.

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya lalu mengaitkan niat sesuatu amalan itu dengan tindakan berhijrah seperti yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Walaupun lelaki tersebut akhirnya dapat berkahwin dengan kekasihnya, tetapi ia tidak dapat apa-apa ganjaran dari hijrahnya.

Akhir kata, semoga niat kita ikhlas melakukan ibadah semata-mata kerana Allah Taala dan terus istiqamah...
Ingat janji Allah dalam 47:7.. Nak tau ape tu 47:7? Ni assignment... cari la =D


p/s: sila tegur kalau ada apa-apa kekhilafan diri yang kerdil ni... =)

Wednesday, 3 August 2011

Harapan Ramadan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Tuesday, 2 August 2011

Wordless post #2

Assalamualaikum peeps...

Nak kongsi satu lagi benda...

less word post #1

Assalamualaikum peeps....

Hari ni nak kongsi satu benda....

Kebanyakan kita fikir, puasa sekadar menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa yang lain...Mengapa tidak lakukan lebih dari itu?

Monday, 1 August 2011

Surat Tawaran

Assalamualaikum peeps...

Lupa nak bagitau....  petang semalam baru mendaftar kat universiti..
Ni surat tawaran yang diterima hari tu...
Rasa-rasanya semua dah terima surat tawaran ni kan?(memang dah daftar pun)

Muslimin dan muslimat sekalian,
Per: Penawaran Tarbiyah di Universiti Ramadhan
Merujuk perkara di atas, anda XXXXXXXXXXXXXX telah ditawarkan pengajian di Universiti Ramadhan semester 1432H bermula 1 Ramadhan hingga 29/30* Ramadhan.

*tertakluk kepada keputusan melihat anak bulan

Matlamat: ketaqwaan

Kursus wajib:
  1. RAM1432-01: menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Kursus pilihan:
  1. RAM1432-02: Solat sunat terawih
  2. RAM1432-03: Bersahur dan disunnahkan dilewatkan
  3. RAM1432-04: bersedekah
  4. RAM1432-05: membaca al-Quran
  5. RAM1432-0X: macam-macam lagi kursus yang digalakkan diambil untuk membaiki pointer
Anugerah Fakulti: Malam lailatul qadar

Anugerah dari Pentadbir Universiti: Misteri *TOP SECRET*

Kelebihan Universiti: syaitan dibelenggu

Hari Konvokesyen: 1 Syawal

Kursus ekstra pada setelah graduasi: puasa 6 hari di bulan syawal


p/s: semoga kita terus istiqamah... Aminn...=D

Cabaran dan dugaan

Assalamualaikum =)

Nak tanya dengan semua pembaca....

Sapa yang tak pernah ditimpa dugaan atau cabaran sepanjang hidupnya sampai hari ni? angkat tangan jap.... (konon nampak)

*krek* *krek* *krek* (bunyi cengkerik)

Tau tak nikmat?

Sebenarnya nikmat ni adik-beradik seibu sebapa dengan cabaran dan dugaan... percaya tak?

"(Dalam pada itu, manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakkan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku! Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Al-Fajr:15-16)

Haa... percaya tak? Sebenarnya nikmat dengan cabaran dan dugaan ni adik-beradik. Mereka sama-sama merupakan ujian daripada Allah..


Manusia ni memang pelupa.. Tau tak, perkataan "manusia" ni memang bermaksud pelupa..

Hakikatnya, kita mudah lupa kepada Allah apabila diberi ujian terutamanya ujian kenikmatan. Kalau kita ada masalah,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah: "Oh Masalah,  Aku ada Allah yang Maha Besar!"

Ingat! Kita ada Allah... Maka jangan la kita terus berputus asa. Sesungguhnya Allah menurunkan ujian mengikut kemampuan kita dan Allah tidak akan sesekali membebankan kita dengan ujian yang kita tidak mampu menanggungnya.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... "
(Al-Baqarah:286)

Maka bangkitlah.... bangkit dan hadapi dengan sabar dan tabah... Allah sentiasa dekat dengan kita... Kita haruslah memohon pertolonganNya. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat =D

sabar.doa.usaha.tawakal

Thursday, 28 July 2011

Wordless post #1

Assalamualaikum...
Hari ni dah hari khamis..
Aku tak kisah bila nak post wordless post...
Nak share gambar ni, dapat dari kawan...

lihat langit ingat Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...